Friday, July 30, 2010

Satay Station lagi...

Sesuatu yang sangat aku suka apabila ingin melakukan sesuatu program, adalah mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat dari orang-orang lain yang terlibat. Jangan buat keputusan sendiri.

Dan “depa” bermesyuarat lagi, seperti dulu-dulu juga. Ini merupakan ntah kali ke berapa DEPA nak buat program lagi. Program yang sangat best, yang walaupun sudah berkali-kali, tapi tak pernah jemu. Program makan-makan, tetapi sebenarnya ada yang lebih dari itu.

Bila melibatkan dalam program sebegini, perkara utama tentulah kata sepakat dan kerjasama padu.

Dan semalam DEPA bermesyuarat di Satay Station, Kg Pandan. Aku hadir melibatkan diri. Walaupun setiap kali program aku sering juga menyibukkan diri, tapi ini adalah kali pertama turut sama bermesyuarat.


DEPA adalah merujuk = AnakPerlis.com (AP.com). Program: Menyambut Ramadhan

Jika 3,4 tahun dulu, bila aku menyertai DEPA, harus juga belajar menutup mata sebelah dan telinga sebelah, tapi hari ini aku sudah sebati, seperti “soluble yang dicampak ke dalam segelas air, membuih, melarut lalu hilang...” (leh ker pakai perumpamaan soluble nih?).

Aku semakin larut, semakin sebati dalam aliran AP.com. Menyertai, melibatkan diri, membantu dalam acara gotong royong DEPA, bukan atas kepentingan apa-apa, tetapi aku sendiri suka, sendiri rela dan rasa sangat seronok berada dalam kelompok itu. Tahniah sekali lagi.

Program akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Nanti ku kongsikan lagi.



~...Sejak hari itu, sehingga hari ini, SERI BULAN suka, teramat suka melayan lagu “Hati Yang Kau Sakiti”, by ROSA... tapi dia juga tahu, HISYAM tidak pernah suka...~





7 comments:

  1. wahh...dah mula aktif kembali akak. saya perasan akak mmg suka melibatkan dalam program2 begitu ek?

    ReplyDelete
  2. satay tu macam menarik jer.. hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. EELOBOR > bila sekali terjebak, rasa selesa dan seronok lagi serasi, susah pulak nak mengelak untuk tidak menyibuk sama. hehehehe (mereka ini juga antara yg selalu membantu bila Yayasan ada program dgn anak-anak yatim)

    ReplyDelete
  4. Salam FYZAL.. (macam anak Kak Azie plak)

    Satay tu memang sedap. Agak besar berbanding sate lain, and of course ler harga lain skit. Satay Station Kg Pandan ni antara cawangannya. Lain tempat ada di Ampang dan Mont Kiara. (sekadar info)

    ReplyDelete
  5. syok nya bersama DEPA.. kami tak dapat la nak join DEPA lagi buat masa ni.. insyaAllah tunggu raya ni la kot DEPA nak buat di negeri kelahiran pulak.. :)

    ReplyDelete
  6. AIZURA > kalu buat di Perlih kami plak payah nak join. Tapi mesti best lah kalu dapat buat di sinun...:)

    ReplyDelete
  7. I so agree with you having a right to your feelings. Cuma ye lah. Dengan situasi begitu, we sometimes forget that we have a right to feel that way.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails