السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
01-08-2014
Dah Ogos.
Saya dah kembali bertugas hari ini. Suasana sangatlah lengang, wpun sudah ada yang juga kembali bertugas sejak semalam. Boleh kira dengan jari.
Balik dari kampung pada Rabu hari tu. Plan Khamis semalam berehat dan nak ke JPN buat MyKad untuk Chak, dan saya juga nak tukar MyKad yang baru... tapi huh.! Macam orang jetlag pulak. Masing-masing melepek penat. Hingga pagi ni, kain baju bersih masih berlipat bergulung dalam luggage belum berpunggah. Baju kotor jer yang diuruskan semalam.
Mood Raya masih melingkup kepala nih. Alahai... nak kija pun rasa berat nak angkat kaki tangan dan kepala. Apapun memang saya tak ambil cuti extra walaupun syarikat memberi cuti sepanjang minggu ini (sama macam cuti sekolah). Saya simpan cuti untuk beberapa program lain termasuk Raya Haji nanti.
Cerita Raya di sana sini. Paling ketara adalah selfie bersama keluarga tercinta walau di mana saja. Seronoknya tengok.
Gambar selfie saya?
Nahhhh....!
Dan,
Suasana malam Raya.
~...untuk mengusir kucing jantan sesat tidaklah susah malah sangat mudah hanya dengan memegang penyapu lidi yang keras bak besi, tetapi mengusir rasa rindu teramat terhadap lelaki itu sangatlah payah walaupun hampir saban hari HISYAM sering berkunjung datang ke Teratak Nyatuh demi kopi nan secawan, ubi kayu nan sebuku dan pulut tanak nan sepiring tetapi kesimpulannya dia ingin sangat melihat mata SERI BULAN nan sepasang...~
Selamat hari raya, maaf zahir batin buat Azie dan keluarga.... happy tengok orang happy beraya!
ReplyDeleteselamat hari raya..seronok dapat berkumpul dan bergambar beramai-ramai
ReplyDeleteMeriahnya raya di kampung... :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Azie
ReplyDeletePart membasuh baju lps beraya di kg plg azab rasanya.....
Sbb ada baju yg cuci tangan tak boleh masuk mesin...
boleh nmpak how happy u were kan kan? anak kedua saya baru berangkat balik Kelang a fw minutes ago.Anak sulung n family lusa Isnin balik wgsa maju...sunyi balik la umah ..saya lpas ni gigih 100 kali gnda sebab UPSR is around the corner.slamat krja balik Azie.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..wah rumah pusaka kembali berseri ye
ReplyDeletemuka sama..............satu acuan..hihi
ReplyDeletebetul ler, lebih kurang sama shj muka memasing, dah darahnya sama kan..
ReplyDeleteyg penting semua ceriaa...
wah , gembira semuanya ...
ReplyDeleteawalnya dah start keja
ReplyDeletememang confirm mood ke laut ler...hehe
apapun selamat hari raya kak =)