Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Day 20: “semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
09-08-2012



Ingatlah: “Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan di mana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Wallahu a’lam...


*****



Yang pasti aku rindu, sentiasa rindu dan akan terus rindu...


Rumah BONDA kekal atas nama, kekal atas laman nan luas, yang pernah menjadi padang lompatan petang hari, main galah panjang, atau terkinja main bunga api di malam Raya...

Malas nak sebut banyak tentang itu, sudah terlalu banyak aku menyebutnya dalam entri-entri aku terdahulu.

Bukan tiada hasrat untuk menetap di situ kembali, tetapi itu keputusan sukar. The last thing I would do...






~...HISYAM memang tidak pandai menunjukkan rasa kasih dan juga rasa sayangnya, tetapi SERI BULAN sangat yakin, sangat tahu dan sangat rasa sehinggakan setiap jelingan anak dara Pak Imam pun tidak mampu mencairkan hati seorang HISYAM...~













26 comments:

  1. Ayu suka bc kisah entry kak AA ttg rumah bonda.. Bestttt klasik gitu...

    Kak.. Habaq kat hisyam klu anak pak imam xcairkan hatinya. Adakah si Seri Bulan ada guna ubat guna2... Hehheheee

    ReplyDelete
  2. Rumah bonda....nostalgia tu...
    Terlalu byk kenangan :)

    ReplyDelete
  3. terlalu banyak memori terindah didalamnya.......

    ReplyDelete
  4. tertarek pada tajuk. yang saya tahu dalam hadith tentang semut hitam itu ialah gambaran bagi syirik halus lagi tersembunyi.
    tertarek juga pada rumah bonda.
    cantik dan paling indah kenangannya.
    semuga rumah itu akan kembali sebagai tapak permainan anak-anak. saya sendiri kepingin tinggal di rumah sebegini.

    ReplyDelete
  5. tiba2 saya teringatkan rumah arwah tuk saya di muar
    raya nie saya x dpt balik huhuh

    ReplyDelete
  6. tiba2 saya teringatkan rumah arwah tuk saya di muar
    raya nie saya x dpt balik huhuh

    ReplyDelete
  7. tiba2 saya teringatkan rumah arwah tuk saya di muar
    raya nie saya x dpt balik huhuh

    ReplyDelete
  8. Tempat jatuh lagi dikenang...apatah lagi tempat kita membesar.

    Ikhlas tanpa minta dibalas tetapi kasih ibu memang penuh dengan keikhlasan...

    ReplyDelete
  9. Aduyaiii terujanya bila tgk rumah kampung

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak ingat mengingati:)
    Aduhai kak... Tengok gambar ni, rindu kampung wan saya juga:,(

    ReplyDelete
  11. Kenangan mengusik jiwa. Tanah dan rumah tu tak jual kan? Boleh apa kalau nak balik situ. Tapi macam sedih la pulak kan. Okaylah, itu sahaja.

    ReplyDelete
  12. AYU:
    Setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal, pasti teringatkan rumah ini...


    KAK IZAN:
    Ya, saya hanya da Bonda. Ayah dah meninggal.

    ReplyDelete
  13. GADIS BUNGA:
    Jommm berapa kotak mau?


    KARUKORD:
    Ya, terlalu banyak kenangan sampai tak terlayan.

    ReplyDelete
  14. QHAIFA NUR:
    Memang rumah menjadi tempat paling banyak kenangan. Tidak terhingga.


    NUURS:
    Rumah tu sudah lama ditinggalkan, setelah ayah saya meninggal. Memang sayang sangat, malah tidak kecil hasrat saya untuk kembali ke rumah itu utk menetap seketika... Mungkin.

    ReplyDelete
  15. IEDA:
    Balik kampung tak semestinya raya. Nanti lepas raya pun boleh balik juga. Muar bukan jauh.


    JUNAINA:
    Kadang2 ada orang hanya ikhlas di depan saja. Belakang kita bukan main lagi mengata.

    ReplyDelete
  16. CT:
    Kita sudah lama berhijrah cari makan di bandar, memang akan teruja nak balik kampung bila tiba Raya.


    JUMA KARAMAH:
    Nanti raya balik la kampung yaa..

    ReplyDelete
  17. CA suka citer AA pasai umah ni....

    ReplyDelete
  18. RED RAMBUTAN:
    Rumah tu rumah pusaka. Tak akan mudah nak jual. Tanah pusaka tu menjadi warisan temurun.
    Untuk kembali menetap bunyi memang best, tp agak susah sbb di kampung nanti takda KLCC. heh heh heh!

    ReplyDelete
  19. CIK ATT:
    Setiap orang ada kenangan tersendiri tentang kampung halaman, rumah kayu, pondok-pondok...dll yg berkaitan zaman kecik. Nostalgia.!

    ReplyDelete
  20. Syahdu ja tengok rumah tu..

    Hisyam. Suka. :)

    ReplyDelete
  21. As salam Kak AA,

    Tengok rumah tu...Teringat umah yg arwah abah bina & teringat mak yg beraya buat pertama kali tanpa kami :'(

    Kak,

    Ikhlas tidak boleh disebut2 :)

    ReplyDelete
  22. DINAS ALDI:
    Apa saja tentang kampung akan menggamit rasa sayu.
    HISYAM pun mungkin suka U jugak. Ahaks!


    MARYA:
    Ohh berada jauh dari tanahair lagi la terkenang kampung bila tiba time raya kan!

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum wbth....
    Rumah lama banyak kenangannya....

    ReplyDelete
  24. TIRANA ADUKA:
    Bukan setakat rumah jer, barang lain yg lama pun pasti ada kenangannya yg tersendiri, kan!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails