Wednesday, June 5, 2013

Saya diculik waktu keluar lunch...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-06-2013


Atas beberapa urusan, saya buat janji dengan beberapa kawan bersekali untuk lunch bersama di area tempat keja saya.

Plan saya ialah nak mencuba di sekitar belakang spital swasta tuh, yang disebut orang sedap walaupun sedikit mahal. Takpa, cuba dulu.

Berkira-kira, sambil tarik tali nyaris merajuk tak jadi sebab kawan-kawan saya sarankan satu tempat lain,  kebetulan ada aircond yang meragam — akhirnya tepat jam 1.00 kami bergerak dari tempat kerja saya. Saya jadi juru pandu.

“Berapa jauh dari sini?” Merujuk tempat makan.

“Dekat saja, 5 minit memandu.”

Rupanya, hala jalan yang saya tunjuk sehala dengan tempat makan yang depa nak pegi. Tup-tup kami melepasi port yang dirancang. Terjerit juga saya sekejap.

“Kita nak pegi mana nih?”

Dan saya terus diculik pergi!

Pinggiran Subang. Restoren Mak Uda Selera Timur. Ikan Bakarnya selalu menjadi sebutan beberapa orang kawan saya sejak dulu lagi. Cuma baru ini saya berpeluang ‘diculik pergi’. Sebagai bukti kepada saya yang sebelum ini antara percaya tak percaya saja akan keenakan Anak Tuka Bakar di sini.


Okeh no hal. Tak rugi mencuba. Sampai jer, peak hour, kan? Orang beratur. Terutama di bahagian lauk. Bahagian bakar ikan depan kedai. So, pilih jangan tak pilih.

Ada Ayam Goreng Berempah yang digoreng di sebelah ikan bakar. Wangi sampai dalam kedai. Tergoda engkau..!


Saya ambik Kerabu Mangga. Lemak enak. Ikan Talapia Bakar. Puyuh Goreng garing yang memang jadi habuan saya meratah saja.

Anak Tuka (sebenarnya kita sebut Ikan Pari, tapi yang ini jenis yang sedikit kecil, lembut dan sedap) wajib diambil dan ohh... saya patut berterimakasih bebanyak pada para penculik saya hari itu!

Dah lama saya tak order air paberet; Tembikai Laici. So kali ini balas dendam sungguh-sungguh!



Ya. Memang lah sedap. Enak lazat dan puas hati. Bak kata orang, “makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang!” Hahahaha!

Sampaikan terlupa nk ambil alamat penuh kedai Kelantan ini. Ia terletak tak jauh dari mercu tanda KFC yg besar dekat tepi jalan hiway menuju Pinggiran Subang tuh. Harus ramai yang tahu. Saya siap tapau Kuih Akuk lagi.

Oh ya... lagi satu nak habaq mai. Restoren ni juga bersedekah air percuma setiap hari Jumaat. Bukan sebarang air or just air sirap tau. Tapi kita boleh order air apa saja. Termasuklah jus buah ker, teh tarik gelas besar ker... apa saja jenis air adalah FREE pada setiap Jumaat. Agaknya itulah sebabnya kedai ini tak putus orang datang memberikan rezeki.

Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita. Bila nak culik saya lagi? Culik laaa... culik laaa....!







 ~...setiap kali ada tetamu datang dalam bentuk berbondong dan berombong, HISYAM cuak bagai melihat suasana jelak kerana dari bawah ambin dia memasang telinga di belakang kepala untuk mendengar risik-tanya tentang seorang gadis yang sekian lama kunun disimpan-jaga oleh Pak Utih untuk diuji pula samada boleh dibawa menjadi warga di bawah bumbung genting merah yang nampak mewah tanpa mereka tahu SERI BULAN sendiri lahir di bawah bumbung yang ada tenaga solar...~




22 comments:

  1. Alhamdulillah, murah rezeki kedai tu bg sedekah air setiap hari Jumaat, kalau hari2 makan mcm ni rasa soo heaven..

    ReplyDelete
  2. bertambah sihat la makan asyik sedap je.. hehe

    ReplyDelete
  3. reganya cemana? mahal? sedap dan sedap weh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa orang makan yang tak sampai RM50 tu? Murah.

      Delete
  4. Tak tau nak kata ni makan ka hapa...hahaaa...

    Anak tuka cicah ayaq asam...perghhh...

    ReplyDelete
  5. bagusnya org kelate berkelana n berniaga di Subang. meme la kalu nak mkn yg best2 kena maghi kelate..mace mace ada..

    ReplyDelete
  6. lauk dengan nasi tu saya tak heran sangat..sirap laici tu..haish~~

    ReplyDelete
  7. waaa.. kalo camni punye culik.. hr2 pn takpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la kak. Setiap hari pun tak pe. Eh, culik la saya sekali. Mwahahaha.

      Delete
  8. Wah......saya kena cari nie. Di pantai timur pun belum tentu boleh dapat kedai yang macam nie...

    ReplyDelete
  9. anak tuka - ikan ketuka (ni panggilan sy...ehehee)

    mai KB kak kalo nak pekena kerabu mangga sedap2..

    ReplyDelete
  10. Rela di culik ni kak..hehehe...next time bole lah request plssss culik lah saya lagi. hehehehe. Mesti jumpa kedai yang lagi sedappp.

    ReplyDelete
  11. rasa nak kena culik laks...hehe
    sedap makanan di situ....opss...puasa hari ini....

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah moga murah rezeki dorang.. ;)

    ReplyDelete
  13. suruh depa culik saya pulak boleh tak kak Azie..hahahha

    ReplyDelete
  14. Selera besar!! Puyuh goreng + talapia bakar...wakakaka..

    Eh, saya terliur tahu!

    Jom, next time saya kidnap kak azie...;)

    ReplyDelete
  15. wah makanan situ nampak sedap..berselera kak makan :)

    ReplyDelete
  16. Wahhh mkn di restoran selera timur ni mmg puas hati. Ownernya kami panggil Mak Uda, org Terengganu. Asal restoran ini cuma warung beratap zinc di tmn subang perdana (rumah lama sy). Tp mmg meriah sbb lauk pauknya banyak dan murah dan sedap2 belaka. Tengahari mmg full, dulu2 ramai staf MAS dan DCA mai mkn sini. Bila makin maju dia buka cawangan di bandar pinggiran subang yg kak azie pergi nilah. Yg di subang perdana anak perempuannya yg jaga.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails