Tuesday, June 11, 2013

Pelalau: Nasi ke nasi, jangan sampai menjadi bubur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
11-06-2013


Seorang teman pernah bercerita, dia mendapat jodoh agak lewat kerana ‘pelalau’. Saya dok heran, apa ke bendanya ‘pelalau’ nih? Saya tak pernah dengar pun perkataan tu sebelum ni.

Rupanya, ‘pelalau’ ni lebih kurang macam badi or berat jodoh. Lalu berubatlah dia dulu dengan seorang ustaz. Beberapa usaha berubat termasuk mandi bunga untuk menaikkan seri juga pernah dibuatnya. Bab-bab sebegitu saya tak heran sangat, selalu saya baca, dengar cuma saya tak pernah tengok depan mata. Kat tv tu biasa laa.

Sungguh, saya tak pernah pergi jumpa mana-mana bomoh seumur hidup saya. Saya tak pernah tengok orang mandi bunga, tak pernah pun tengok depan mata cemana bomoh yang rumahnya suram kelam dek lilin kemudian perun api kemenyan sampai kelabu pemandangan... or potong limau dalam mangkuk air kacau dengan hujung pisau dan jarinya penuh dengan cincin batu besor-besor!... uishhh macam kat tv tu laaa!

Yang saya dok suka tengok, si ‘bomoh temberang’ yang janggut putih panjang ketuk lantai sampai bernyanyi “cepat cepat, rezeki kita sudah sampai!’ dan pinggan tangkal keluar dari tabir belakang dihulur dek si Do! Lalu si Komeng pun terpedaya tangkal tu boleh melembutkan hati si Nora yang digilainya! hahahaha...

Saya tidak pernah berdepan dengan situasi ahli keluarga yang terpaksa jumpa bomoh dek kerana jodoh lambat. Tapi saya ada beberapa orang kawan yang berkahwin lewat (belum kahwin) tetapi depa tak pulak pegi jumpa bomoh pun! Sebab saya tahu, mereka sentiasa yakin jodoh itu rahsiaNYA, siapa kita untuk mempertikaikannya. Yang penting, berusaha memperbaiki diri dan redha dengan apa yang dilalui hari ini dan hari esok.

*****

Okeh... cerita lain dari pelalau.



Sarapan saya Sabtuday lepas. Bila hari Sabtu, or cuti sekolah kami ada banyak masa untuk meronda pepagi ke beberapa tempat sekitar ofis mencari makan-makan yang best! Ya, Selera Pantai Timur di area KD ni selalu menjadi pilihan. Okeh, Nasi Kerabu yang lengkap setnya ini walaupun harganya RM7.00 tapi puas! Kenyang sampai petang > sila percaya...



Ini Nasi Dage (Dagang) yang saya kirim dengan seorang kawan, sebuah gerai di Ampang. Boleh tahan, tapi kalu dah nasinya cuma banyak itu, mana nak puas makan. Ye dak?







 ~...bukan sorang dua makcik-makcik kepoh kecoh bercakap sesama mereka dalam kumpulan potong bawang dan hiris daging tentang jejaka pendatang bernama HISYAM yang dilihat sudah seperti terlajak umur tetapi terus membujang seolah menanti puteri turun dari kayangan dan si SERI BULAN yang mendengar terpaksa membiarkan telinganya seperti bernanah kerana untuk membela si teman sejati bagaikan tidak kena gaya kerana orang Kampung Separuh Desa sudah ramai beratur nama hendak meminang si bujang senang...~




19 comments:

  1. Berat jodoh/badi berubat dgn USTAZ?
    Tu bukan USTAZ.
    Tu bomoh :)

    Tu la masalah Melayu Islam..
    Ada yg masih terus amalkan benda benda syirik..
    Benda benda tinggalan moyang moyang terdahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis yang kurang yakin pada Yang Di Atas, mereka akan cari bomoh, dan percaya akan hal badi² ini. Pada yang percaya dan yakin pada takdir nya, mereka akan berdoa dan bersabar kerana semua perkara yang berlaku ada sebab musababnya.

      Delete
  2. errrr.. sy ada kawan yang suka mandi bunga kerana belum bertemu jodoh. Sanggup berubat ke sana dan ke mari kerana nak cepat dapat jodoh. Selamat sudah melangsungkan perkahwinannya katanya selepas mandi bunga dengan seorang makcik tu, huhu.. apo nak dikato!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainan psikologi aje tu. Sama juga macam bila kita gemuruh, ada orang bagi air sambil kata, "Nah minum air aku dah jampi ni." Dia pun minum, dan jadi tenang. Bila ditanya, "Kkau jampi apa?" Jawab nya, "Alaa aku bacakan bismillah aje."

      Delete
  3. Betul Kak Azie jodoh tu rahsia Allah. sampai masanya kahwinlah jugak kalau tak redha jelah. Orang zaman sekarang ni dah kembali spt zaman dulu2 percaya bomoh kuat main sihir.

    Mak ai sampai empat jenis lauk sekali tu. Mau pening nak mula dengan lauk mana dulu.

    ReplyDelete
  4. laaaaa...
    baru sat tadi akak potong limau atas mangkuk putih..
    tapi dalam mangkuk tu ada sambal ketuk.. ikan bilis dan cili api dan bawang...
    kenalaaa perah limau bagi UMMMMMMPPPPPPPP...

    ReplyDelete
  5. Dulu ms muda, ada bomoh temberang tilik jodoh. Katanye, jodoh sy ditutup org. Adeh. Ms tu cuma teman kwn. Pastu kwn desak suh g jumpe bomoh tu. Even refuse, dipakse gak. Tak suke betul.

    Jodoh maut di tgn Tuhan, kan?

    ReplyDelete
  6. 1st time jugak dengar pasar pelalau ni.

    ReplyDelete
  7. pelalau.. mcm langau jeks. rm7 nasi kerabu? wauuu! tapi tengokler tempatnyer kan?

    ReplyDelete
  8. betol tu Kak Azie. Yang jadi seboknya orang sekeliling kita. Sebok la duk rekomen jumpa ustaz tu, ustaz ni nak tilik2 apa penyakit tak ketemu jodoh. Bosan. Kadang2 tak tahan sound aje depa yang tak reti bahasa tu. Jodoh tu perkara ghaib, sama jugak bila ajal kita sampai. Adakah kita tahu bila kita mati? Tak kan? So, tutup mulut saja. Hidup kita akan datang tak siapa yang dapat ramal. Hari ni kita hidup bahagia, hari esok belum tentu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak sepupu saya dan suaminya dikurniakan kelebihan boleh melihat benda-benda halus. Satu hari saya temankan emak dan anak buah berjumpa dia, minta tengok kan anak buah sebab dah lama demam tapi masih tak kebah. Lepas tu emak saya pula minta tengokkan saya kenapa tak kahwin lagi. Sepupu saya cakap, macam mana nak kahwin kalau tak dicari pasangan nya. Hahaha.

      Terbaik jawapan dia.

      Delete
  9. keluarga saya ada la 3,4 orang yang berjodoh lambat...tak pernah terfikir lak pasal pelalalu nih..

    ReplyDelete
  10. Sekali tenung makcik kepoh tu letak gambar depan nasi, ada frame gambar depan buah limau, nampk cun, ,boh buah apple, pisang lagi

    ReplyDelete
  11. Makchaq tak kena pelalu la kot.. muda lagi dah kawin...

    ReplyDelete
  12. erk...ntah2 acu nie ada pelalau kot
    tu sebab lambat jodoh nye..hehehehe

    ReplyDelete
  13. Sy suka mkn nasi kerabu n nasi dagang tu..sedih nya d cni ssh nak dpt..bln posa nnt spjg bln posa mkn tu x pndai bosan pn..nak msk sndiri x reti n bhn2 x cukup..hihi..pindik ceta mls sbnr nya;)

    ReplyDelete
  14. cikda pernah dengar pelalau. ada member sebut duuuulu.. tapi tak ambik pot..ehh ke cikda kompius pelalau ke pelaling?? eh eh..ampun..

    alamak..nasi kerabu n nasi dagang tu memang feberet cikda la..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails