Tuesday, July 1, 2014

Ramadan #03: Menipu dan merahsia, ada beza antara kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-07-2014


Saya pernah jumpa dan berdepan dengan orang yang sangat-sangat berat mulut. Yang peramah ni kita dah selalu jumpa. Merata ada. Tapi yang pendiam dan sangat-sangat ‘tertutup’ agak jarang saya temui tapi ada. Ada pelbagai alasan bagi mereka yang tidak suka buka mulut ni. Samada sejak azali memang bersifat pendiam atau ada sebab-sebab kuat yang menjadikan mereka tidak mahu lagi jadi peramah.

Sesuatu yang saya pasti, bukan semua orang yang peramah tu bercerita semua benda. Atau suka nak kongsi semua perkara tentang diri dia. Ada beberapa (malah mungkin banyak) yang dia lebih suka simpan sendiri.

Saya sendiri, walau mesra-alam-peramah-gaban pun, masih banyak perkara yang orang keliling (especially di tempat kerja yang sekarang) yang tidak tahu pasal saya. Saya tak bersedia nak kongsi. Terutama hal keluarga. Malah baru seorang dua saja yang pernah jumpa MyToklaki (masa dia hadir majlis raya jemput saya).

Bukan tidak ada yang menyebut-secara-senda bahawa saya ‘sorok laki’ tapi saya tetap tidak akan mendedahkan begitu banyak hal tentang keluarga saya.

Kenapa?

Sebab sejak awal saya dok dengar banyak sangat cerita-cerita (menjurus kutuk-hentam) tentang family orang tu, family kawan ni, laki orang tu teruk, laki orang panas baran lah... anak orang tu sekolah tak pandai lah... anak orang tu begini lah...

So, awak ingat kalu saya buka ruang hal keluarga saya, awak ingat saya tak tersenarai untuk jadi bahan gossip jugak kah?

Bagi saya, mengelak lebih baik dari saya mengaku kebal telinga. Saya boleh buat pekak, saya yakin saya kental jiwa,  tapi jika saya boleh mengawal perkara itu terjadi dan saya pun nanti terjebak dalam gossip ‘mereka kaki mengumpat’, saya tetap akan tutup rapat peluang itu kepada mereka.

Ada orang takut kena kutuk, sanggup menipu dengan membawa cerita ‘bagus lagi indah’. Tapi saya lebih memilih untuk merahsia. Mengelak untuk membuka. Supaya ruang mereka untuk mencelah hampir tiada.

Yang saya rahsiakan itu bukanlah kerana perkara itu buruk atau tidak indah. Tapi mengelak untuk dijadikan bahan kataan orang. Mengelak untuk jadi bahan umpatan. Manusia ni, ada saja yang tak kena pada mata depa. Sedangkan bagi kita sudah terbaik pun, tetap ada saja yang dilihat sebaliknya.

Kita tahu siapa diri kita. Kita tahu apa yang kita lalui. Kita sahaja tahu sejauh mana erti bahagia itu kepada kita.

Am I right?



Tayang-tayang:


MyDak AMOI belikan sebagai hadiah harijadi saya. Sejak dulu minat benor dia dengan jenama C&K nih.



Untuk dipadankan dengan warna baju raya saya, katanya. Apapun saya sangat suka! Raya nanti baru melaram.






~....kelmarin lagi Mak Utih sudah menyebut tentang musim hujan yang lain dari yang lain tetapi SERI BULAN lebih faham tentang hari yang mendung suram lagi sejuk nyaman, dan HISYAM lebih berangan hendak melihat SERI BULAN mengulangi kegilaan main hujan di tengah laman Teratak Nyatuh seperti pernah berlaku suatu ketika dulu dan jika tidak kerana Mak Utih melarang sudah lama mereka kuyup bersama...~




18 comments:

  1. Lebih baik orang tak tahu dari esok jadi bahan bersambung2 dari org tu ke org ni. Kat opis lama banyak jadi lagu ni tapi dok opis baru ni Aina pun banyak mengelak.

    ReplyDelete
  2. Akak...saya sangat sangat suker dengan entry nie!! nampak tak keterujaannya disitu :)
    sebabnya saya pun buat yang sama macam akak....

    cantik handbang akak...selamat berpuasa ye kak!

    ReplyDelete
  3. Bunda pun macam tu...tak semua hal boleh berkongsi ...Terutama hal keluarga...

    Walaupun bunda ni jenis yang ramah..tapi ramah bunda pun tengok orang, tempat dan situasi...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,,

    Tidak perlu untuk kita yang bekeluarga bercerita PERIBADI keluarga kepada sesiapa terutamanya di Pejabat walaupun teman/sahabat yang baik............N3 yang baik untuk kita semua renungkan dibulan RAMADHAN yang mulia ini

    ReplyDelete
  5. betul, tak semua perkara boleh dikongsikan, sbb yang baik pun akan jadi buruk bila diceritakan dari mulut ke mulut

    ReplyDelete
  6. Sy pun tak suka nak cite hal family kat org....pun peramah gak tp mcm alasan akak tu jugak. Bahaya ouh!

    ReplyDelete
  7. lawa biru nya......

    dengan cara ini, akak secara x langsung memnabtu mereka mengurangkan peluang mengata dan tambah dosa. menolong orang dengan menolong diri sendiri.

    Rimas kan bila terlalu tahu hal orang. Tapi ada kenalan saya yang terlalu suka bercerita dan gemar menjadikan keluarganya sebagai alasan melepaskan diri. Sesuatu yang kurang sihat

    ReplyDelete
  8. lawanya handbag..sedondon dgn baju raya pula tu....emmmm...:)

    ReplyDelete
  9. Pemberiaan anak itu tinggi nilainya kerana ia bersandarkan keikhlasan dan niat mereka untuk buat ibunya gembira. :)

    ReplyDelete
  10. saya suka ponit utama iaitu.... "mengelak lebih baik...." sangat2 setuju

    ReplyDelete
  11. saya selalu perhatikan..org yg banyak bercakap (hal tak berfaedah) lbh banyak membuka pekung sendiri...

    ReplyDelete
  12. saya tak de la berahsia sangat.,.memang jarang tunjuk gambar laki tapi ada lah jugak pernah tunjuk...tunjuk pun macam tak tunjuk..ekekek..sebab nya macam kakAzie kata la..takut jadi bahan orang..tapi kan..saya berat mulut..tak suka berbual rancak..tak ramah..tapi saya tak sombong..cuma rasa macam tak perlu bercakap banyak je..:)

    ReplyDelete
  13. amboiiii glamor mak nanti di hari raya :)

    ReplyDelete
  14. nak beli beg tangan jugak lah...

    ReplyDelete
  15. Itu yang saya takut dan tak suka.. biarlah orang tak tau hal saya dan keluarga..

    Apa2pun.. selamat hari lahir buat buat kak azieazah..
    Moga kuat dan sihat dalam mengharungi kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  16. sometimes the truth should be remain unspoken.

    ReplyDelete
  17. saya setuju dengan entry ni...lebih baik org tak tahu dari tahu sejarah family kita....but hbag tu lawa ler....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails