Thursday, August 28, 2014

Hidup ni macam roda, cik kak...! Tuhan nak balikkan hati, sekejap jer

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
28-08-2014


Cepatnya masa berlalu. Raya dah berlalu. Musim haji pula bermula.

Dulu keluarga kecik, sekarang anak dah 4,5 orang. Diri makin matang, makin tua makin berusia dan semoga terus menjadi makin ‘baik’. Baik dalam ertikata, semua sudut kehidupan.

Bagi saya, paling penting jangan dibawa lagi sikap lama. Tak baik benci orang lama-lama. Kita pun tak tahu ntah berapa ramai pula orang lain yang benci kita. Ya tak?

Tuhan nak balikkan hati kita, sekejap saja. Sekelip mata.

Contoh:
saya bukan penggemar kucing. Tak la sampai benci, tapi saya tak berminat. Sekadar tengok cukup. Nak pegang pun saya tak fikir saya minat. Ipar duai anak-anak buah saya ramai yang bela kucing. Saya tak minat, dan area rumah saya tak sesuai pun nak bela.

Tapi, dah 4,5 bulan dah, kami dok bela sekor ibu kucing yang akhirnya, sudah 2 kali beranakkan 4 ekor anak.

Beranak batch pertama, selepas sebulan, saya hantar ke medan selera. Satu sangkar (MyToklaki ni rajin plak dok pi beli sangkar kucing!) saya pegi hantar ke medan selera yang tentu-tentu ada makanan. Tapi... si ibu balik semula ke rumah. Agaknya rindukan CHAK.

Lalu beranak batch ke-2. 4 ekor anak juga. Bla..bla... bla.. berbagai peristiwa, termasuk mati dan diberi orang, hari ini yang tinggal kat rumah hanya si ibu dan sekor anak saja yang Chak kasi nama CICI.

Hmmmm... dalam tak suka tu, saya lah sebenarnya yang jadi mangsa (gesaan MyToklaki) jadi tukang beli ikan, tukang rebus, tukang simpan ikan. Mujur bijirin (depa dok beli ProDiet) tu saya buat ‘keras’ tak mo beli. Bebudak tu simpan duit belanja skulah beli ProDiet. Adehhh..!

Moral: Tuhan membalikkan hati saya.

Dalam skop yang lebih luas, usah benci lama sangat. Suatu hari nanti, orang yang dibenci menjadi orang yang dikasihi. Rindu pagi petang siang malam, subuh senja! Padan muka!

Tayang-tayang:


Saya tak perlu jadi kucing, untuk rajin minum susu. 2 kotak HL boleh dapat satu gelas comel camtuh. Comey la macam saya!





 ~...entah atas sebab apa, entah mimpi apa malam semalam, HISYAM tiba-tiba muncul lebih awal dari biasa di ambin Teratak Nyatuh, tersengih tanpa rasa bersalah menanyakan ke mana gerangan SERI BULAN hendak berjalan hari ini, bagaikan dia yang rajin mengendong rajin memborong, dan Mak Utih turut tersenyum kerana harapan untuk ikut sama mencari selendang panjang akan tercapai hari ini sedangkan SERI BULAN masih dalam rajuk kerana impian untuk mengira bintang masih belum terbentang...~




6 comments:

  1. Hmmmmmm...

    kakcik pun tak rajin nak bela kucen.

    :)

    ReplyDelete
  2. saya suka kucen. saya suka belai kucen tapi tak sanggup nak bela kerana bahan buangan,muntah yg membuatkan kakak saya yg tak suka kucen marahkan saya kalau saya panggil kucen masuk dalam umah. saya pelik dgn diri saya,saya ni agak baran juga,tapi bila tgk kucen saya jadi penyayang n suka usap2 kucen. Pelikkan?

    ReplyDelete
  3. semoga murah rezeki sebab pelihara binatang.. nak2 kucing tuh kan kesayangan nabi kita.. hehe

    ReplyDelete
  4. boleh dapat gelaran ummu hurairah nnt..hehe

    ReplyDelete
  5. Huhu...sy pun x suka bela kucing tp ank bujang sy suka dh byk kali mintak izin permohonan masih tak di lulus kan.
    TUNGGULAH sy jadi cam kak azie nanti...haha !!

    ReplyDelete
  6. makcik pun kurang la minat dgn kucing ni...sbb taik la...tapi kan, kucing jiran ni suuuuuuka sgt mai berak kat rumah i....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails