Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Day 15: Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-22...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
04-08-2012


Sabtu yang cuti. Tapi lagi nak dekat raya, lagi banyak agenda nak kene urus. Bukan pasal nak cat rumah atau nak operasi pun. Tapi, ya lah... ada saja. Cuma tak penting.

Hari ini 04-08-2012, besday si AMOI. 22th. Tiada yang lain melainkan mengharapkan yang baik-baik dan mendoakan yang sejahtera dan cemerlang belaka.

Tentulah result final exam kelmarin antara hadiah yang menggembirakan juga.

Ini 2 tahun dulu, semasa umur dia 20 tahun.

Tayang-tayang:
Spagheti yang diminta khas oleh AMOI. Kebetulan IKA ada balik, skulah dia cuti lama sambung Senin (Nuzul Quran). So cuma kami bertiga yang berbuka dengan menu ni, sedangkan yang lain memang perut Melayu jati. Nasik!


Aku tak guna daging, tapi ayam. Sedap juga. Tambah hotdog sebagai assesori tambahan.

Jom BW lagi.. sementara mood tengah semerbak, sementara masa masih mekar sejambak...!


~...SERI BULAN bagai anak kecil tidak sabar menanti penjual aiskerim tiba di petang yang rembang kerana HISYAM sudah berjanji petang nanti akan ada temujanji setelah dia kesal kerana berkali-kali memungkiri dek kerana terikat mimpi bayangan anak dara Pak Imam yang berusaha terus hendak menjadi si buah hati...~








10 comments:

  1. Hepi bufday dak Amoi...semoga success selalu.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir untuk Amoi...anak kak azie pun dah semakin dewasa....cepat kan masa berlalu!

    nasib baik la masih pagi tengok spageti ni..kalau tengahari sikit..haih...entah lah...hehe..boleh meraung ni! lebih suka guna beef, rasa manis sikit dari ayam.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ulangtahun kelahiran Amoi. Amoi muda sedikit dari Angah. Besdei Angah 7/7 yang lepas, tapi Angah baru habis Diploma. Suruh sambung belajar tak nak. Berbeza betul anak lelaki dengan anak perempuan. :(

    ReplyDelete
  4. sedap kan letak ayam. Saya baru ni brbuka juga dengan spaghetti .. masak sepeket tu.. abis!!

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada Amoi. Tentu keputusan final exam dia kelmarin tu "cun"! Alhamdulillah.

    Bila kita dah sibuk tak menentu, tanda raya dah di depan pintu!

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Amoi.. Kalau auntie tengok gambar yg 20 tahun tu macam baru 17 tahun je:

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Selamat ulangtahun kelahiran Amoi, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang soleh, cepat dapat kerja...cepat dapat jodoh, cepat beli kereta, cepat bina banglo, bla bla bla dan dirahmati seluruh kehidupan. Aminnnnn.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails