Saturday, August 18, 2012

Ramadan Day 29: Esok Hari Raya! Esok Hari Raya! Esok Hari Raya!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-08-2012



Tengah buat apa tuh? Rebus Ketupat? Kacau Dodol? Menunggu Rendang Ayam Pencen? atau masih dok kait pucuk nyior?

Apa jua yang yang korang buat, tentulah penuh rasa gumbira, sebab...

"Esok Hari Raya! Esok Hari Raya! Esok Hari Raya!"

AA tengah kukus Pulut Kuning (kukus saja, esok pagi baru kacau dengan santan), then nak tumis Kari Ayam (esok pagi baru masukkan santan). Then nak masak Sambal Tumis Bilis dan Kuah Kacang.

Kerana hari terakhir berpuasa, dan selera pun dah kembali macam hari biasa aku masak pun ala kadar sahaja untuk berbuka hari ini.

Ulangtayang kad raya.

Di mana pun korang berada, samada masih di jalanraya yang sentiasa raya, atau sudah bersilat di kampung halaman merebus Ketupat or menunggu api Lemang... atau ada yang masih merayau di shopping kompleks membuat persiapan terakhir... diharapkan Hari Raya korang akan berseri dan disambut penuh ceria.

Bagi yang masih di jalanraya untuk pulang ke kampung, hati-hati okeh. Nanti kita jumpa di KL yaa...

SELAMAT HARI RAYA everyone!




~...HISYAM bermandi peluh menolong Pak Utih mengangkut kayu api dan sabut tempurung, sedang Mak Utih senyum gumbira melihat SERI BULAN berselut kaki menyumbang keringat mencari keladi kerana konon cerita sudah lama kepingin kerepek keladi...~



2 comments:

  1. Assalamualaikum wbth..
    sis azie,,,,
    Selamat Hari raya .....Maaf zahir Batin dari Tirana Aduka Sekeluarga,,,

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails