Monday, August 6, 2012

Ramadhan Day 17: Iftar meriah walaupun tak mewah bersama gempita Dato’ LCW yang sweet...!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
06-08-2012


Hari ini Selangorian cuti, Nuzul Quran. Setiap kali bulan Ramadhan, memang aku ingat betul pada hari cuti yang satu ini. Di mana, orang-orang Selangor akan kuar shopping di KL.

Tapi tahun ini aku rasa mungkin kurang skit kot, sebab cuti jatuh bersambung hujung minggu, mungkin ada yang sudah shopping di hari Sabtu lalu, atau mengambil peluang balik kampung sebab cuti dapat 3 hari berturut. Best, kan?

Yeahh... aku orang Selangor. Anak-anak semua cuti. Tapi kerana aku kerja di KL, wpun ofis cuma 5 minit perjalanan. Yaa... aku dok kat sempadan antara KL-Selangor. Nasib la...

Semalam, kami riuh berimpun iftar beramai-ramai bersama MyBONDA. MyKakak datang sefamili dari kampung dan agenda gathering berlangsung walaupun bukan semua ipar duai dapat turun.

Aku masak menu simple; Nasi Lemak Masak Sendiri + Ayam Goreng Berempah. Buat Popia Inti Reka Sendiri.

Kerana leka bersembang dan sibuk di dapur, aku terlupa nak snap gambar-gambar sepanjang iftar. Lagipun terlupa bawa kamera. Snap guna hp jer.

Menjadi juga, walaupun pertama kali buat. Resipi cari di internet.

Popia resepi sendiri. Pejam mata jer nih...

Yang best, Nasi Lemak habis menjadi santapan, Sup Daging by MyAnakMenakan pun selesai.  MyBONDA berbuka dengan nasi dan durian (yang dibawa khas oleh MyKakak dari Bagan Serai) dan Cendol yang dipinta khas, lalu diimport dari bazar Ramadhan.

Lepas maghrib, gathering kami tambah meriah sebab ramai-ramai riuh depan tv tengok Final Badminton Olimpik. Walaupun berkesudahan tewas pada Lindi, kita tetap sanjung tinggi semangat juang yang hebat oleh Dato’ LCW kita tuh. Dia hebat, kan? Dia tenang, kan? Dia sweet, kan? and... dia juga cute, kan?

Comel!

Okeh, selamat pulang dan selamat bersara Dato’ LCW. Malaysia bangga dengan U. Bersaralah dengan tenang kerana U dah buktikan bahawa kemampuan U mengujakan seluruh rakyat. Semangat U memberikan inspirasi. I know, U balik nanti akan rasa lega. Harap U dapat tido lena lepas ni... >> cewahhh macam cakap dengan kengkawan jer, kan?





~...HISYAM mula rambang mata, sedang SERI BULAN rasa hendak terbey mata rabun itu dengan lastik batang jambu...~

 

20 comments:

  1. Khabarnya DLCW akan berumahtangga tahun depan. Bila dah bersara nanti mesti banyak masa untuk bina keluarga kan? :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya ayam berempah.....
    tahniah juga buat DLCW......

    ReplyDelete
  3. salam akak...wow sedapnye juadah..lg best mkn ramai2..heheh..malam tadi memang berdebar2 tgk badminton..ape2 pon dato lee chong wei memang hebat..heheh

    ReplyDelete
  4. seronok org selangor bercuti

    Salam Ramdhan n perkenalan dr Alin Marlini

    ReplyDelete
  5. KAKCIK SEROJA:
    sukanya saya dengar LCW dah nak kahwin. Memang tepat masanya dah Tumpang gumbira.


    ERI-CHAN:
    Tambah sedap sebab kami makan beramai-ramai. Rebut-rebut macam kat kampung dulu.

    ReplyDelete
  6. QHAIFA NUR:
    Kak Azie baru belajar buat Ayam Goreng Berempah. Kira jadi lah tu.


    CIK CERIA:
    Memang berdebar sungguh tengok game semalam. Sama hebat tp LCW tetap juara di hati kita semua, kan?

    ReplyDelete
  7. haaaa ...saya nak buat nasi lemak lah hari ni ...

    ReplyDelete
  8. QHAIFA NUR:
    Kak Azie baru belajar buat Ayam Goreng Berempah. Kira jadi lah tu.


    CIK CERIA:
    Memang berdebar sungguh tengok game semalam. Sama hebat tp LCW tetap juara di hati kita semua, kan?

    ReplyDelete
  9. Lastik batang jambu tu guna putik jambu ke sebagai pelurunya? hehehe

    ReplyDelete
  10. ALIN MARLINI:
    Salam kenal, sila masuk. Terimakasih....


    CHIK AT:
    Saya buat Nasi Lemak atas permintaan anak-anak. Sekali sekala memang sedap juga berbuka posa dgn nasi lemak.

    ReplyDelete
  11. YUNUS BADAWI:
    Lastik batang jambu tu sangatlah sesuai untuk terbey mata cemey sorang tua yang ala-ala manja sengaja. Kalu kena tepat tang mata, sahih tak boleh raya..!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis....

    nampak sedap ayam berempah tu....ada tarikan.....popia pula...saya kena rasa dulu...ranggup tak......hehehe...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. TIRANA ADUKA:
    Ayam Goreng Berempah tu menjadi la jugak. Popia tu kena makan panas-panas, memang rangup. Sejuk dah tak sedap.

    ReplyDelete
  15. alaamaaaakkkk....!
    ada gambo lauk.....huhuu
    sedapnyeeeerrr...

    ReplyDelete
  16. KARUKORD JAGAU:
    sabar youuu... sabarrr

    ReplyDelete
  17. Orang Johor kena kerja. Hisss... sana-sini semua kata cuti macam nak cuti sama kakak rasa.

    Ayam berempah menggoda kakak.

    ReplyDelete
  18. apapun saya tetap bangga dengan Datuk LCW.... tahniah Datuk...

    ReplyDelete
  19. KAK ZAKIE:
    Samo la kita. Kojo jugak ni.
    Ayam Berempah tu memang saya nak goda akak! hahaha


    EELOBOR:
    Sama rasa dengan seluruh rakyat Malaysia...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails