Sunday, August 26, 2012

Syawal Day 08: Ahad yang sepatutnya berehat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Ahad
26-08-2012


Ada banyak open-house, kan? Walaupun esok dah ramai yang akan start kerja semula, tapi agenda Open-House terus berlangsung.

Semalam aku sempat singgah beraya di rumah sorang kawan sahaja di Kajang. Sebelumnya sepagi aku berada di pejabat (yang di luar KL). Banyak benda kena mulakan semula selepas cuti puasa dan cuti Raya nih.

Hari ini pun ada lagi jemputan. Mungkin tak sempat nak join, sbb aku sudah ada temujanji nak jumpa dengan tuan rumah di Damansara. Kalu semua ok dan setuju, AMOI dah boleh masuk rumah sewa tu sebab 3 Sept dah nak mula kerja.

Pagi ini aku kena jadi tukang masak merangkap tukang hidang, then tukang cuci pinggan merangkap tukang kemas di rumah MyMakMertua. Dia nak buat open-house tengahari ni.

Tayang-tayang:

Ikan Sepat Ronggeng Masin: yang aku makan sakan-sakan masa balik beraya di rumah MyBONDA hari tu.






~...bila SERI BULAN tiba-tiba menerima kunjungan seorang jejaka yang disebut sebagai kawan lama, HISYAM terus sahaja faham itu memang marka lama dia, sedang Mak Utih terkebil-kebil melihat kerana pelik bagaimana jejaka kacak itu boleh tega melepaskan SERI BULAN dahulu, tetapi Pak Utih segera memahami bahawa janji setia boleh dimungkiri bila-bila tetapi kasih setia antara dua orang teruna-dara yang menjadi buah hatinya saat ini adalah yang paling utuh harus dijaga...~



12 comments:

  1. memang tak boleh nak rehat..kalau dah ada open house..

    ReplyDelete
  2. Nanti open house kat office pulak kan.. :)

    ReplyDelete
  3. kalau saya kat msia ni, weknd memang x duduk rumah, makan je, memang x diet lah,hehe

    ReplyDelete
  4. semalam & ari nie saya berehat jer kat rumah setelah penat bercuti 8 hari kat kampung....

    ReplyDelete
  5. emmm... rumah terbuka berserta dengan selera yang terbuka.. yum yum..sedap ikan sepat ronggeng tu.. :)

    ReplyDelete
  6. SMTI - Ikan sepat ronggeng hidup randang, mun mintuha laluk kada sawat maniring pang...

    Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin ye Kak Azie. Tahun ni tak dapat nak sms/mms, bil tak bayar lagi, nak top-up memang tak boleh.

    Wasalam

    ReplyDelete
  7. Aina tak kemana2 hujung minggu ini kelelahan memandu dari kampung pada hari sabtu cuma sempat memenuhi undangan jiran di tingkat empat sahaja dalam keadaan mengantuk dan letih.

    Tahun ini seiring dengan pertambahan usia rasanya kudrat itu semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya! moga dirahmati ALLAH.

    ReplyDelete
  9. acu suka ikan sepat masin tu
    makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah :D

    ReplyDelete
  10. sepat ronggeng yang paling best.. rasa tak berap nak masin.. pastu bleh pepak dengan tulang sekali... hahaha..


    *tapi ikan sepat idup idak pulak boleh makan... :P

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails