Friday, August 8, 2014

Beraya di Kampung Saya #04: ‘throwback’ baju-baju lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-08-2014


Bila dah ramai berimpun di rumah asal, seronok berlonggok ramai-ramai borak citer macam-macam.

And, kebetulan MyKakYang, keluarkan 5 buntil besar baju-baju lama kami yang dulu dia simpan di stor rumah dia (sebab rumah asal ni terpaksa dikosongkan).

Wahhh seronoknya membongkar semula baju-baju lama — yang sebenarnya berpusing-pusing semula. Dari anak kakak kepada anak saya, dari baju saya ke anak buah saya... then berpusing balik ke rumah orang itu, ke rumah orang ni... sehinggalah banyak yang sudah tidak dipakai lagi. Samada dah tak muat, tak sesuai, dah lusuh dan out-of-fashion.


Pilih makcik, jangan tak pilih...!



Tudung pink tu ntah sapa ler punya, masih cantik dah boleh dipakai lagi.



MyAnakMenakan said, “Ini baru real throwback!” Sebab baju zaman anak dara saya pun masih ada lagi!”

Yup baju kurung hijau tu baju saya semasa Tingkatan 5. (Ada gambar saya berbaju tu, tapi tak bertudung plak). Hehehehe kecik jer kan?

Takda sapa pun nak warisi baju tu. Dah out-of-date. Tapi percayalah... fabrik dulu-dulu sangat tahan lama tak mudah reput walaupun zaman dulu kain-kain sebegitu sangat murah.

Semua kain tu MyKakYang dah basuh bersih. Kami mengasingkan mana yang lengkap sepasang dengan kainnya, juga mengasingkan antara blaus dan baju kurung dan baju Melayu.

Untuk menghantar ke rumah anak-anak yatim pun agak jauh dari kawasan kampung saya. Mungkin harus dihantar ke masjid untuk dipilih oleh sesiapa yang datang.

Di KL pun, rata-rata rumah anak-anak yatim agak kurang gemar untuk menerima baju-baju lama, kan? Kebanyakan pengjaga rumah tersebut lebih selesa menerima sumbangan dalam bentuk lain seperti wang ringgit dan makanan. Baju lama sudah tak sesuai untuk disumbangkan ke rumah mereka, sehingga pernah suatu ketika dulu saya dengar, “Rumah anak yatim bukan tempat longgok barang lama.”


Ini suasana dalam bilik anak-anak dara saya, masa operasi meringankan rumah. Beberapa hari lepas Raya. Maklum sebelum Raya tak sempat langsung nak beroperasi.

Ada beberapa beg besar baju-baju lama yang masih baik tapi dah tak muat dipakai. Hmmm... kat mana saya nak ‘buang’?

Ada cadangan tempat?






 ~....walau sudah lama, walau sudah berusia hubungan itu tapi hati tetap merasa baru merasa terharu andai SERI BULAN berjauhan dari HISYAMnya...~




9 comments:

  1. azie,
    tentu banyak kenangan bila melihat baju baju dulu...
    terjumpa dalam blog DIY ,baju lama di recycle jadi macam macam....rug,tudung meja.applique,apron hingga beg juga alas kaki.

    ReplyDelete
  2. stok baju lama saya dah tak banyak. tiap kali pindah .... saya lelong kat sedara mara..

    ReplyDelete
  3. wah, simpan lagi baju time anak dara
    saya pun masih pakai sehingga kini
    baju saya time saya form 3
    old school, tapi peduli apa. pakai aje...hehe

    ReplyDelete
  4. saya dah tak ingat mana pergi baju - baju saya zmn remaja ... balik kg dah x ada .

    ReplyDelete
  5. kalau saya baju yang masih boleh dipakai dan masih elok bagi kat sape2 yang sudi, yang boleh buat kain buruk jadi kain buruk, yang mmg tak boleh pakai buang jelah.

    ReplyDelete
  6. kalo kat sini ada gak kaum kaum ibu anto baju lama kat orang orang Asli.. penah dengo mak cite..

    ReplyDelete
  7. Boleh serah kat perkampungan orang asli mungkin.. atau keluarga yang susah..

    ReplyDelete
  8. Kak Azie boleh let go dalam kotak rumah amal yang di letakkan di sesetengah tempat.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails