Sunday, June 16, 2013

Anugerah apa sebenarnya ni?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
15-06-2013


Pagi tadi buat pertama kalinya, saya lari awal dari opis. Arahan keluar pada hari sebelum, semua orang kena stay sampai 8.00 malam pada Jumaat dan sehingga 4.30 petang pada Sabtuday. Tapi kerana saya ada hal lain (janji nak ke Jinjang), saya mohon nak go off pada 2.30 petang. Kunun...! Tapi bila ada yang cabut kul 12.30 tengahari, saya pun tergoda sama. Lalu pelan-pelan saya bergerak keluar. Heheheh jahat la kunun.

Sebenarnya, today is my off day, jadi kehadiran hanya dikira OT. Bila dah kuar camtuh, ada gak la rasa menyesal dan serik meninggalkan kerja masih menimbun. Tobat takut nak buat lagi dah...

Apapun, hajat tetap dilaksana. Saya ke Jinjang, menjengah MyBONDA. Rasa macam dah lama saya tak pegi tengok dia walaupun saya kerap juga telepon dan borak-borak. Saya bimbang, masa saya yang sentiasa padat dan bila tiba Ramadhan nanti saya semakin tak sempat nak ke mana-mana pun.

Selain bawakan serba sedikit barang mentah sebagai stok dia di bulan posa nanti, juga baju raya dia,  saya juga bawakan kuih ini:

Kuih Tokyo yang saya tempah khas dari kawan sekerja. Satu kotak (saiz loyang 12" x 12" bersegi) berharga RM22.00.


Zoom dekat sikit. Macam kuih Serimuka, atas hijau tetapi di bawahnya ialah Sagu + Kelapa Parut. Ohh memang sedap. Bak kata CHAK. “Sedap giler!”


**********

Malam: ada siaran langsung Anugerah Blockbuster 2 di Astro. Bab program anugerah hiburan camni, anak-anak saya memang kurang skit. Saya tune tadi, dah jalan setengah pun. Masa tu nampak penyampaian anugerah utk Pelakun Penjahat Terhebat. Wahhh kategori camtuh pun ada?

Then, nampak si pengarah muda yang hensem (dan saya suka tengok dia jadi Shark dlm KL Gangster) Shamsul Yusof bagi anugerah Pengarah Baru Terhebat.

*Btw, TERHEBAT tu dikira atas kategori or ciri yang cemana? Filem jual juta-juta? atau filem tu menjadi sebutan ramai or mendapat pujian wartawan di semua paper dalam Malaya nih...?

Dan bila diumum pula Dharma Harun al-Rashid yang menang anugerah tu, saya lagi heran. Pertama, sejauh mana hebatnya filem Anak Manja Returns tuh? Takpa, saya bukan orang industri lalu boleh saja dianggap: jika tak tau apa-apa baik jangan kata apa-apa.

Dan... oh sungguh tak berkenan pula mata ni tengok Dharma ni naik pentas terima anugerah dengan pakaian yang sempoi. Kemeja kotak-kotak dan jeans lusuh. Butang kemeja atas terbuka dua, menayangkan rantai rugged. Memang pantang saya tengok lelaki pakai rantai!

Jika tak silap, ini bukan kali pertama pelakun yang sorang ni pakai camtuh di majlis sebegini. Dulu dah pernah sekali gitu sampai masuk sokabar.

Selebihnya dah malas nak layan sebab masa ada persembahan selingan, kumpulan Spider nyanyi rock, ada pula sekumpulan kira-kira 20 orang bebudak muda (remaja Melayu la of course!) menari melompat dan terkinja-kinja di suatu sudut tepi pentas tuh. Apa fungsi? Nak bagi nampak meriah majlis atau sebagai iringan lagu rancak? Dan... berapa ratus RM agaknya bebudak tu dapat bayaran?

Hmmm... dunia hiburan kita. Kadang-kadang tak faham.

Yang pasti, saya masih suka beberapa filem Melayu, masih suka tonton lakunan orang seni yang hebat, masih kagum dengan drama yang bermesej dan bernilai...

masih suka ber la la la... jika ada lagu yang sedap di telinga... masih layan lagu rock yang boleh menghibur hati... tetap layan lagu jiwang yang kadang buat jiwa terlayang...!

tapi, sangat sangat tak berkenan bila tengok gambar cenggini:


Tapi mata orang jantan, saya tak tau lah...! Suka benor la kot?






 ~...pertama kali SERI BULAN terperangkap di dapur dalam keadaan berkemban dan kepala berlitup tuala, kemudian terjemuh dengan HISYAM yang datang tidak bersalam masing-masing bagai terkaku kaki di lantai, mata terkunci di mata juga mulut ternganga hilang kata sehingga bunyi angin meniup daun mangga pun boleh terdengar sampai ke telinga mujur pula kemudian masing-masing bersyukur bunyi kucing tetiba jadi penyelamat kesedaran...~




33 comments:

  1. Sy x sempat nk tgok anugerah ni sebab kaluar di hujung minggu. Nnt kot catch up lg.. Kenapa nama kuih ni Tokyo? Ke sje2 jer letak nama tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepupu yang makan tadi pun tanya kenapa diberi nama Kuih Tokyo? Saja nak komersial kah? Sedangkan kuih ni sama jer macam kuih Serimuka hanya, lapis bawah jer lain. So nama dia ialah Serimuka Sagu ler kot...

      Delete
  2. saya di opis.. hahaha~

    selamat mata saya dari tgk anugerah tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami terus tune tengok drama di TV3. Tapi ada pulak sambungan kisah Blockbuster tu. Program lain tajuk Letusan Blokbuster plakkkk....

      Selamat kerja Iyra. Jangan tido aaarrr...!

      Delete
  3. i pun tengok kejap tadi.. macam tak de nafsu je. lagu pun ntah apa2.. yg kenan sikit tang lagu Dayang and Jac Victor.. yg lain terlalu merapu... baik layan blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tengok lompat lompat tengok part rock band Spider. Dayang tu tengok intro song jer. Saya tak biasa dengan anugerah ni. Tak faham dari awal pun.

      Delete
    2. Bab anugerah-anugerah ni saya la orang yang paling tidak berkenan. Saya tak faham apa yang mereka cuba sampaikan. Adakah sebab barat buat anugerah, maka kita pun kena ikut juga buat anugerah? Tak faham!

      Delete
    3. Anugerah yang melibatkan undian sms tu saya lihat sebagai satu bisnes semata-mata!

      Delete
  4. hanya boleh komen tang kuih tokyo tuuu.
    hijau. pekat.. pasti sedapp

    ps:negara kita berpoya2, negara islam lain rela mati mpertahankan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, Kuih Tokyo tu tak beza kot dengan kuih Seri Muka biasa tu. Cuma tukar bahagian bawah jer. Cuma Kak Azie memang langsung tak reti buat pun.

      Delete
    2. Kuih seri muka memang kegemaran saya. Ni nak Ramadhan ni, harus la setiap hari ada seri muka. Makan setiap hari, biar naik seri muka. Eceh wahhhh...

      Delete
    3. Kalu lah betul boleh naikkan seri muka... hahahaha

      Delete
  5. Azie, saya tengok 15 minit ja, terus tutup..tk tau nk cerita rasa macam mana, mgkin fktor umur kut,tengok semua trjerit2, terloncat2, bising..terus saya masuk bilik tulis ringkasan mengajar utk Isnin..lagi baik..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu buku ringkasan mengajar tu siap lebih awal, boleh gak tengok program tu sampai habis kot. hehehe

      Delete
  6. Kalau x salah acu, pemenang2 dlm anugerah nie hasil undian peminat

    ReplyDelete
  7. Kalau x salah acu, pemenang2 dlm anugerah nie hasil undian peminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betullah tu. Dok dengar jugak pengacara AC Mizal sebut pasal undian tu.

      Delete
  8. Bg sy lah...ntah pape lah anugerah tu..tak de kualiti langsung...baik la siarkan masterchef...huhu

    ReplyDelete
  9. Bg sy lah...ntah pape lah anugerah tu..tak de kualiti langsung...baik la siarkan masterchef...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sesuai untuk remaja jer kot..

      Delete
    2. Untuk remaja, untuk golongan lain juga yang suka ambil tahu kisah artis-artis ni. Kalau tak tengok karang, esok-esok jumpa kawan-kawan, tak de modal pulak nak berborak kan?

      Delete
  10. lama tak berkomentar di sini kan kak. berkenaan anugerah tuh? baik saya tgk upin ipin layankan anak dari anugerah macam tuh. takde apa yg nak dbanggakan dan jadi pengajaran. hiburan? bersepah lagi yg berkualiti :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai-pandai la kita memilih apa yang sesuai untuk kita. Ada yang tak kena di mata kita, mungkin nampak elok jer di mata orang lain.

      Delete
  11. klu sagu kat bawahnya , rasanya saya blh bygkan camna nak buat ... gambar tu fasha sandha ker ? emmmmm ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...
      gambar Fasha Sandha sebelum kahwin dulu.

      Delete
    2. Pelakon penuh kontroversi. Tapi masih ramai peminat. Weird!

      Delete
    3. Dari satu sudut lain, saya masih tetap memuji lakunan Fasha Sandha. Malah pernah baca, ramai produser suka dia kerana dia berdisplin dan komited dengan kerja. Itu satu bab yang wajar diberi pujian.

      Memisahkan ciri itu dengan hal peribadi, saya tidak minat langsung bab peribadinya.

      Delete
  12. Tiap kali ada event live artis pompuan mesti 'telanjang' ek???

    *tak paham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... kehendak industri barangkali.....?

      bagi saya la.... banyak lagi baju yang praktikal n sopan

      Delete
    2. Bukan kehendak industri, tapi kehendak hati nak berpakaian lawa dan bertelanjangan nak tunjuk aset memasing.

      Delete
    3. Masing-masing ada alasan dan sebab tersendiri.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails