السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-08-2014
Saya kesal.
Kisah bermula dari baju Raya saya yang 3 pasang tapi last minit sebelum Raya dikhabarkan oleh tailor cuma mampu siapkan sepasang (sebab nak jahit baju Mak Mertua dan anak-anak dia). Kemudian selepas beberapa soal-jawab dan sedikit tegas dari saya (atas nama pelanggan), pada hari terakhir sebelum kami balik kampung tempohari, saya menerima DUA pasang baju Raya saya yang siap. Ada lagi sepasang. Tak kisah lah.
Dari soal-jawab awal sehingga saya merasa bersalah (seperti saya sebut dalam entri sebelum ini tentang ‘Baju Raya tak siap’), saya dah mula rasa tak ‘seronok’. Tetapi kemudiannya, dalam kemeriahan beraya saya dah lupa pun pasal baki baju Raya tu. Dah tak kisah pun.
Kemudian IKA komplen baju Raya dia salah jahit. Baju Kurung yang diminta, Kurung Pahang yang dia dapat. IKA malas nak pakai, sebab dia kata macam orang tua. Orang muda macam dia mana nak pakai Kurung Pahang. Dah la minah tu agak cerewet. Saya whatsapp tailor, maklumkan kesilapan tu. Saya kira, selaku pelanggan tetap, saya senaraikan itu sebagai kesilapan KEDUA. Rasa tak ‘seronok’ tu kembali semula.
Kesilapan KETIGA kemudiannya, saya sedar baju Raya saya sepasang lagi juga saya kira salah jahit. Kain warna lain, baju warna lain walaupun masih dikira tonenya agak sama. (Biru dan kelabu). Saya whatsapp tailor maklumkan yang baju dan kain tak sedondon. Dia jawab ‘Sengaja I jahit begitu. I banyak jahit kain dari Vietnam yang macam tu. Itu fesyen.” (bercampur ada gelak-gelak hehehehe huhuhuhu di hujung ayat — yang kemudian jadikan saya rasa sangat annoying!)
Saya (again, sebagai pelanggan), ‘I ingat, U akan refer saya dulu bila U tak sure sebelum buat keputusan.’ (Sebab arahan awal saya ialah “Baju Biru dijahit Kurung Pahang”. Ya... jelas kaler biru. Bukan campur biru-kelabu.
Apa yang berlaku ialah, “I rasa I dah tak sesuai jadi tailor U.”
Bukan saya yang cakap. Bukan saya buat keputusan.
Saya cuma kata, “Saya minta maaf sebab banyak komplen. Saya cuba untuk tidak jadi cerewet, tapi banyak sangat silap. Saya harap saya sorang sajalah customer U yang banyak songeh. Mungkin customer U yang lain tak kisah.”
Then ada la beberapa whatsapp dia yang berjela-jela... pasal rezeki Allah beri, pasal customer tak putus lepas Raya... moga Azie terus sejahtera dan kuat kerja (macam perli jer?) ... bla bla bla... (ayat orang merajuk campur perli-perli)
...yang satu pun saya tak respons tak reply. Tak kuasa..!
Dan, dia kemudian nak pulangkan kain saya yang masih ada sepasang lagi (dah pulang pun Selasa lalu, belum berpotong). Saya memang tak kisah dah.
Saya mulanya menjangka, selain dari minta maaf (memang dia berkali-kali mohon maaf dan saya menerimanya dengan ikhlas), saya kira dia akan menebusnya dengan menjahit baki kain saya penuh teliti atau setidak-tidaknya, discount sedikit harga upah untuk baju tu. Tetapi apabila dia buat keputusan untuk pulangkan balik, saya rasa itu adil untuk kami berdua.
Saya pun tak suka menyusahkan orang, walaupun saya pelanggan yang bayar. Saya kira, bagi orang yang cari makan dengan ambil upah begitu, ada beberapa pengorbanan yang dia harus terima. Macam orang berniaga kuih raya, tapi rumah sendiri takda kuih Raya. Lebih kurang gitulah ibaratnya.
Tapi jika kerana baju Raya saya anak-beranak menyebabkan dia tak sempat jahit baju Mak Mertua dia, baju anak-anak dia, kenapa saya yang perlu diberikan rasa bersalah itu?
Dan saya yakin tanpa tempahan dari saya anak-beranak, dia masih mempunyai banyak pelanggan lain yang tidak terjejas. Alhamdulillah, baguslah begitu. Saya tahu dia tak heran pun setakat tak jahit baju Raya kami (yang dah lah kain murah jer)...
Moral of the story: Fikir sendiri.
Saya tetap berprinsip, selaku pelanggan saya berhak untuk bersuara bukan diam tapi cakap belakang.
~...HISYAM sudah sedia faham bila SERI BULAN diam bermakna bukan sahaja bulan akan gerhana tetapi ada hati yang beberapa hari merasa merana, cuma jangan sampai ada yang rasa terhina bila terkena...~
kesiannya..tu la saya masih setia dgn tukang jahit saya tahun bertahun walau harga tempahan melambung.Hantar kat orang lain ada saja tak kena.Sekali kain saya anak dara umur tiga belas tahun pun tak dapat menyarungnya...apalah lagi saya..yang mengembang dan mengembung akibat lemak bertimbun...haha.
ReplyDeletememang geram kan kalau mcam tu...saya dah lama tak tempah beli yg siap jer.
ReplyDeletesaya suka sikap berterus terang drp cakap belakang. Saya ni memang jenis malas nak komplen klu x puas hati..tapi biasanya tu jela kali terakhir saya akan hantar ke tmpt yang saya tak puas hati tu (^_^)
ReplyDeletekalau dah banyak sangat silap memang kita patut bersuara..sebab kita membayar..lagi satu kain tu kita yang punya dan baju tu kita yang nak pakai..so dia kena ikut kehendak pelanggan tu bila nak menjahit...
ReplyDeletepakcik suka balik dan ngumpat... baru mainstream!
ReplyDeletekisah sama,sedih kan macam tu...saya hantar baju husband kat tailor sebelum puasa,bila tanya masa puasa,sruh ambil sehari sebelum raya..tapi bila amik spt hari yang dijanjikan,tak dapat nak disiapkan sebab dah penat nak menjahit...nak je maki hamun orang tu,tapi bila fikir buat macam tu,takkan jadi ape pun..last2 husband pakai baju lama...
ReplyDeleteSemoga rezeki yang diterimanya itu adalah rezeki yang berkat...
ReplyDeleteDah lama tak tempah baju. Last baju tempah baju kawen la. Sekarang beli je. Dah tak kuasa juga lagi2 nak pakai baju sesuai untuk nursing. Beli jelah..
ReplyDeleteMemberi perkidmatan lepada orang bukan semudah ABC, hati pelanggan kena jaga setiap arahan adalah mengikut selera pelanggan bukan mengikut selera orang itu orang ini atau kebiasaan buat mcm tu mcm ni.
ReplyDeleteAdik Aina tukang jahit dia mempunyai regular customer dari kedai sampai dia tutup kedai dan jahit kat rumah. Saya sokong pendapat Kak Azie bukan sepatutnya pelanggan menanggung rasa bersalah bila baju anak beranak dia tak siap. Beli baju ukurlah di badan sediri, agak2 le bila nak ambik tempahan tu. Adik Aina memang limitkan baju utk setiap hari raya terutama untuk urusan kecemasan.
Tahun ni kak dia tak ada baju raya tapi...ahahahhaaa...
Kena beliiiii anak beranak. Ai is ok sebab adik sendirikan, jahit baju free....ahahahaaa...
betul.. kita ada hak untuk bersuara dan beri maklum balas.
ReplyDeleteSaya pun ada cerita menyampah pasal baju raya ni Azie. Saya tempah 4 pasang, dan disebabkan tempah bulan puasa saya pun sanggup bayar 2 kali ganda sebab katanya saya hantar lewat dan dia banyak jahitan. Kawan sekerja saya yang kenalkan tukang jahit tu pada saya. Katanya memang siap sebelum menjelang raya. Jadi, sehari nak raya saya dikhabarkan olehnya baju sudah siap dan boleh ambil. Sebab sibuk buat kek lapis, saya minta suami pergi ambil dan saya sertaa RM320 untuk bayaran tempah baju kurung tu, semuanya kurung asli, tak bertulang belut pun! Bila pulang, suami kata cuma 2 pasang je siap, 2 pasang lagi ambil lepas raya sebab tak sempat jahit. Yang peliknya tukang jahit minta bayaran penuh RM320! Suami yang pening-pening lalat pun bayar sajalah, tapi sampai rumah membebel dari ruang tamu sampai ruang dapur! Katanya, sepatutnya baju yang siap lepas raya cuma bayar harga asal, bukannya bayaran 2 kali ganda! Kita pun setuju apa yang suami cakap, tapi .... saya ni tergolong dalam jenis pengguna yang tak mahu jaga hak, saya malas nak cakap banyak. Cuma, bila kawan sekerja saya tanya ok atau tidak jahitan baju tu, saya cerita padanya tentang 2 pasang yang tak siap dan bayaran yang diminta. Kawan saya terkejut dan dia sendiri bersemuka dengan tukang jahit tersebut, siap mengatakan perbuatan tukang jahit itu memang tak patut, dan minta dikembalikan separuh wang kepada saya. Baju 2 pasang lagi tu suami yang ambil, tapi dia tak pulangkan pun duit yang sepatutnya!
ReplyDeleteAzie , saya pun ada pengalaman ngeri pasai upah baju ni.nanti saya crita dlm blog .saya rasa mcm nak tenyeh kepala dia kat simen saja.(sbab ambik ksmpatan dan sombong.)spai la ni saya tk upah dia lagi...gerrrrram..
ReplyDelete