Monday, November 9, 2009

Budak Kelantan...

Ada tak warga Kelantan teruja dengan tajuk aku yang ini?

Aku dah tonton filem Budak Kelantan ni 2 kali, tapi semua tak habis. Ada saja halangannya. Tapi pagi semalam, aku berpeluang tengok citer tu sampai habis sebab aku duduk lipat kain tak bangun-bangun. Actually, filem tu memang best, aku begitu berhasrat untuk tonton sampai habis. (Macam agak lewat jer nak bercerita tentang filem ni, sebab filem ni masuk panggung tahun lepas lagi...)

Kisah tentang anak Kelantan yang merantau di ibu kota besar, cuba menjadi besar dengan cara yang pelbagai. Pertembungan dua sikap, dua cara hidup yang berbeza ibarat langit dan bumi (watak JAHAR dan DIN - Danny XFactor). Yang menarik pada aku, bukan sahaja dialek nya (yang sudah bertahun aku sangat teringin nak belajar, sampai rini haram tak pandai-pandai..) tetapi juga tentang hukum karma di mana yang baik dibalas baik..


Jahar (aku tak kenal pelakun ni) suatu watak antagonist tetapi bukan selamanya bersifat jahat. Walaupun dia tidak pernah takut untuk menculik, malah bunuh orang, aku tetap tak hairan dengan jahat sebegitu. Tetapi apabila dia cuba meminta girlfriend "saing"nya DIN @ OCEH, bagi aku, itu keterlaluan. Akhirnya Jahar terkorban dalam kemalangan motorsikal semasa melarikan diri dari diburu polis.

Dialog yang seronok didengar bila mereka bangga menjadi moden dan bebas laku seolah-olah "Amerika la kita". Sesapa yang tonton pasti faham apa yang aku maksudkan tentang tagline dema tuh..

Paling best adalah sence Dikir Barat yang sangat menarik dan mengasyikkan. Di akhir filem, dimainkan pula lagu Anak Tupai yang sangat top sejak DJ AZLAN (orang Ketereh) selalu putarkan sejak tahun lepas tu.. Aku suka lagu tuuu...

Aku pernah ke Kelantan 3 kali sebelum ini, tapi hingga hari ni sikit benar dialeknya yang dapat lekat diingatan dan lidah kekok sekali nak nyebut. Kawan yang berasal dari Kelantan pun cuma sorang dua sahaja, jadi berapa sangat yang aku dapat belajar.. Ada sesapa nak bukak kelas untuk aku? Hehehehe..

Bagi aku Kelantan sangat unik, dari budayanya, dari rakyatnya, makanannya yang pelik dan begitu berbeza sekali.. Aku makan semua makanan dari sana, tapi tak banyak yang aku pernah rasa. Budu tu kira dah biasa. Gelembung Buaya pun sedap, ada 2,3 kali dibawa khas dari sana oleh kawan aku yang sangat baik hati tu.

Begitu berhasrat aku untuk pergi ke sana lagi, dapat jelajah kampung lagi best. Kota Bharu tu dah moden, dah tak banyak beza dengan pekan lain. Kalu lah aku berpeluang pergi ke kampung-kampung, melawat kebun getah, ladang tembakau atau melihat nelayan di pantai di sana... wahhh mesti best tuuuu... Nak pegi...! Nak pegii..!


~...tunggu jemputan dari seseorang dulu, baru boleh meronda Kelantan lagi. Hehehehe..~



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

19 comments:

  1. N3 ni bukan nak bodek zz kan..tp dia mmg dak klate yg BAIK :p

    aku tau bukan zz yg bakar kerusi ,baling mercun dan baling botol smpi ada yg berdarah kepala kan.. :)

    ReplyDelete
  2. COMBI... kalu mu bodek pong, BRO tu dak pahe... kalu mu belanja makan 3 hari 4 malam pong, dia dak tahu mu cuba nak rasuah dia.. hahahahahaha...! >> gelak setan

    ReplyDelete
  3. tak faham ayat mirip sasterwan, tukar tajuk ATUK kelantan boleh?

    ReplyDelete
  4. terdapat perbezaan Melayu dialek Kelantan dgn dialek siam, contoh

    sana= deknu, diknu,deqnu(siam)
    melayu kelantan, sana= denu

    dimana =Da'no (Melayu siam)

    dimana= duano

    dll dialek antara bandar, Pasir mas, G.Musang, Kota Bahru , PPutih dan Besut juga berbeza sikit selent/dialek(tone)

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. terimakasih BRO... sudi bukak class? :D

    Kalu “budak” tukar ATUK, BRO ZZ ni kategori mana lak.. alaaaa malu ler nak ngaku tuh? hahahaha...>> COMBIIII...!, jom gelakkk..!

    ReplyDelete
  6. belajar dgn anyss atau ZZ la mokyang... mesti lepas ni mokyang terus ckp kelate...

    ReplyDelete
  7. ct pun tgk citer budak kelate ni x abis gek...dah 2 kali ditayangkan di tv Astro..ada jer halangan nya.coz nak masak anak2 nak gi skola.
    suka dengar dialog org kelete lembut jer bila berbicara. nak belajar 'kecek' pun x pandai2 hehehe.betul ker ct cakap tu hehehe

    ReplyDelete
  8. Boleh ler tu CT... memang rythm depa cakap tu memang lembut jer kan..? Asyik betul dengar depa kecek.. uishhh bila la bleh belajor dengan BRO ZZ niihhh....

    Pengalaman saya pegi sana, harga makanan sangat murah cuma rasanya begitu berlainan. Manis lebih dari pedas. Ada yang bleh terima, tapi nasi lemak dia saya tak leh.. Sebab I like pedas...

    Pantai Cahaya Bulan (dulu Cinta Berahi) memang best, masa pegi tu ada ramai orang main wau.. best gilos dapat tengokkk...

    Malam hari meronda pasar malam, rambang mata nak try semua makanan sana...

    ReplyDelete
  9. DINA... agak-agak berapa pengeras nak kene bayor tuh? :D

    ReplyDelete
  10. belajar dgn aku nanti keluar ayat2 cinta ha ha

    ReplyDelete
  11. Uikk? Sejak bila CALUK pandai guna ayat cinta? Bukan ker kau selalu guna ayat KATAK jerrr...hikhikhik!

    musim ujan ni mana kau berkubang LUK?

    ReplyDelete
  12. salam kak azie n lain2

    kelantan memang negeri yang best (ambo pun kelate jugok, hehehe), cuma yang tak best bila orang asyik bandingkan kemunduran dengan kelantan. Wpn begitu agak menghairankan tiap2 kali cuti sekolah kelantan penuh dengan rombongan2 che kiah..hehehe...

    ReplyDelete
  13. Salam Azie...

    ambo nak itot gi kelate, buleh dok?? :)

    ReplyDelete
  14. saya tak minat filem,
    jadi tak tau nak komen apa,
    sekadar menziarahi shbt cukuplah. kan kan..

    ReplyDelete
  15. Salam ROSE... Kak Cik.. Kang Nasir..

    terimakasihhh...
    masa ni ujan lebat, terperangkap kat kedai makan, wuaaaaa.. nak balik...nak balikk..!

    ReplyDelete
  16. kak azie.. nek p klantan?? leh laa pesan kopok barang sekilo dua ni.. ngeh ngeh.. :P

    ReplyDelete
  17. salam kak,

    seronok membaca entry ni. susah nk cari, tp kena akui mmg ada org yg gini. sudah berkesempatan ke wakaf che yeh? usahkan tngu hari cuti persekolah, cuti mingguan biasa pn sudah penuh dgn bas sekolah & rombongan dari luar.

    ReplyDelete
  18. Hari ni nak JEMPUT akak kita ni secara rasminya pegi ronda2 kelate...tak payah dok KB yang dah sesak tu, kita dok je Ketereh yang terkenal dek jenama sos bilisnya (walaupun x de pun kilangnya kat ketereh). Nanti boleh masuk kebun getah, masuk bendang padi...kalau nak bajak sawah dgn traktor pun boleh hu hu hu hu

    ReplyDelete
  19. EELOBOR... memang lama betul Kak Azie tidak jejak kaki ke sebelah sana. Sementelah tiada saudara mara, susah nak pergi..

    Dulu, join trip dengan kawan2, dapat ler sampai...

    Thankiu ANYSS... terimakasihhh.. memang seronok sangat kalu dapat pegi, dapat masuk kebun getah (nak belajar menoreh bleh?), wahhh naik traktor tu yg tak sabar tuh.. wooooo nak pegiiii...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails