Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan Day 18 (again): Iftar di PH...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
07-08-2012




Kerana IKA masih ada di KL, kami iftar di luar pula petang semalam. PH pilihan majoriti, dan CHAK paling suka sbb dia peminat setia Mushroom Soup.

Paling dekat, yang sepelaung dari my opis. Kami sampai sekitar jam 6.15pm, tapi meja yang available hanya tinggal 2. Selebihnya sudah ditempah orang, walaupun orang belum ramai pun.

Malas memenatkan badan, kami menunggu sahaja sehingga waktu berbuka.


Boring, so layan Twitter Dato’ Lee Chong Wei. Dia hanya Tweet 3,4 patah perkataan, tapi yang re-Tweet, berbelas ribu orang. Peminat setia yang sentiasa menyokong.



Kerana 2 regular pizza tu macam banyak sangat, so bungkus bawak balik. Sahur kena habiskan juga.

Dan pertama kali, sahur pagi tadi tiada orang berhajat nak makan nasi pun. Selera dah berubah nih...

Dan, apa lagi nak masak untuk berbuka hari ini? Pening!





~...selagi tiada orang berani masuk meminang SERI BULAN atau mungkin takut hendak menempuh tembok tak nampak yang dibina dek HISYAM, selagi itu tiada siapa dapat menjangka apa kesudahan kisah mereka sehinggakan Mak Utih merisik dalam bisik dan Pak Utih bersoal dalam mual...~




 

4 comments:

  1. tiap2 hari macam tu lah..pening menu berbuka..pening nak masak sahur..hmm..kalau bulan2 lain pun sama jugak peningnya...hehe

    ReplyDelete
  2. sesekali ubah selera apa salahnya kak. Aina kat rumah kalau masak sambal tumis semua laju je makan, sahur siap boleh tambah2 lagi anak2 makan.

    ReplyDelete
  3. petang ni saya nak gi carik sup gearbox....hehe...

    ReplyDelete
  4. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails