Tuesday, June 18, 2013

Terimalah kegilaan saya itu sebagai kelemahan saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-06-2013


Sejak jadi blogger, ya memang betul saya suka ambik gambar. Snap sana snap sini. Ada saja yang hendak dijadikan bahan modal.

Lalu habit saya ini, semakin difahami oleh orang-orang terdekat saya. Anak-anak dah tak heran lagi kalu bila siap masak, saya suka snap menu yg saya masak padahal rasa ntah apa-apa. Plating memang out ke laut! But... dalam banyak hal, ada aku k?

Then, tentu ramai terbaca satu article tentang kajian di Jepun: orang yang suka snap gambar makanan tiap kali makan dikatakan ada sindrom ‘mental disorder’. Dalam erti kata lain, penyakit gila ler tuh.

Namun begitu, bila dalam public saya masih berhati-hati, masih menapis-napis apa yang perlu disnap atau melihat apa yang tidak boleh disnap.

Begitu juga bila saya mula kerja di tempat baru, sekali sekala memang saya snap pic makanan saya depan beberapa orang kengkawan. Dalam banyak keadaan, saya snap seawal pagi (kebetulan memang saya selalu sampai seawal 7.15am, selalunya memang kami berdualah yang paling awal. Peluang untuk saya bebas snap memang di awal pagi.

Kemudian, beberapa kawan yang semeja time sarapan mula memahami ‘kegilaan’ saya wpun mula-mula depa heran dan tanya-tanya. Saya kata, ‘saya suka simpan untuk web saya jer.’ Of course la saya tak boleh sebut perkataan ‘blog’ wpun setakat ini saya tak pernah dengar lagi mana-mana kawan ofis saya yang cakap pasal blog or jadi blogger. (rata-rata depa ni tak bersosial di laman maya, malah ramai juga yang tak tahu apa Yahoo, apa tu Google...)

Then, terdengar juga la soksek mulut yang celupar menyindir dan cakap belakang ‘macam tu pun nak amik gambar!’. Ok saya dah lama agak, sebab sesuatu yang agak ‘pelik dan menongkah arus budaya depa’ memang akan menerima kritik or komen or kata sindir. Fine, saya tak kisah.

Cuma saya sangat berharap depa menerima ‘kegilaan’ saya yang satu ini sebagai satu kelemahan saya. Mudah, kan?

Tayang-tayang:


Pulut Kuning yang saya buat khas untuk kawan satu department siang tadi, atas niat yang baik-baik. Dah lama hajat nak buat. Jika tangguh lagi, nanti dah masuk Ramadhan. Rendang Ayam yang sudi ditaja oleh seorang lagi kawan sekerja, tak sempat nak snap sebab orang dah makin ramai yang sampai. Segan la saya nak snap.

Sambal Tumis Ikan Bilis saja. Ikan bilis import dari Penang. MyAMOI bercuti ke Georgetwon minggu lepas so saya kirim ikan bilis.

Ya... ya pic Pulut Kuning saya adalah bosan, sebab dah banyak kali saya menunjuk Pulut Kuning saya. Dah ada yang tegur, boring tengok. Takpa lah, nak buat macamana, ini memang kelemahan saya.






 ~...belum pernah HISYAM merasa serik untuk terus menjadi pendamping setia SERI BULAN sepertimana SERI BULAN begitu tinggi juga graf kesetiaannya terhadap HISYAM walaupun ada usaha memisahkan mereka dengan fitnah dakyah dan bidaah yang melukakan kulit merobekkan hati tetapi hanya satu perkataan yang menguatkan jiwa kental mereka berdua menjadi lebih kenyal...~




52 comments:

  1. Oh! Azie... kegilaan Azie itu bukan satu kelemahan, tapi satu kelebihan yang menyebabkan orang mula ambil perhatian terhadap apa yang Azie lakukan.... sebab kelebihan @ kegilaan Azie itu tidak ada pada mereka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Amie! Satu point semangat yang saya harus sokong dan sangat saya perlukan. Cuma saya tidak mahu terlalu agresif, sebab nanti nampak sangat kepelikan saya menjadi buah mulut yang diburukkan pula. Malu la juga...

      Delete
  2. Dah lama tak mkn pulut kuning..cicah dengan rendang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat Sambal Tumis Bilis sebab kawan sorang lagi sudi nak menaja Rendang Ayam.

      Delete
    2. Saya tak pernah makan pulut kuning dengan sambal bilis, sebab saya gemar makan pulut kuning begitu sahaja, tapi saya tahu mesti sedap kan? Lagi sedap kalau bilis nya tak masin sangat.

      Delete
    3. Kak Azie belajar makan Pulut Kuning dgn Sambal Tumis Bilis dari keluarga sebelah Toklaki la. Kami dulu makan pulut dengan nyok manis.

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Pulut kuning?????? OOhhhhhh tidakkkkkk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak,

      OOhhhhhh tidakkkkkk!!!!

      as of anxious-nervous, like you're dreading it or anxious-excited like you're really looking forward to have it?

      Delete
  4. Same la..kadang2 Teena segan jugak nak snap gambar depan org, tp ikut keadaanlah. Nk dijadikan modal blog lah katakan. Diorang xde modal nak dijadikan bahan, kita ni lain lah sikit kan,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah modalnya pun. Tanpa gambar, terasa blog macam tak lengkap jer kan?

      Delete
    2. Macam tak lengkap dan orang baca pun jadi bosan. Wording banyak, no photo, jadi ngantuk mata membaca.

      Delete
  5. Pulut Kuning dan sambal bilis AA terbaik..sedapppppp
    Tak per AA tunjuklah gambar Pulut kuning 40 ribu kali auntie tak jemu, hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh la saya nak amik gambar sampai 40 ribu kali Auntie!

      Delete
    2. Akak snap sekali aje, yang lagi 39,999 tu akak copy and paste sahaja.

      Delete
  6. Snap je azie..toksah peduli org..I pun rajin menyenap gambar makanan...esp bila kluar...lantak ler..hehe ada aku k? Hehee

    U kena sindir dgn kwan I ni kena jgk tp bab fb dgn kakak2 ipar....kebnyakkan depa dkt 15thn lbh tua dr I so diaorg terkejut yg I ada akaun fb...apahal ntah..mcm depa pelik sgt I ada fb...?
    Yelah I muda lagi laa hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila orang tanya saya ada akaun FB tak? Dengan bangganya saya kata tiada! Seriyes! Saya memang bangga saya tiada akaun FB. Actually I had one once, tapi saya private kan, dan lama-lama saya bosan, so saya off terus. So, once again dengan bangganya saya kata saya memang bosan dengan FB.

      Mungkin sebab dah ramai sangat ada FB, dan macam sudah menjadi satu kemestian setiap orang ada FB, maka saya jadi bosan. Saya bosan bila dah ramai sangat yang ada benda yang sama dengan setiap manusia lain.

      Ahaks!

      Delete
    2. Saya pemegang akaun FB sejak 2008. Pernah deactivate sekali. Then activate semula sebab ramai teman blogger berchat pula di FB melalui group group tertentu. So sekarang lebih aktif di group (sebab tak ramai sangat). Dah malas nak update di public.

      Delete
  7. Entry Dilema Fotografi dalam blog saya sesuai sangat dengan situasi akak sekarang :) terliur pulak pagi-pagi buta ni tengok pulut kuning akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miss Anis, sebagai blogger memang banyak isu dilema nya..

      Delete
  8. heee.. xpe kak, kita sama2 giler.. hihihi.. ada geng.. teman pun suka snap gambo makanan n post kat FB/blog.. xkira lea artikel tu dh kuo kata mcm tu.. teman still gak buat menda giler ni.. ha2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pun geng, memang sangat memahami perasaan geng lain, kan?

      Delete
  9. tak apa kak azie, snap saja gambar makanan, lepas tu share dekat blog.. saya suka gambar makanan nih, bole jadi inspirasi untuk saya masak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam kita tengok blog-blog resipi lain. Bila takda idea nak masak or nak masak sesuatu yang baru, tentulah tengok blog yang ada gambar masakan.

      Delete
  10. Snap gambar ni kak..bg saya takde nye mental problem. Niat kita nak share, tambah pulak itu salah satu kaedah mempromosi barang/produk mknanan secara berkesan. Kan? Bila kita post benda sedap.......ramai tanya kat mana, .otomatik kedai bertambah pelanggan.ngehehe.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kedai patut berterimakasih kepada golongan blogger, kan?

      Delete
  11. Samalah kak..sy pun sejak ada blog suka ambik gambar. Tok laki dan cik bieha dengan mak saya pun paham dh perangai sy ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang dah menyampah, pastu depa dah tak heran lagi dah, kan? hehehe

      Delete
  12. sebelum ni pun ai segan ala malu nak snap gambar kat tetengah orang ramai..
    sekarang cuba buat selamba sebab nak abadikan dalam blog.. ;) yang jadi mangsa dah tentu anak dan en. suami.. ngeh2.. ;)
    kalau sebelum ni en. suami rimas tapi sekarang.. taknak amik gambar ke..? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie masih sorok sorok snap lagi jika kuar dengan Toklaki. Sebab dia tak sebut apa cuma buat muka. So malaslah nak cari pasal. Jika dengan anak-anak, takpa depa tak banyak kisah.

      Delete
  13. cakap kat depa "eh! aku amik gambar ni ko rasa sakit ke?"..


    *haha itu ayat nak cari gadoh..

    #sangat teringin nak rasa pulut + sambal ituuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course la, sakit hati maa..

      *kaki kuis-kuis lantai, kepala tunduk sambil berkata dengan nada perlahan dan yang remote;

      "Sakit hati sebab kita tak buat pun macam dia buat, dok amik gambar tu semua.. huhu.."

      "Kita nak buat tapi nanti orang lain kata kat belakang kita, kita takut kalau orang cakap belakang kita. Kita tak suka! Kita benci orang cakap kat belakang kita!"

      Sigh! "Benda kecik je dik, dah la tu toksah merajuk dah. Pedulik je cakap orang lain tu, diorang dengki tu tak dapat buat sama. Okay? Dah, senyum sket.. haa kan kachak tu."

      Hik hik hik.

      Delete
    2. Sekali fikir, memang banyak unsur iri hati cemburu dengki di sini. Dalam pada tu tetap berhati-hati sebab orang tak suka kita ni, boleh menambah cerita yang pendek jadi sedepa. Dua kali fikir, hal ambik gambar pun depa nak kepoh sangat. uishhh

      Delete
  14. Boring tengok tapi kalau dapat sepinggan sengih2 jugak...

    ReplyDelete
  15. Kak, sesuatu yang pelik dan menongkah arus sesiapa pun akan dikata di belakang. Kenapa?

    Kerana kita semua manusia kak. Ada sesetengah manusia yang susah untuk menerima perubahan. Walaupun kita tahu perubahan itu adalah sesuatu yang baik, tapi lumrah pemikiran manusia suka duduk dalam kawasan yang selesa.

    "Dah selesa macam ni buat apa nak ubah lain?"

    Mereka takut untuk keluar dari kepompong mereka. Mereka takut kehilangan keselesaan itu. Mereka takut perubahan atau sesuatu yang lain dari biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju semua pernyataan di atas. Ada ketika perubahan kita itu dilihat negatif pula oleh spesis seperti di atas tu.

      Delete
  16. memang macam2 orang kan.. suka hati kita la kan.. yg ko dengki kenapa? aku ada kamera aku guna la tangkap gambo kan..

    kita memang x boleh nak puaskan hati semua org..so puaskan hati kita dulu ye dak?? hehehhe.. salam kenal dari cikda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikda, sila masuk. Terimakasih.

      Betul, kita menjaga hati dan kepuasan kita sebagai blogger sebelum orang lain. Cuma ada isu tertentu yang kena ada tapisan. Bab snap gambar tu, masih flexible lagi.

      Delete
  17. Peh! Sedapnye pulut kuning tu. Tgk sambal bilis tu, tmbh le sedap! Arghhh! Nak jugakkkkkkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, masa gathering di ME Bangi dulu, dah pernah dah Kak Azie bawak Pulut Kuning dgn Sambal Bilis ni. Farah sempat rasa tak?

      Delete
  18. akak tak pernah bosan tngok semua gambar2 makanan dari Azie, jauh di sudut hati ttp dpt rasa suatu keluhuran yg tulus, ianya sempoi dan seadanya...kat situ yg akak dpt rasakan keikhlasannya..

    pekakkan jer telinga pada ckp2 org yg bebukan tu Azie...bukan boleh kasi kita gajet baru pun....

    pirah,kan?

    mengharap dpt rasa pulut kuning dan sambal bilis merah nyala2 tu suatu hari nanti...akak mmg gila sambal yg merah nyala2, baru la terbukak bijik mata hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Q dok Ampang kan? Meh la kita dating-dating. Nanti saya bawakkan Pulut Kuning tu dgn Sambal Bilis. Hehehe tapi saya yakin, kompom la Akak masak Sambal Bilis lagi sedap dari saya.

      Delete
  19. biarkan mereka yg tak faham dunia maya dgn ketidakfahaman mereka hehe...
    betul...bila kita berblog..ber web...otak terpaksa bekerja keras..mencari idea..mencari bahan utk dimuatkan dlm diari maya kita..hanya blogger yg faham dunia blog hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang sangat bernasib baik tak perlu perah otak pun. Apa saja gambar or kejadian depan mata tiap hari boleh saja dijadikan bahan entri.

      Delete
  20. Kalau gambar pulut rasa tak jemu sebab kak Zai ni hantu pulut hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang, kalu banyak makan pulut nanti lemah badan. Orang ada gout takleh makan pulut tau....

      Delete
  21. tak per kak, saya antara ramai yg sama perangai bab ni... jangan malu-malu amik gambar. kengkadag, saya terbongkok2 amik gambar akar pokok atas tanah. org lain pandang pelik... tp kita yg masih belajar petik2.... buat tak tau jer la... yang untung kita, gambar bertambah improve... suka tengok pulut kuning... adihhh... aman nak carik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,, nak dapat ambar yang cantik bukan boleh main petik saja, or snap sekali. Kena snap 4,5 kali then nak pilih yang terbaik. Tapi bagi blogger kecil macam saya, yang guna kamera cikai saja, snap sekali pun dah boleh masuk blog,. Jika ada masa baru saya snap 3,4 kali utk dipilih.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails