Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Day 12: terkenang “Aih Ketoi”...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
01-08-2012



Terkenang masa kecik-kecik dulu age sekitar 5,6 tahun di kampung kalu bulan posa mesti beli ais ketul di kedai runcit. Tak mampu lagi ada peti ais pun.

Kami sebut Aih Ketoi. Disimpan dalam tong kayu besar. Sebenarnya tong memukul padi tu. Disimpan dalam timbunan hampa padi. Kami sebut hampa padi, orang lain taktau ler sebut apa. Hampa padi adalah kulit beras, dari padi yang telah diproses menjadi beras tu (sekam padi). Nak bagi ais tahan lama tidak mencair.

Seketul kira-kira saiz sebuku tu dalam 1 kaki x 1 kaki, cuma sekupang. Part pegi beli ni, sebenarnya part yang seronok gak. Maklum, zaman dulu bukan banyak sangat pun benda nak main, bukan ada hiburan pun. Dapat pi kedai runcit yang sepelaung tu pun dah seronok dapat keluar rumah.

Jumpa pic ni dari FB seorang kenalan. Terimakasih banyak.
Aku sengaja upload X-Large size supaya anda boleh baca captionnya.

1970 aku baru age 3 tahun masa nii..




~...suasana terawih memang memberikan rasa sayu terharu dan hening bila HISYAM berada dalam barisan jemaah tetapi bila tiba moreh di penghujung, tiada anak dara yang tidak mahu terlibat dalam acara menjelingnya sambil cuba mencuri senyum sedang SERI BULAN mula mereka ayat peluru untuk menembak jika ada masa berlambak...~

 

14 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Walaupun saya gak beli ais ketoi ni, tapi masa tu dah tadak serbuk sekam padi...

    ReplyDelete
  2. Lepas tu kena basuh bersih-bersih supaya serkam padi tu tanggal.

    Budak dalam gambar tu dah jadi atuk atuk dah sekarang ni ek.

    1970? kakpah dah tingkatan 2 dah masa tu.

    ReplyDelete
  3. Tahun 1970, kakcik di darjah 3. :)

    ReplyDelete
  4. dulu mak acu pun jual aih ketoi nie
    samada nak sebantal atau setengah
    kalau setengah ja,memang kena potong guna gergaji...murah je dulu..sebantal tu 50sen..kalau setengah 30sen :D

    ReplyDelete
  5. saya tak lahir lagilah time ni..bestnya dapat simpan akhbar dolu-dolu..oh disalut ngan serbuk sekam kayu ye..tu petua tu..

    ReplyDelete
  6. wahh mmg menggamit memori ni. tahun 70 sy pun tak lahir lg...tp masa kecik2 bkn la org senang, peti ais pun takde..jd petang2 mmg jd tugas sy pg umah jiran yg jual ais ketoi ni...sekupang seketoi...hihihi

    ReplyDelete
  7. Teringat masa kecik2 beli ais.. Ais berlumus dgn serdak kayu....
    Bungkus dgn suratkabar jer... Takder pelastik...
    Berlari2 bawak balik cepat2 sebab tangan tak tahan sejuk....
    Balik umah, basuh bersih2...
    Basuh lama2... Ais pun jd kecik... :-(

    ReplyDelete
  8. ya..aih ketoi..masa saya kecik pun sama..ramai yang masih tak mampu nak beli peti ais sendiri. jadi, petang2 tu pi la ke kedai runcit hujung kampung beli ais ketoi..seketoi baru 2 kupang..tapi takdak la sekam padi bagai! owh..sangat nostalgia...tq for this entry, kak azie...:-)

    ReplyDelete
  9. Saya pun sama jugak beli ais ketul ni di bulan puasa bila saya pergi ke rumah nenek saya di Datuk Keramat. Beli di kedai Kemi tauke khemah di Lorong 2 kerana dia antara org yg ada peti ais.

    Kat KL mereka guna habuk kayu sebab takde hampa padi.... hehehe

    ReplyDelete
  10. masa akak umur 3 tahun saya lak -ve 7 tahun. hihihihihi

    ReplyDelete
  11. azieazah
    Cerita aih ketoi memang menyebabkan kita senyum panjang.... macam-macam teringat di kepala kita, kisah-kisah berkaitan dengannya, dan zamannya.

    Yang pasti, cerita aih ketoi yang sejuk, tetap kan panas dalam ingatan, selagi hayat dikandung badan!

    ReplyDelete
  12. Cek tak pernah kena pi beli aih ketoi dalam hampa padi tapi kecik2 dulu kalau pi rumah tok, pernah jugak tengok sepupu beli aih penuh hampa padi ni, heheh. Cek suka cerita2 lama macam ni.

    1970 cek belum ada lagi di dunia nih.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sis...
    wah tahun 70an......suka la gambar tu...

    ReplyDelete
  14. tak lahir lagi masa tuh...
    tapi seronok kita kenang kembali zaman2 silam...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails