Friday, November 20, 2009

Janji Melayu?

Janji Melayu?

kenapa mesti ada istilah begitu? adakah kita Melayu ni memang suka berjanji tapi mungkir janji? tapi rasanya bukan kerana mungkir, sebab ada bidalan lak, "manusia dipegang pada janji.."

Tapi dalam banyak perkara, janji yang terlewat atau terbatal terus sering dikaitkan dengan istilah "janji Melayu". Adussss.... sedih.

Baru-baru ni aku terlibat dalam suatu program khas yang melibatkan urusan yang agak lama. Tempoh masa yang diberi lebih kurang sebulan setengah untuk pihak syarikat menyediakan apa yang pihak aku minta. Dateline diberi dan seperti biasa, week by week aku mesti buat followup, nak update progress...

Memang aku dapat rasa, memang agak perlahan progressnya, tapi aku bersabar dan berharap segala urusan barang akan dapat disediakan mengikut tempoh yang dipersetujui...

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya menjaga urusan berkenaan, sudah pasti aku sentiasa nak tahu perkembangan projek. Walaupun aku tahu pihak sana sudah mula rasa tak seronok, tak selesa, tapi aku tak peduli. Selang 2,3 hari aku mesti call nak tahu perkembangan. Aku kan client?

Yang buat aku selalu bengang, tempoh yang diberi tinggal lagi sehari, tapi perkembangan sangat slow, dan aku dah mula risau. Bos janji sekian hari, sekian jam, tapi bila ditanya, macam-macam alasan yang diberi. Bab tu yang aku lemas, rimas dan naik darah, cuma aku belum sampai tahap nak hempas telefon (sebab hp aku mana leh hempas, kang jahanam cemana pakwe nak tepon? Ahaks!). Akhirnya terpaksa tarik date lagi 2,3 hari... bengangggg...

Alasan yang paling aku menyampah, "staf saya demam, anak buah staf saya ada buat kenduri, kakak staf saya nak kahwin.." Korang mesti menyampah gak kan, benda cenggitu pun leh dia nak jadikan alasan projek slow? Aku tak mau tahu, aku cuma mahu, tempahan yang pihak aku pesan mesti siap mengikut tarikh. Aku tak suka berurusan dengan orang yang banyak songeh cakap lain janji lain.. wuarrghhh!!

Dan semalam, terkeluar juga ayat kasar aku, "korang ni taknak duit ker.. saya minta siapkan cepat, supaya saya boleh buat pembayaran segera.." Mana nak cari client macam kita orang, gesa orang buat cepat sebab kami nak langsaikan payment seberapa segera. Itupun deposit yang agak banyak dah pun dibayar sehari selepas tempahan dibuat. Uishhh takkan lah pembekal taknak duit tempahan yang lebih dari 30K niii...

tapi memang lembab aaarrrr... tension akuuu.. sampai malam-malam pun aku belasah call tanya perkembangan, tak cukup siang. Mesti staf yang jawab telefon tu menyampah dengar suara aku... dan mungkin budak akaun tu lari masuk toilet bila aku asyik mention nama dia jer nak tanya... hahahaha...

Nampaknya aku memang terkena dengan janji Melayu... selama ni aku terbiasa dengan budaya swasta yang sangat jaga bab dateline, sangat jaga bab QC, sangat jaga bab teamwork.. tapi bila berurusan dengan pembekal macam tu, rasa nak pengsan..! letihhh..!

Sori, bukan semua bersikap begitu... kan?

15 comments:

  1. mmg sudah menjadi "trend" dan SIKAP orang kita apabila membuat janji. Bole di katakan kebanyakkan, di sebabkan itu lah pepatah "janji melayu" sudah menjadi tidak asing lg di telinga kita. Paling tidak menyeronokkan, bangsa lain juga turut menggunakan istilah itu apabila berurusan dengan org kita, dan kita pula tidak menepati janji.

    nota: Teringat pesan arwah ayah, biar kita menunggu org, jgn pula org lain menunggu kita

    ReplyDelete
  2. Berjanji dan masa adalah sikap sejak kecil sukar diubah walaupun GRED M,

    semasa jadi Pegawai pun, hanya satu dalam seribu yang tepati janji.

    Semasa mensyuarat sesiapa yang lewat seminit tutup pintu , itu yang baik.

    Menunggu lebih awal 10 minit dari masa yang ditetapkan.

    Jka melibatkan kerja masih lalai, inikan pula bab sosial.

    ReplyDelete
  3. std orang melayu suka meleha(bahasa oghang peghok = melewat-lewatkan). Kalau boleh, selagi boleh lambat, selagi tu nak lambat. Tension gak gini.
    eelobor, saya pun kalau berjanji untuk berjumpa orang, saya prefer saya yang tunggu, jgn org tunggu sy. Tp tu la, kalau kita tggu org, dptnye yg jenis janji melayu... aduh....

    ReplyDelete
  4. Sikap ni..mmg payah mak ubah..
    lebih2 lagi bila ada je sikap "tak pa"..
    Yg ada beri komitment saja yg boleh pakai..yg lain tu 2x5 je.

    ReplyDelete
  5. Sis... istilah tu ssngat menghina kebolehan Melayu. Sebenarnya orang Melayu ni bukan sekadar "janji" nya saja tau... hehehehe... ekekekeke... aiyaaarrrkkk...!

    ReplyDelete
  6. Saya memang sudah lali dengan perangai sebegitu. Terutama dalam bab kerja yang seharusnya profesional. Buat malu saja, bila kita tak mampu nak saingi bangsa lain bila tiba bab janji...

    Merujuk kepada kes saya, akhirnya delay sudah 3 hari... wuaaaaahhhh..!

    ReplyDelete
  7. CALUK... omputeh kalu, mungkir janji tergadai bodi.. wakakakaka...

    ReplyDelete
  8. akak,

    saya pernah rasa cam tu dulu masa keja swasta.. keja kita jadi lambat pasal pending dari pihak lain.. memang tension.. memang bengang.. paling hampeh bila keja kita 99% siap tapi dek kerana pihak lagi satu lembab cam siput b*** tu tergendala jadi nya.. geram.. memang gerammm..

    p/s: tak suka org menunggu.. lagi lagi tak suka kalau kena tunggu org.. bleh jadi tokey sirap je nanti..

    ReplyDelete
  9. yup Eja,
    saya pun sama, memang menyusahkan orang,
    apasal cerita kita sama
    ,
    erkk..??..

    ReplyDelete
  10. combi jenis on d time so nnt kalau janji dgn combi jgn lewat yer...hiks :p

    ReplyDelete
  11. COMBI... ada janji dgn sapa pasni? Dgn BRO ZZ kerrr...? nak ikuttt....? :D

    ReplyDelete
  12. jika janji dgn saya awal 10 minit, lewat tinggalkan saja

    ReplyDelete
  13. Puan,
    apabila saya membaca artikel puan, saya terduduk seketika. Sebenarnya saya ada masalah dalam menetapi masa dalam kerja yang dilakukan. Saya seringkali 'lost' dalam menetapi masa tidak kira waktu saya ke pejabat, selesaikan masalah dan lain2 lagi.

    Saya berazam hendak membuang tabiat itu, akan tetapi Azam hanyalah sekadar ucapan. Saya gagal , gagal dan gagal...

    Bagaimana ye saya nak ubah sikap tidak menepati masa? Saya memang jenis lambat bertindak walaupun sudah bersiap dengan lebih awal. Apa yang terjadi pada akhirnya.. "Saya terlambat juga" .

    Jangka waktu yang seringkali saya lambat adalah dalam 10 minit - 15 minit.

    Saya GAGAL...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails