Friday, June 7, 2013

BBQ Gathering Blogger: meriah macam biasa dan agenda luar biasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-06-2013


BBQ Gathering Blogger yang dirancang beberapa bulan sebelum, akhirnya berlangsung pada Sabtu 1 Jun lalu. Setelah menukar tarikh (sepatutnya 04-05) yang terpaksa ditunda kerana PRU13 tempohari.

Usaha berbincang, macam biasa di forum KKA. Tiada AJK khas pun. Masing-masing terlibat, tetapi setinggi penghargaan utama adalah kepada tuan rumah, empunya lokasi yang diberi nama Musolla Ehsan, di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, pasangan Dato’ Abdullah & Datin Aisyah sangat-sangat penyayang, rendah diri, mesra dan... oh depa memang sporting.

Saya dan beberapa orang blogger datang lebih awal ke Musolla Ehsan untuk beberapa persiapan awal.


Buat dapur orang macam dapur sendiri.
*Blogger Iyra si Riben Merah dari Gombak dan Pena Rozie dari Kuala Terengganu. Tabik spring, Rozie memandu dengan anak-anak dari Kuala Terengganu ke KL untuk bercuti dan juga bergathering.


Ayam (chicken wing) tajaan Iyra. Diperap seawal jam 11.00 pagi. Resipi Iyra sendiri. Terbaik...!

Selesai beberapa persiapan, lunch time!


Cadangan saya: Tat Nasi Ayam. Seksyen 15 tidak jauh dari Tol Bangi.

Balik ke Musolla Ehsan, berehat sementara menanti acara BBQ sebelah petang. Dapatlah saya lelap mata barang sejam dua! — terbabas sampai jam 4.00 petang! Kengkawan blogger dah ramai yang sampai, saya masih mimpi lagi. Cehhh...!

Okeh, mari layan gambar-gambar yang banyak saya upload sepanjang hari gathering. Jangan jemu la ya.


Seperti yang dijanji, Jagung Bakar. Saya beli di Pasar Pudu. Guna resipi sorang kawan dari AnakPerlis.com. Jagung celup santan lemak, then baru bakar. Bagi saya, sedap lah!

Next:


Sebenarnya, untuk bergathering dan menghimpun ramai blogger serentak adalah sangat susah. Pengalaman bergathering sebelum ini, semua dapat menjangka akan ada orang tidak akan berjumpa sesama sendiri. Sementelah kali ini gathering berlangsung pada cuti sekolah, jemputan kahwin merata pula ramai blogger yang singgah hanya sebentar. Tak sempat makan pun ada.

Apapun kehadiran walaupun cuma sejam, setengah jam sangatlah bermakna dan dihargai. Saya kira jumlah kehadiran memang ramai, cuma tidak serentak. Para blogger datang secara berperingkat. Masa yang kami peruntukan adalah sehingga ke malam. Sebab itu selaku kaki sibuk @ kaki makan, saya berada dari pagi sehingga petang... dan hingga ke malam.



Ada yang baru pertama kali join. Sori Berlori, tak sempat pun nak sembang panjang. Maklum sibuk ke hulu hilir nak duduk gebang pun tak dan. Tahu-tahu ada yang dah balik.


Para blogger, dan suami kepada blogger yang hadir. Terimakasih kerana sentiasa memberikan sokongan.


Kalu ramai yang datang serentak, harus bergambar begini lebih sendat lagi. Dah tinggal setengah baru sempat saya bergambar.


Selepas maghrib, ada lagi 2 keluarga blogger yang singgah bercampur dengan beberapa blogger yang masih tinggal.


Kemeriahan berterusan...!


Sebab dah malam, berkain batik sarung macam kat rumah sendirik, adalah sangat best...! Abaikan kaki ayam saya yang tak boleh dibuat BBQ pun.

Next:
gambar-gambar makanan yang sempat saya snap. Kali ini tak banyak gambar sebab memang tak sempat. Walaupun agenda BBQ kali ini sudah membincangkan tajaan menu, tetapi macam biasa Potluck makanan tetap menjadi pilihan ramai.

 Keropok Lekor tajaan Pena Rozie dari Kuala Terengganu.


Cheese Blueberry Tart. Saya tak pasti sapa yang bawa. Blogger EJA kah? Saya tak rasa, then dah habis.


Kuih Seri Muka yang ini saya sempat rasa seketul saja. Ohh memang sedap! Siapa bawak? JUNAINA kah? Saya tak ingat.


 Yang beriben cantik ni apa eh? Lupa plak. Tart juga kan? Ini dibawa oleh blogger Eja Escobart, yang datang khas dari Parit Buntar, Perak. Selain bercuti, juga datang nak ambil novel-novel yang saya belikan di Pesta Buku tempohari.


Muffin Coklat berbadam ni hasil buatan blogger Nor Azian Iskandar yang datang dari Jengka, Kuantan Pahang.


Pizza buatan sendiri. Tajaan blogger Mama Wana @ Kak Azwa Kamar. Katanya, tak lengkap bahan, tapi bagi saya itu pun dah sedap sangat dah...!

Itu saja gambar makanan yang sempat saya snap. Ada banyak lagi tapi tak menang tangan la.

Blogger Anyss menaja Char Kuey Teow yang dimasak gigih oleh Abe Zam suami blogger Ayu dari Shah Alam. Ohh terbaekkk...!

Siap bawak dapur sendirik lagi...! Tak berenti tangan menggoreng.

Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Saya dan beberapa blogger yang datang dari jauh menginap tidur di Musolla Ehsan. Sesungguhnya, tuan rumah yang baik budi ini sentiasa berbesar hati kami meriuhkan rumahnya. Apatah lagi masing-masing bawa anak-anak yang masih kecil. Saya pun bawak CHAK dan ALIA tidur di sana bersama saya.

*SORI BERLORI  saya tak sempat nak cari link bagi blogger-blogger yang saya sebutkan nama di atas.


Next day:

Sarapan pagi pun macam gathering juga. Sebelum Musolla Ehsan memulakan Kelas Pengajian untuk sesi pagi itu.

Sebelum berpisah, agenda makan-makan disambung dengan Mencendol dan Merojak.  Tak sah ke Bangi jika tak duduk pekena Cendol depan Hitachi.



Masih kenyang dek sarapan, saya order Rojak Sotong saja. Next time saya nak try Laksa Utara di sini. Sedap betul baunya...!

Akhir sekali, saya secara peribadi nak ucapkan setinggi terimakasih kepada mereka semua yang terlibat dalam gathering kali ini.

Juga, kepada mereka yang setiasa menyokong dari jauh dan dekat. Walaupun tidak berkesempatan hadir dek komitmen lain dan juga jarak yang memisahkan, saya sentiasa hargai budi baik anda.

Next gathering? Ohh tunggu habis edah dulu. Jika ikut rekod, next tentulah Gathering Raya.






 ~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia....~




34 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Ohhhhh mufin tu blm sempat pi ambik lagi hu huhuhuhu gamaknya, sempat naik pokok tak?

    ReplyDelete
  2. nengok makanan neh lagi memalam neh kasi perut berkeroncong.. baru besh kak azie g awal, siap tido dan balik last2 skali. biasanya akak nak cepat balik ajer... tqvm to u gaks

    ReplyDelete
  3. assalm kak azie..dil berharap sangat semoga dil dapat join gathering raya...nanti kolling2 dil ye...maklumlah balik mesia dil payah nak online....
    dil suka sangat gather2 ni ....menambah kenalah dan membina ukhuwah...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik Msia, email Kak Azie ya...

      Delete
  4. meriah...berjaya mengeratkan ikatan silaturrahim...dah byk kali gathering dibuat dirumah Datuk,kan..

    ReplyDelete
  5. meriah sangat2.. ;)
    tapi saya tak berkesempatan nak pergi sebab balik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sungguh. Meriah dengan orang-orang nya. Meriah dengan makanan nya juga.

      Delete
  6. Best la kak azie. Tp bile lg kite blh jumpe ye.....

    ReplyDelete
  7. Salam kak azie..

    seronoknya.. harap2 untuk gathering seterusnya ada rezeki untuk saya join sama..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Azie

    Moga Allah membalas jasa2 kekawan yg menjayakan perjumpaan ini. Permudahkan urusan kekawan atas penat lelah yg disumbangkan

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, ada waktunya pasti kita bertemu lagi. Di rumah kakcik, mungkin. :)

    ReplyDelete
  10. Kalau Pak Tuan tak dak harus balik malam jugak...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haippp.. sebenarnya saya isteri dia.. hikhikhik~

      Delete
  11. masya allah meriahnya.

    tak berkesempatan nak pegi...

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Nak tabik kat AAlah. Sgt gigih!
    Dapat juga tgk gambar2 gahttering merarik tu. Tgk ramai kawan2 yg dtg. Moga lain kali mama dpt turut seta.

    ReplyDelete
  13. Kak, si comel bertudung manis gambar bawah sekali tu, sudah berpunya kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung kuningkah? hehehe itu la Iyra si Riben Merah.

      Delete
  14. Best nya kak....kalau lah saya dapat join kan best. Tapi nk bawak apa yer....hehehehe. bukan pandai memasak pun. ^____^

    ReplyDelete
  15. ehem ehem ehem...comel gambo makanan2 tu di amiknya...acik pun tak terhambek hoccay gambo gitu....wakakakak...dok amik gambo dgn kenkawan jekkk...kakak, ade rezeki, kita jumpa lg ek...nnt tunggu JDT lawan kelate...ai nak gak makan cendol n rojak tu.....ekekekek

    ReplyDelete
  16. meriahnya..tumpang seronok dari jauh, tumpang kenyang tengok menu2 yang sungguh2 sedappp =)

    ReplyDelete
  17. Saya jeles dan seronok tengok gambar2 tu semua. Alangkah bestnya kalau saya berkesempatan.

    ReplyDelete
  18. teruja la sesangat nengoknya . dapat tgk kat entry ni pun jadilah ...

    ReplyDelete
  19. saya plan nak lari kejap gi ME malam tu lepas kenduri kawin adik ipar saya... siap dah sound abe saya nak lari kejap sorang2 ke bangi...tapi tak daya dah badan, sebab penat sangat2.. huhuu..

    InsyaAllah, nxt gathering saya mai.. hee..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kak Azie selaku kaki tangan gathering ni... mng cam ralat tak dpt rasa jagung celop santan tu.. apa boleh buat masa mmg jeles dengan.kita..kali ni hanya mampu bawak tat je.. next time ada rezeki nak join nak bawak apa pulak ek?

    ReplyDelete
  21. nak try la celup jagung dlm santan, thanks 4 sharing ya Azie..

    ReplyDelete
  22. bestnya..kalau dekat dah lama saya pi..huhu...sedih la tengok makanan sedap2,...ekkeke

    ReplyDelete
  23. bestnya gathering tu..hehe
    paling best tgk makanan semuanya sedap2..hehe
    jagung bakar tu perghh

    ReplyDelete
  24. wahhhh.... meriahnya makan2 ni...

    ReplyDelete
  25. Hisyam menanti tetamu yang remaja jer,, dah nama kelab blogeer veteren,,,Hisyam silap Port..Hisyam perasan remaja, ,hati remaja...kalau boleh sebaya anaknya

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...tumpang seronok tengok. Jeles tetap jeles. next time..kalau ada rezeki..buat la gathering sebelah utara pulak....:-)

    ReplyDelete
  27. wow menariknyer... seronok tengok ikatan antara blogger di alam maya dah diterjemahkan ke alam nyata.. semoga ikatan kekal selamanya..

    ReplyDelete
  28. just nak komen.. ayam ciken wings tajaan Iyra dan Mak (kakcik Juariah).. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... maaf terlepas nama. Baru tahu ada penajaan bersama. Terimakasih!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails