Monday, June 10, 2013

Udang sama udang, mana sama anak tenggiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-06-2013


Di kesibukan tempat kija saya: yang mana kerja sentiasa kuar-masuk dan turun-naik (tangga & lift), bergabung dengan kesibukan sekeliling yang begitu komited ke arah nak senaraikan syarikat di Bursa Saham.

Walaupun banyak urusan tu langsung tak melibatkan saya, tapi sedikit sebanyak tekanan turut dilambak di bahagian kami. Terima saja.

Lately, dalam seminggu dua ni sudah heboh cerita berjalan dari satu mulut ke satu mulut tentang seorang kawan sekerja yang ‘sedikit sakit’. Susah saya nak describe cemana, tapi dia ni (lets call dia Miss Y) memang pelik.

Actually tak ramai yang tahu pun, saya dah kenal Miss Y ni sejak 15 tahun dulu lagi. Masa saya kerja di publishing company lama area Jln Loke Yew. Ketika tu, dia masuk sebagai rakan sekerja saya kira-kira setahun saja. Semasa dulu pun dia berkarakter pelik jugak. Pendiam, perengus, suka merungut dan paling tak tahan dia suka prasangka dengan orang keliling.

Pernah dulu, waktu beberapa orang borak and gelak-gelak sesama depa, dia datang terjah lalu jerit, “Korang mengata saya? Suka ya dapat mengata saya?” Itu lah yang selalu dia sebut. Dia selalu kata, orang keliling mengata dia. Kata apa? ntah la...!

Bila saya masuk kerja di company yang sekarang, saya terkejut juga sebab berjumpa Miss Y ni di sini. Dia dah join this company hampir 13 tahun. Lama tuuu. Saya tabik lah. Tapi saya tak buka cerita pun yang saya kenal dia sebelum ni. Kami bertegur sekali sekala saja, sementelah dia memang pendiam dan buat hal sendiri saja. Waktu lunch, dia akan balik ke rumah. Waktu kerja dia hanya duduk buat kerja. Tak pernah saya nampak dia nak borak borak or gelak-gelak (macam saya).

Tetapi dia suka pergi diam-diam pada beberapa orang dan mengadu si A mengata dia, or si B mengutuk dia atau si C perli dia, kadang-kadang dia sebut si D pula sindir dia. Sedangkan perkara tu tak pernah berlaku sebab orang memang tak pernah kisahkan dia pun. Lagipun di floor saya tu terlalu ramai staf, sampai tak sempat nak tegur semua orang pun. Kadang-kadang kalu sorang staf tak datang pun, boleh tak perasan.

Bila kerap sangat Miss Y ni bercakap tuduh-menuduh begitu, cerita tu semakin pecah dan merebak. Semua orang heran, meluat dan jadi marah. Pernah pula dia sanggup kejar sorang staf masuk lift dan tuduh orang tu selama ni mengata dia. Mujur tak bergaduh dalam lift.

And minggu lepas, dia taip surat layang dan letak di atas meja sorang staf, kononnya staf ni cerita pasal rumah dia yang salah kiblat. Staf sorang ni memanglah pernah singgah rumah dan tumpang solat. Tapi itu kisah 4 tahun dulu. Sekarang pun nak ungkit lagi? Pelik sungguh laa.

Ramai orang kata, dia selalu dengar suara berbisik dalam kepala dia yang menyebut orang keliling kutuk dia, hina dia. Bukan takda orang nasihatkan dia supaya istigfar, itu bisikan syaitan dan cuma halusinasi semata.

Kerana saya dah tahu ‘penyakit’ dia sejak dulu, saya malas nak pot. Bagi saya, dia sapa saya nak kisah? Macam takda keja lain? Baik saya fikir pasal kerja saya, pasal famili saya or paling tidak fikirkan pasal diri saya sendiri.

Memang pun. Orang takda masa lah nak fikir pasal dia. Ada ketika bila saya fikir, saya jadi kesian tapi saya malas nak cari pasal.

Jika tiba-tiba suatu hari dia datang serang saya pula, saya akan kata, “Awak sapa yang saya nak peduli? Baik saya jaga diri saya baik-baik daripada nak fikir pasal orang yang takda kena-mengena dengan hidup saya.”

Yang penting, jika kita rasa orang keliling mengata kita, perbaiki diri, improve communication dengan orang keliling. Kita tak boleh kawal orang mengata kita, tapi kita boleh kawal diri kita untuk tidak mengata orang.

Tayang-tayang:

Bekal saya. Udang Masak Gulai Kuning dengan Peria.







 ~...air hujan sudah mulai melimpah sehingga tebing Sungai Menghijau Lumut tetapi buaian masih terbuai lemah di dahan rendang lama tidak diduduki orang kerana baik SERI BULAN mahupun HISYAM kembali sibuk dengan suasana Kampung Separuh Desa yang mula ceria dan mesra dengan teknologi dan pembangunan sehingga untuk mencari ruang senggang antara mereka berdua pun semakin sukar lalu dibimbangi oleh Mak Utih hubungan serasi itu akan merenggang dan menjarang lalu berubah menjadi kadang-kadang...~




35 comments:

  1. seb bek akak letak peria... kalau tidak mau kecur air liur ni kak... heheheheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ops! tak makan peria kah? Atau tak gemar? Rugi tauuu... Peria wpun pahit, tapi enak dan lazat!

      Delete
    2. Saya pun tak doyan peria. Kalau kakak saya masak, saya siap pesan, masak bersama telur atau ayam. Boleh lah saya makan yang lain selain peria itu.

      Delete
  2. Sebenarnya orang macam tu sakit jiwa. Dia kena gi jumpa psikatri sebelum terlambat (atau mungkin dah lambat). Kalau asik semua orang dok mengata kita maknanya kita sorang jelah baik org lain semua tak baik. Keisan-kesian kesian...

    Dia tu artiskah kita nak berkisah pasai dia...ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Mula-mula memang ada yang rajin nasihatkan, kesiankan dia, dengar rungutan dia, tapi lama-lama ramai yang semakin bosan pula.

      Delete
  3. hahhaa ada jg orang serupa itu yer..
    kenapa nak perasan sgt? tak kan all the time kat opis tu semua org nak mengata dia.. tak masuk akal langsung..
    dia bujet dia top lady kot.. hikhik
    nway kemain sodap bekal kak azie tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kat dia perasan hebat or hot tu tak la pulak. Dia perasan tentang orang bercakap about her weakness pulak. Memang pelik, sebab dia bukannya muda lagi. Sepatutnya dia sudah matang menerima lumrah manusia.

      Delete
  4. Sedapnya udang digulai dengan peria. Tapi, kalau tukar udang tu dengan tenggiri, sedap juga kot. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Kakcik. Tukar degan tenggiri or lain ikan pun saya gerenti sedap juga!

      Delete
  5. hehe... knp la dipikir sgt psl org.. jga dri sudaa.. btul akk kta kita yg kna kwl dri..kita xlen kwl org...

    hadoiii sdapnye udang yg akk tyang tu... dh lma ngidam udang.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah ngidam tu, kena cepat pegi beli dan masak. Goreng celup tepung pun sedap tau!

      Delete
  6. Saya rasa memang dia ada penyakit jiwa. Biaq pi jalah kat dia. Kalau dia mai serang, ayat nak reply pun dah ada siap dah tu ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh elak, memang la cheq nak elak terjadinya serang menyerang nih. Tapi orang camtuh bukan boleh diramal. Kekadang dia buat sesuka hati tak fikir ke depan dah!

      Delete
  7. padanan yang best udang gan peria...
    sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang masak gulai kuning camtu, Udang + Nenas, pun okey jugak.

      Delete
  8. Azie, biarkan ja.kalau dia kacau kita baru kita kisah.kalau tidak biaq pi kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam banyak hal, saya memang berkecuali. Cuma berhati-hati agar saya tidak terlibat dan dilibatkan. Ever!

      Delete
  9. sedapnya nampak gulai udang tu !!..slurrrppp

    jemputla ke blog saya:

    Mak in Progress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ice Kingdom? Is that you?

      Blog tak dijumpai pun....!

      Delete
  10. Emm, masak lemak udang memang favourite Teena ni, lebih2 lagi kalau ada cili padi,ushhh memang tak terkatalah sedapnya, Terliur jer tgok lauk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom beli udang Jom tumbuk cili padi. Jom masak Lemak Cili Padi!

      Delete
  11. Air ujan kuning mcm gulai, tak minat..minat putih

    ReplyDelete
  12. adohaiiii typical melayu kak ! huhuh

    ReplyDelete
  13. Nampak gaya kena sakit jiwa si beliau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah bertahun tahun lamanya dia tu sakit macam tu.

      Delete
    2. Paranoid la minah tu. Mungkin juga dia ada Multiple Personality Disorder?

      Delete
  14. As salam Kak Azie,

    Hah! Gulai tu my fav! Tp stok peria dah abis... pergghhhh... sedapnyee... :))

    Misterinye Miss Y tu ek..! huhuhuuu...

    Kak zie, sorry ye lama tak jenguk blog akak... jgn marah I tak lupa you tau! Nnt kalau jd balik Msia, kita gather2 ek :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maryaaaa...!
      Rindu dengan Marya. Kandungan macamana? Ok? Sori gak, sebab lama tak berkesempatan masuk blog Marya.
      Wokeh, balik Malaysia, kita dating aaaarrr!

      Delete
  15. Suka berprasangka dan ada byk karakter pelik-pelik Miss Y ni ye? Dia ni mental la kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar la dia mental sorang. Memang tak koser nak layan.

      Delete
  16. Dkt opis sy pn ada org saiko gtu..sesnsitip..mudah sentap..mulut jahat..tp org bt x kisah..lama2 semua org tau perangai dia orh takut n pretend bgs dpn dia shj..kesiannn..btl la tu kak azie ckp tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah malangnya bila semakin lama semakin dipinggirkan...

      Delete
  17. manna nak sama suami sendiri suami orang ?..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails