Monday, July 5, 2010

Kita nak labelkan apa...?

Memang aku dah makan durian. Beli sendirik. Tak banyak, dalam 9 biji jer. Tak banyak ler tu kan? :)


Tapi masih tak puas lagi. Mesti nak pi cari lagi. Yang dijanjikan sebakul (or setengah bakul pun jaaadi lah), asal jer itu orang tunaikan janji nak belanja. Hari special pun lama lepas nih. Takper, kita tunggu tarikh 07-07 lak.

Tetiba teringat lak pada sorang kawan aku yang terror proses "kemenyan" cara gini.


*ni memang pic lama. Aku simpan dalam pen drive, tetiba jer jumpa balik... dan perhatikan tangan dan kuku dia yang terbela bersih dan tangan dia pun macam gebu jer, kan? hehehehehe!~ (dia lelaki, ok)

Walaupun proses ni tak baik untuk kesihatan, tapi kawan aku yang sorang ni memang sorang kawan yang baik. So tiada kaitan ler kebaikan seseorang itu dengan apa yang dia suka buat, kan?

Takkan seseorang yang suka bersarapan di kedai tu seorang yang tak suka masakan isteri, kan? Tak adil kita nak judge cenggitu. Sama gak ler, takkan yang merokok tu kita nak label jahat lak, kan? Hmmmmm macam tak relevan tapi itulah hakikatnya.

Kalu pompuan plak yang merokok? Kita nak label apa?


22 comments:

  1. cuma tak manis di pandang jer, sebab budaya & adat orang kita. Dari segi hukum semuanya sama jer baik laki atau perempuan.

    ReplyDelete
  2. kalau perempuan kita panggil perokoknita !

    ReplyDelete
  3. huduh la nengok orang pompuan merokok hilang keanggunannya

    best nampak doyan, beli kat area taman bukit teratai ke cheras baru pon murah gak

    ReplyDelete
  4. eee..mangkuk tupperware tu macam yang kita punya la.. :D

    Dulu masa menyewa bujang, my roommate hisap rokok tengah2 malam takut I nampak, terkuzat I...tapi dia tu pulak baik benor orangnya!

    ReplyDelete
  5. Cerita benar dari I, heheh. Alkisah I bitau sorang kawan, I tak berkenan tengok pempuan merokok. Dia sengih aje. Kendian2 I pegi rumah dia, terperanjat I bila tengok emak dia merokok. Makcik tu kata dia merokok sebab mengidam masa mengandong.

    ReplyDelete
  6. azie..
    kalau perempuan yg merokok tetap kita labelkan perokok dan bakal pesakit kanser paru-paru dan jantung....

    ReplyDelete
  7. Azie..

    takkan nak dilabelkan 'ditanggung halal' kot? :)

    ReplyDelete
  8. EELOBOR > hukum tidak mengenal jantina, kan?


    Bang HAMZAH Al-LAVENDARI > hehehehee... first time dengar perokoknita.

    ReplyDelete
  9. CEMOMOI > memang kita terus nampak ilang ayu nya bila wanita merokok.
    *Beli durian kat gerai buah yang panjang yang menjadi trademark Pandan Jaya tu.

    ReplyDelete
  10. FA > weyyyy tupperware tu zaman bila U tau, kalu tak silap sebelum tahun 2000 lagi. I dapat hadiah. Memang best lah tupperware tuh, wpun dah buruk lasak diguna, tp tetap best... (Eh ni aper citer parti tepawer plak nihhhh)

    ReplyDelete
  11. SOM > jangan tak percaya, my mother pun merokok, for years! dari kitaorang kecik sampai I dah habih sekolah menengah..

    Pastu dia berenti sendiri jer. Orang2 tua-tua dulu-dulu memang ramai yang merokok, kan?

    ReplyDelete
  12. AKAK > cara bercakap udah macam doktor ni. :) tapi memang betul lah tu.


    KAK CIK > yang tak faham, jual rokok tu halal plak ek?

    ReplyDelete
  13. dakni pon merokok gak tp sekarang dalam proses berhenti merokok... dalam tempoh sebulan ni baru je hisap 3 batang... hahahaa tu pon bila rasa 'gigil' dia datang dan ada plak malaun yang dok main meng'offer' sekarton dunhill... erkkkk ada sape2 nak beli dunhill ke? nak jual murah2 je ni

    ReplyDelete
  14. Kak Zai nak pi cari durianlah,dah lama tak makan.

    Rokok tetap tak elok buat kesihatan.

    ReplyDelete
  15. Kalau perokok wanita kita labelkan dia...

    "Wanita Kurang Kasih Sayang Kot"...

    Hahahahahah...

    Watpe la dowang ni nak isap rokok..
    apa kat rumah tu dah takde benda nak isap ke?
    Opss... terlebih sudah.

    ReplyDelete
  16. durian....dushh..rindu nak makan durian..saya tak brapa suka org yang merokok..membazir dan membunuh diri dlm diam

    ReplyDelete
  17. 4 komen jer tiinggal?? Mana pegi komen kengkawan aku yang semalam??

    adehhhhh... apa dah jadi. Patut semalam ramai bloggers komplen komen tak kuar..

    but, sini semalam memang elok jer kuar malam tadi, pagi ni dah ilang semua??

    ReplyDelete
  18. awatnyaaaaaa....ada pencuri masuk rumah kaaa...

    ReplyDelete
  19. FA > pencuri tu nak join makan deriyan sekali kot...

    huhuhuhuhu!

    ReplyDelete
  20. wakakakaa tu laaaa asyik sangat citer psl durian... kan pencuri da masok umah..!!!

    ReplyDelete
  21. Tak nampak wajah jejaka tu... Mesti kacak dan tampan orangnya kan? Kan? Kan?

    ReplyDelete
  22. :D:D:D
    amin bin khalif

    worang laman > minta lokok

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails