Friday, July 2, 2010

Susah betul nak dapatkan rentak semula...

Susahnya nak dapatkan balik rentak berblog, bila sudah agak lama bercuti. Dalam kepala macam ada banyak benda nak tulis, tapi pastu semangat merudum. Kena slow-slow...

Siang tadi aku berjumpa sorang kawan yang pernah aku gelarkan "Michelle" dulu. Urusan rasmi tidaklah lama, dalam jangkaan aku boleh selesai dalam masa 5 minit saja, tapi yang tak best ada soalan tentang urusan kerja aku. Kalu dah "Michelle" tu "Michelle" ler jugak.

Tapi aku sudah bertekad, jangan tanya apa-apa tentang diri aku sekarang. Dulu lagi aku dah warning, jangan sibuk hal aku, bleh tak? Aku bukan syiapa-syiapa, bukan orang terkenal pun, bukan orang hebat pun yang depa asyik nak tahu hal aku. Wuekkkkk!

Oh ya... terimakasih banyak kepada yang wish Ulangtahun semalam, yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk aku.

Harapan aku buat masa ini, nakkan kesihatan yang lebih baik kerana sejak sakit hari tu, keadaan aku sudah tidak sama lagi. Masih lemah, masih kurang selera makan dan terasa susah nak aktif seperti dulu. Semua tu mengambil masa. Sekarang pun, aku lebih selesa berehat di rumah saja, nak keluar ke mana-mana pun memang takda mood langsung.

Tapi rindu nak jumpa kengkawan. Masih ramai yang tak tau aku sudah tidak berada di kawasan Bukit Bintang lagi, so sori lah pada beberapa orang yang menyimpan hasrat nak ajak lunch di sana. Tukar port ler nampaknya.


~...belum puas makan durian...~



9 comments:

  1. salam azie...
    selamat merihatkan diri dan muga2 selera akan datang semula... Insya'Allah.

    ReplyDelete
  2. Semoga sihat Azie....

    Menaik merudum berblog tu, cklah pun pernah alami.....tapi sejak akhir2 ni meruduuuum je rasanya. He..he,...banyak komitmen lain kita ni sebenarnya!

    ReplyDelete
  3. Salam azieazah
    Dah terlewat beri ucapan selamat harijadi. Semoga gembira menyambutnya kelmarin. Jaga kesihatan. Kot badan sihat, insya Allah mood macam-macam datang. Dan kawan2 kan dapat terus menikmati entri azie yg memang meyeronokkan.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Azie.
    Maaf bbyk kerana baru ni Kak G berkesempatan singgah ... sistem pun sakit + terbz skit pulak!
    Pertamanya: HAPPY BELATED ?? BIRTHDAY. MANY HAPPY RETURNS OF EVERY EACH DAY OF THE YEAR.
    Pastu, harap segera pulih sepenuhnya & kembali ceria. Sama2 la kita ya. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Azie..

    semoga segera pulih seperti aediakala.

    Hmmmm... durian kat seberang jalan kawasan rumah Azie tuuuu... banyakkkk, kan??? :)

    ReplyDelete
  6. hish, baru baik, baru sihat, dok diam2 kat rumah! :D

    ReplyDelete
  7. AKAK > macam dah terlebih rehat pun ada nii..


    CKLAH > sekali sekala rasa seronok gak dapat rehatkan jari ni..:)

    ReplyDelete
  8. BANG TEMUK > Belum terlewat. Terimakasih bang.


    DRFAUZIAH > Kak G, terimakasih. Bertambah 1 tahun lagi umur, makin tua. :)

    ReplyDelete
  9. KAK CIK > yang kat seberang jalan tu memang dah jadi trademark Pandan Jaya bertahun-tahun. Kalu sebut "gerai buah" tu semua orang tahu. Situ memang port durian tak kira masa...


    FA > masalahnya, dok kat rumah mana leh diam-diam!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails