Tuesday, August 19, 2014

Expose semua pergerakan: “ko bangga ker?”... Apakah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-08-2014


Dengan menulis segala lengkap berita pergerakan diri...

mengemaskini segala pergerakan dari jam ke jam yang seterusnya...

mendedahkan kedudukan diri di lokasi yang tepat...

kemudian dilengkapi dengan gambar persekitaran.

Belum lagi dikira dengan segala bagai koleksi gambar aset dan harta benda (harta dunia la ‘of-chos’).

Bangga?

Apakah kita bangga?

Saya selalu terasa... terasa nak tanya: “Dah cukup ker?. Ada lagi tak berita terkini? Kabor la lagi...”

Agar...

lebih ramai yang akan tumpang gumbira. Tumpang kesian, simpati. Tumpang tahu info.

Yang lebih best, tumpang mengata...!

Tayang-tayang (‘of-chos’ untuk dikata-umpat... hehehehe):


Lemang Pulut Hitam + Rendang Kerang. Beli di Pasar Tani Kota Damansara (Seksyen 6). Agak mahal dan tidak berbaloi dengan rasa rendangnya yang kureng... Apapun redha dan syukuri rezeki.


*Entri ini lebih untuk peringatan diri sendiri juga. Kita sama-sama ingat-ingati, ok?



 ~...HISYAM, agaknya SERI BULAN sudah lama lupa untuk menyebut terima kasih, rasa kasih, ciri pengasih, hanya yang pasti rasa sayang itu semakin berkembang dan diharap suatu hari nanti ia akan terus bertukar menjadi cinta...~




11 comments:

  1. Kat situ ada jual lemang tepung tak Azie?

    Sejak mak tiada, tak dapat lagi makan lemang tepung... :(

    ReplyDelete
  2. sy ngeri baca orang post 'sendirian dirumah ' huhu

    ReplyDelete
  3. Ok. Baik. Slalunya sy nyampah. Nk senang unfollow je. Lega mata hati xsakit..haha

    ReplyDelete
  4. Berlumba2 semuanya Kak Azie..mungkin mereka puas begitu.

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan rendang kerang seumur hidup yus kak azie...sedap ya...:)

    lemang pulut hitam tu nampak sedap...(y)

    ReplyDelete
  6. lemang pulut hitam? tak penah makan, sedap tak?

    anyway berdasarkan entri peringatan ni, saya pun tak paham
    kenapa ada orang suka buat gitu
    sebenarnya benda tu secara tak langsung membahayakan
    diri dia dan keluarga dia, kan kak azie?

    ReplyDelete
  7. so far tak pernah lagi makan lemang pulut hitam....tapi kalau tak silap kat
    gopeng dorang panggil ceramai....sama ker? huhu....ntah

    ReplyDelete
  8. kehidupan kita semakin hari mula dirampas oleh gadjet .......
    celik2 ... pagi . dah ...scroll tu scrool ni ....

    ReplyDelete
  9. Saya seboleh mungkin untuk tidak terlalu mendedahkan tentang sesuatu mengenai diri mahupun keluarga..
    Lemang pulut hitam tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  10. Peringatan. Ya betul jangan tak tahu ada yang ekor tu.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails