Thursday, April 17, 2014

Aduhai jari, aduhai hati, aduhai LAKI...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-04-2014


Aduhai... lama betul saya tidak berperanan sebagai blogger sepenuhnya. Saya terpaksa mengenepikan sebentar tumpuan kepada blog kerana sudah hampir sebulan, masa saya terlalu banyak untuk kerjaya (kerjaya la sangat!). Sejak kebelakangan, terlalu banyak projek yang memerlukan ‘tarikh mati’ dan perlu tindakan segera.

Kesibukan membuatkan masa bekerja menjadi lebih panjang dari biasa (mujur jari tak panjang sama), dan saya biasanya tiba di rumah menjelang malam. Mana la saya ada selera nak ngadap laptop lagi dah. Walaupun saya lama tak update dan BW, tapi saya tahu musim sibuk saya akan surut dan keadaan akan kembali seperti biasa juga nanti...

Dan seperti tahun lalu, bila saja Pesta Buku Antarabangsa mula disebut-sebut, banyak tajuk (ratusan tajuk untuk puluhan ribu cetakan) mesti disiapkan, dicetak dan dibungkus untuk segera disedia-angkut ke dalam lori. Dan jadual tugasan juga mula di-tolakpi-tolakmai. Huhhh nasib la sapa yang tak suka duty di booth tapi nama naik. Saya jenis suka. Saya suka buku jadi bila nama naik untuk 2 hari saya dah happy dahhh...!

Ok itu citer hujung bulan. Citer yang sekarang ni sebenarnya bercampur aduk. Dalam gumbira ria saya meraikan genap setahun saya di bangunan ini, dengan kenaikan yang sangat di luar dugaan... bercampur dengan sedikit pahit dan sedikit kesedihan kerana hp kesayangan saya (Samsung Galaxy Grand) yang baru pakai 2,3 bulan saja sudah hilang dicuri orang.

Saya tidak pasti bagaimana ianya terjadi. Balik dari Pasar Pudu, sedar-sedar beg dah macam kena toreh:


Kesan torehan. Amatlah cuai saya, tak pernah pernah bawak shopping bag dan purse yang penuh kad ni ke pasar, tetiba boleh nak bawak. Dan ianya ditakdirkan terjadi. Syukur juga purse (sebenarnya card holder) tidak hilang sama sebab dalamnya ada RM430 cash!

Lalu bila hp yang sentiasa menjadi santapan mata pagi petang siang malam sudah tiada di tangan, selera saya terhadap media sosial terus berubah. Masih boleh FB dan sekali sekala blogging, tapi tidak sama semasa saya ada hp sendiri. Lalu Whatsapp pun saya tak register dah. Nasib laa..

Apapun saya masih sihat, masih cergas dan gumbira. Tiada perkara lain lagi yang menyedihkan saya. Semuanya baik-baik saja dan terkawal.

Dan hujung minggu ini saya akan mengulangi rutin tahunan seorang kaki jalan. Bercuti pendek untuk melihat negara orang. (*tajuk “Aduhai LAKI” = bersyukur sebab sejak jadi bini dia, tidak pernah saya dihalang berpergian ke mana-mana)



Tayang-tayang:


Kasut yang saya sempat beli di Festival Shoe hari tu. RM89.90 tetapi dijual dengan diskaun 50%. Ada lagi sepasang, tapi mana ntah pic nya...



 ~...musim mengintai di bawah tempurung mencari surat sudah menyusut pergi kerana HISYAM bagaikan sudah tidak pandai lagi mengarang ayat bercampur sudah tidak pandai lagi mereka cerita ceria tetapi SERI BULAN tetap merasai kerinduan itu semakin menggebu dan bakal tepu apabila setiap kali berpura rajin menyidai di ampaian, tempurung sudah tidak berisi surat berlipat empat lagi......~




13 comments:

  1. Selamat bertugas di Pesta buku nanti dan selamat bercuti....

    ReplyDelete
  2. salam kak azie...nak pergi jln mana tu...jgn lupa yer balik nanti cerita2 la kat blog nie...saya nie tak dan lagi nak jln2 jauh, dpt baca cerita kekwn pun dah gembira...macam mana agaknya org toreh beg tu sampai kita tak perasan, agaknya diaorg nie dah pakar sgt2...anggapnya dugaan, mungkin selepas ini rezeki kak azie bertambah lagi...dapat beli hp yg baru lak...

    ReplyDelete
  3. Tu nak pakai jalan2 ke Kak Zzie... Selamat shopping eh...rugi kalau pi tak shopping walaupun hanya shopping utk keluarga tapi kat opis Kak Azie market bagus lagi best nak shopping tuh.

    ReplyDelete
  4. saya bila bershopping , lbh suka meletakkan duit dan ic didlm poket seluat tanpa wallet . malah hanya membawa hpone bodoh di dalam poket seluar satu lagi . jadi , klu ada apa2 yg berlaku pada beg ... benda ptg selamat ... cantik kasut tu ... sekrg2nya ada hari blh rehatkan diri ... selamat bercuti .

    ReplyDelete
  5. Ujian tu Azie..maybe lepas ni lagi byk rezeki yg dtg..:-)

    ReplyDelete
  6. jadikan cerita akak ni ikhtibar buat semua berhati2 yer kalau nk p jalan2 kat mn2 pun..

    ReplyDelete
  7. kalau dapat beg dompet tu satu kerja pulak nak buat police report.. tapi walaupun hanya hp hilang.. terdiam sekejap jugaklah.. huhuhu..
    Apa-apapun moga selamat perjalanan pergi dan balik melihat negara orang.. ;)

    ReplyDelete
  8. Selamat bertugas dan selamat berjalan2.

    ReplyDelete
  9. selamat bertugas kak, moga terus success
    rezeki kak, hilang yang tu nak dapat yang lagi baik, insya ALLAH =)

    ReplyDelete
  10. Sentiasa berhati-hati bila keluar rumah...semoga Zie terus gumbira di samping org sekeliling

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails