Saturday, July 31, 2010

Siapa yang berani menolak kenangan?...

“Siapa yang berani menolak kenangan?”. Terutama kenangan semasa kecil, zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, zaman seindah zaman remaja... tak kira pahit manis payau kelat. Kan?

Sejak seminggu dua ni, beberapa orang kawan lama semasa zaman persekolahan menengah mula menjengah ruang kehidupan hari ini. Seronok sungguh rasa di hati, rasa nak melompat tapi confirm ler memang tak leh, dah tak larat...

Yang kelakar, dalam 7,8 orang yang dah dapat dihubung semula tu semuanya lelaki. So, aku tidak pernah berbohong tentang, aku memang miliki lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan, sejak zaman sekolah lagi. Dan mereka itu memang antara kawan-kawan mesra aku semasa kami sekelas beberapa tahun, bermula Form 2 sehingga Form 5.

Teringat pada katabual borak di telefon hari tu:
HASS: “Hang ingat nama, tapi tak ingat aku yang mana?”
AKU: “Hang jahat tak? Hang hensem tak? Sebab aku cuma ingat kawan lelaki cuma kerana 2 perkara tu jer.” (sambil gelak seperti biasanya seorang Kaki Gelak)

Dan pada hari berikutnya pula:
SAA: “Hang ingat aku lagi?”
AKU: (Sambil menjerit-jerit sebut nama dia kuat-kuat!) “Woooiii! mestilah aku ingat, sebab hang yang paling jahat sekali dengan aku!.” (mujur aku tak maki dia, sebab teringat masa sekelas dulu, di mana aku menjadi Ketua Kelas selama beberapa tahun, nama dia ni tersenarai antara budak yang jahat dan nakal dalam kelas. Selalu buat aku naik darah!

Betul tak para cikgu? Selalunya murid yang paling pandai dan murid paling jahat selalu susah nak dilupa, kan?

Salah seorang kawan lelaki aku di zaman sekolah menengah dulu (mujur muka tak kelih..), terjumpa semula di KL masa nak reunion dulu. Juga telah berjaya dengan pangkat yang tinggi di syarikat yang hebat. Dulu pun kami sangat rapat, tapi bila tamat sekolah, kami tidak pernah memanjangkan persahabatan langsung, terus terputus hubungan begitu saja. Sebab dolu-dolu, berkawan di sekolah walaupun dengan lelaki, tidak pernah ada perasaan pun. No cintan cintun...!

Sekarang, yang jahat nakal itu sangat berjaya, amat cemerlang dan aku sungguh bangga mendengar serba sedikit ceritanya hari ini. Ya, sesungguhnya yang dilihat sangat tidak maju suatu ketika dulu, di zaman akal pendeknya dulu, kini menjadi sangat berjaya selari dengan kematangannya hari ini. Syabas!

Dan, fikiran nakal terbit di kata bual juga, “uishhh awat ler aku tak couple dengan hang dari dulu? Ahaks!”

Har..! Har..! Har..! Har..! Har..! Har..!



~...SERI BULAN sudah lali dengan nakalnya lelaki, sepertimana mereka tidak pernah berhenti untuk menakal...~



11 comments:

  1. sokong sangat apa yg saudari tulis dalam entri ni.....aku pun kekadang kalau terjumpa member lama ingat muka je tapi lupa nama....

    ReplyDelete
  2. wahhh ramai peminat ek rupa2nya.. tengok.. bukan saya jer yang cari u selama ni.. Hihuhihu

    btw.. thanks sebab komen di entri ini yang bertajuk Kena maki di facebook ya bang? Padan muka

    ReplyDelete
  3. EDDYLEBS > Salam kenal. Terimakasih sokongan. Bila dah tua-tua ni, tak berapa nak ingat dah nama kawan-kawan lama..


    AYIE > peminat tu lama dah ada. hehehehe

    ReplyDelete
  4. skrg eelobor pun tgh asyik dok kontek2 kawan sekolah dulu2 (rendah & menengah). malah rancang utk buat perjumpaan raya posa nti

    ReplyDelete
  5. kenangan walau pahit.. bila dikenang, bisa jadi manis juga :)

    ReplyDelete
  6. Azie..
    kebetulan pula.. HARI INI setelah berbulan-bulan berusaha mengumpul kekkawan dan ckgu2.. akak juga akan bertemu kawan lama....Insya'Allah...
    memang kawan yg paling nakal dan pandai adalah kawan yg paling kita ingati....

    ReplyDelete
  7. EELOBOR > bila dah jumpa balik kawan2 lama, seronok bila sakat balik kisah2 nakal masa sekolah.


    FYZAL > kenangan itu best...

    ReplyDelete
  8. AKAK > Mesti AKAK pun diingati juga oleh depa tu, kan?

    ReplyDelete
  9. betul tu kak Azie, dulu masa sekolah menengah kawan2 yang asyik dikenakan tindakan disiplin kerana terlampau nakal kini sudah berjaya dan jadi manusia berguna...

    ReplyDelete
  10. Murid paling nakal dan paling bijak mudah diingat. Tapi saya tak ingat, mereka ingat saya.

    ReplyDelete
  11. VIC > ada pula tu, yang dulu kita tengok senyap pendiam nampak baik alim, tapi akhirnya menjadi sebaliknya. Sedihhh...

    KAK NORA > mesti lar ramai ingat Kak Nora, guru yang depa sayangi...:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails