Thursday, April 3, 2014

Saya yang rindukan kampung halaman...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
03-04-2014




Indah. Tenang.


Ketapang. Lalu saya teringat sepohon ketapang rendang yang pernah tegak di tepi titi depan rumah. Buat berteduh kami kala menunggu bas merah OmniBus.



Tali air yang melimpah bersama bayangan samar langit yang berawan corak indah. Saya pernah berenang di parit tali air sebegini masa kecik dulu.



Saya pernah bergambar di sini semasa matahari mula merendah lalu menjadi oren sebelum menjelang senja.



Nelayan. Sampan berwarna warni sepertimana kehidupan kita yang bukan hanya hitam dan putih.



Berapa banyak sajak indah dapat dihasilkan jika duduk di sini, di atas batu bersama pen dan kertas? Atau sekadar mencatat di dalam gadget? Saya rindu nak buat semua tu...


*Lokasi sebenar: Kampung Nelayan dan Ban Pecah, Kampung Sungai Bharu, Tanjong Piandang, Perak. Lokasi dalam gambar, cuma 5 minit dari rumah kampung saya.

KREDIT: Pic ihsan seorang kawan sekolah lama yang kini sudah kembali bermastautin di kampung semula. Ohh saya cemburu!




 ~...sebenarnya SERI BULAN ingin pergi jauh dari semua orang setelah banyak penghinaan yang tidak lagi tertanggung walaupun HISYAM masih setia, masih terus menjadi pendorong tetapi apalah ertinya jika suatu hari nanti dia tetap menjadi milik orang lain...~




15 comments:

  1. saya pon suka tengak gambar mcm ni kak..tenang setenangnnya...dh lama tak bersantai tepi laut, dh lama tak menyusuri tepi-tepi bendang

    ReplyDelete
  2. waaa..bestnya..tgk laut..sy rndu laot

    ReplyDelete
  3. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain2...

    ReplyDelete
  4. Salam kenal..bestnya duk kampung macam ini....

    ReplyDelete
  5. ohhh saya lagi cemburu!!saya takde kampung..

    ReplyDelete
  6. bestnya......ada sawah dan laut....pemandangan yg indah dan sahdu....

    ReplyDelete
  7. cantiknya gambar yang diambil
    indah ciptaan ALLAH ye
    kampung saya di tanjong karang hampir sama dengan kampung kak azie

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kampung kak azie..kita orang kampung, hati tetap terkenangkan kampung walaupun dah lama bermastautin di bandar..oh..rindunya

    ReplyDelete
  9. ban pecahni memang cantik orang kata... dekatjer ngan rumah kampung... bestnyer.. memang tenang kalau tengok sawah bendang dan lagi satu laut atau sungai...

    ReplyDelete
  10. sangat mendamaikan suasana kampung akak :)

    ReplyDelete
  11. Salam AA,

    Indah dan nyaman sekali kamponghalamannya AA dimana permainya masih teserlah tanpa disentuh oleh pengaruhan pembangunan batu yang kini semakin menyelubungi permandangan mata...

    Bagi kak Ratna suasana kehidupan dikampong yang sesungguhnya dihargai karena disitulah bermulanya pembersihan akhlaq yang seharian bersaksikan dengan alam semulajadi lantas diri insaf seinsafnya bahawa hidup ini bukan sahaja untuk disuapkan dengan kebendaan semata akan tetapi seharusnya dikagumkan hati dan nurani dengan anugerah dariNya yang Maha Pemurah dengan segala namanya rezeki alam semulajadi meskipun sekadar permandangan nan tenang lantas sayup rasa perasaan tatkala menyaksikannya... itulah penawar hati supaya diri arif dalam pengertian Ilmu Allah/tauhid aqidah-iman bahawa tanpanya alam semulajadi, kita berkemungkinan akan menjadi hanya ngerti mementingkan diri sendiri sahaja...

    Kak Ratna memilih menetap dikampongulu karena mahu untuk selamanya berdekatan erat bersama alam semulajadi yang tiada cacatcelanya bagi memuji-puja keatas KebesaranNya semata... Alhamdulilllah kehadratNya.

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  12. Alam semula jadi yang indah, takkan tercalar dek kemajuan zaman..tetap akan dicari dan dicatat keindahannya selagi ada manusia yang menyantuninya..ceh, tetiba je kan...

    ReplyDelete
  13. indahnya ... teringin saya memiliki kg seperti ini . sudah tentu rasa nyaman dan damai bila berada di tempat sebegini . malangnya , kg saya penuh dengan kelapa sawit ...

    ReplyDelete
  14. Cantik pemandangan di kampung...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails