السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
29-08-2014
Salam Jumaat.
Sepanjang 6 bulan kebelakangan ini, saya sedar nombor henfon saya telah disalahgunakan oleh seseorang (or mungkin lebih?) untuk tujuan yang tidak bermoral. Saya sedar. Tapi saya ignore atas sebab ‘banyak keja lain’ berbanding dengan orang yang ‘dah takdak keja nak buat’ tu.
Saya bukan tak peduli. Bukan tak kisah. Bukan juga takut. Tapi saya malas nak pot selagi kehidupan saya tidak terjejas. Gelak tawa dan makan minum saya masih sempurna tidak berubah. Malah saya semakin boleh gelak tawa gumbira ria dengan kehidupan saya yang semakin baik sekarang.
Persekitaran yang baik. Kawan-kawan ramai dan baik-baik belaka. Anak-anak membesar dengan baik di depan mata. Mempunyai kerjaya yang baik dan semakin kukuh.
Kami laki-bini aman damai, makan minum sama-sama. Tido masih sekatil dan sebantal. Ahaks!
Lalu bila saya tahu ada orang cuba menganiaya saya dengan menyebarkan nombor hp saya dengan cara sebegitu, saya anggap itu suatu gangguan kecil berbanding kehidupan saya yang lebih luas dan lebih besar dan lebih bermakna.
Dan, jika kawan yang menganiaya nombor hp saya tu baca blog saya... fikirlah jika adik, kakak, mak or bini awak diperlakukan sebegitu oleh orang lain.
Saya tidak pernah berniat pun nak menukar nombor hp (yang saya dah gunakan nombor ni lebih 10 tahun dah...) semata-mata gangguan sebegini. Setakat sms, misscall dan whatsapp dari jantan-jantan terdesak di luar sana... elehhh saya ignore jer. Bukan susah pun.
Ianya tidak pernah mengubah apa-apa tentang saya atau tentang kehidupan saya.
Tayang-tayang:
Coklat semata. Dekat kawasan tempat keja saya, memang ada beberapa factory pengeluar coklat, kekacang dan kuih raya yang dibuka pada umum hanya beberapa hari menjelang Raya hari tu. Murah berbanding harga luar. Tapi sekarang dah tak buka pada umum dah. Saya masih teringinkan kacang gajus dan pistachio yang enak tuh...!
~...HISYAM sentiasalah menjadi pelindung SERI BULAN walaupun bumbung Teratak Nyatuh masih kukuh melindungi, dan Pak Utih masih kebal ilmu silat Gayungnya jika dicabar jika dihantar, dan Mak Utih sentiasa ada menjadi pengiring andai ada yang cuba mengendeng...~
asal dgr warehousale kilng coklat kita antra yg x leh x g..
ReplyDeletekalau boleh biarkan, gnguan kecil biarkan je..
comel coklat tu...sayang pulak nak makan kak
ReplyDeleteAda yang tak tenang bila melihat orang lain senang... Lumrah kehidupan...
ReplyDeleteISh, boleh pulak org dt jahat mcm tu? Peliknya manusia ni!
ReplyDeleteAlamak...gangguan juga tu kan kak. Saya pun suka kekacang
ReplyDeleteada jugak orang yang bernama manusia buat keje macam tu ye azie..apa yang dia dapat
ReplyDeleteAina pun jadi mangsa...ignore jugak...malas nak layan.
ReplyDeleteDapat sms delete...dapat whatsapp delete...takut jugak suami salah sangka.
sedapnya marble chocolet tu..
ReplyDeleteDoa org teranaiya tiada hijab kak...semoga di permudahkan lg rezeki aka.
ReplyDeleteGmbar ats skali tu coklat ke?
Aaminnnnn....
DeleteYeaa semua coklat belaka tu.
zaman sekarang ada aje yang suka buat benda gini
ReplyDeleteni lepas kes kena curi tu ke kak? apapun be strong
kalau saya buat report polis dah
yang atas sekali tu nampak sedap =)