Thursday, July 29, 2010

“Yang terindah hanya sementara”...

Syaaban sudah hampir ke penghujung dan Ramadan bakal menjelma. Setiap kali tiba bulan puasa, memang ada banyak kisah menarik yang boleh dikongsi. Betul. Bermula dari menjalani ibadah puasa itu sendiri, hingga ke mengerjakan terawih, berbuka yang lengkap dengan pelbagai menu dan bersahur yang penuh dengan pelbagai ragam.

Nanti bila tiba masa, kita kongsikan bersama, ok? Memang seronok. Malah lebih seronok jika dibandingkan dengan kemeriahan raya itu sendiri. Sudah menjadi tradisi, kami mesti bermesyuarat dulu bila tiba perkara-perkara penting. Dan tahun ini semua anak-anak bersetuju untuk berhariraya di KL sahaja (kecuali ada perubahan di saat akhir). Hal-hal lain tidak begitu penting sangat, contohnya baju raya warna apa, or perlu tukar langsir or tidak... tidak termasuk dalam agenda mesyuarat. Semua itu bergantung kepada kuasa veto si Mem Besar...!

Melihat beberapa perubahan yang berlaku selari dengan masa yang pantas beredar, terus aku terfikir – aku tidak pernah diajar untuk membenci orang lain, tetapi aku tetap merasa aku ada hak untuk tidak berbaik dengan segelintir orang yang aku yakin juga tidak gemar berbuat baik samada di depan atau di belakang aku.

Sebuah kenangan, tiada kaitan dengan cerita.


~...seiring dengan masa juga, HISYAM akhirnya menyesali akan kemarahannya sendiri, sehingga Puteri Khadijah menjadi nekad mencarinya semula – ada sesiapa masih ingat plot mereka ini?...~



7 comments:

  1. lama x update blog akak. sibuk ker tak sihat?

    ReplyDelete
  2. kenapa hilang lama??? btw.. siapakah ek azie azah ni??? mcm wartawan jer... erkkk...

    ReplyDelete
  3. moga sihat le yang tersurat mahupun tersirat

    ReplyDelete
  4. EELOBOR > Ni nak mula balik ler niii..:)


    AYIE > wartawan? uishhhh idak laaaah..

    ReplyDelete
  5. CEMOMOI > kena belajar tulis surat balik ler nampaknya...

    ReplyDelete
  6. SHIKIN > Buat masa ni, plan nyer gitu la, beraya di KL, sebab tak dapat cuti panjang. Maklum baru kerja, dan ada staf yg cuti bersalin (and I kena cover).

    Hmmmm di KL jer lah nampaknya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails