Monday, October 1, 2012

Kerana Terpaksa... Aku Relakan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
01-10-2012



Pernikahan Indah Halina diatur keluarga. Ayahnya memaksa dia bernikah dengan Saiful Azam. Sehari sebelum majlis kenduri, dia pulang bersama kakak tirinya Zawati dan lelaki bernama Yazid. Dia dianiaya Zawati dengan ditinggalkan di RnR lebuhraya.

Tuhan menemukan dia dengan seorang wanita bernama Dato’ Safiya, kaya raya, businesswoman tetapi baik hati. Indah dihalau oleh ayahnya, dituduh disangka sengaja mengelak untuk berkahwin dan untuk menutup malu Zawati sanggup mengganti menjadi isteri Saiful. Zawati memang sudah lama menyimpan hati dan hasrat untuk mendapatkan Saiful dan caranya dengan dibantu ibunya untuk menyingkirkan Indah sangat berjaya kali ini.


Perjalanan hidup Indah Halina berubah sejak pertemuan kali kedua dengan Dato’ Safiya. Dia dilantik menjadi Pembantu Peribadi Dato’ Safiya dan berdepan dengan tiga orang anak lelaki Dato’ Safiya: Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin (aku selalu keliru watak ni, sebab nama semua nak dekat sama)

Novel ni agak tebal, 772 pages. Plot pun banyak tetapi sangat mudah untuk difahami. Yang klise adalah jatuh cinta selepas bernikah. Memanglah best, tapi sebab dah selalu sangat baca tema sebegini, dah kurang seronoknya.


 Cabaran dan halangan menjadi intipati novel ini. Kemelut bila 2 beradik merebut Indah. Tersepit antara menjaga hati orang yang berjasa, Dato’ Safiya, lalu Indah rela memilih untuk dijadikan menantu. Walaupun antaranya dan Razin sudah berjanji atas nama cinta, tetapi jodoh ditentukan mereka harus ditukar menjadi abang ipar dan adik ipar. Tajul Razin sanggup beralah demi adik tersayang, juga demi kesihatan ibu tersayang.

Seperti biasa, orang yang berniat jahat, berhati busuk lagi dengki menganiaya sedara tiri, tidak akan hidup dengan aman damai. Ada sahaja cara dan rancangan untuk memusnahkan hidup orang yang dibenci. Akhirnya hidup sendiri pun lintang pukang. Kisah Zawati tidak pernah aman dan tidak pernah puas — dalam kisah Zawati ada beberapa adegan lucah 18SX ditulis. Amboiii...!

Ada ketika, aku naik bosan pula bila berdepan dengan watak Super Baik macam Indah Halina ini. Seolah-olah perasaan wanita seperti dia lebih kepada terlalu rela, terlalu redha, terlalu menerima, terlalu berserah... uish lemas pun ada. (mungkin ada side memberontak dalam jiwa aku kalu berdepan dengan orang-orang yang ‘tak betul’)

Walaupun akhirnya, Indah Halina bertemu jodoh dengan Razin, tetapi kebahagiaan mereka teruji lagi dengan pelbagai kemelut. Tajul Fahin masih terus dengan cinta-matinya terhadap Indah sehingga sanggup merosak dirinya sendiri. Demi sikap mengalah dan kasih terhadap adik sendiri Tajul Razin sanggup untuk menyerahkan isterinya sendiri. Dengan cara membuat Indah benci kepadanya.

Ya... aku sendiri percaya, bila kita cuba membuat orang lain bencikan kita, yang sakit adalah diri kita sendiri. Razin sendiri yang sakit. Ada ketika, kerana cinta dan kasih yang melimpah, ada lelaki tidak habis fikir bila sanggup menyerahkan kekasih atau isteri sendiri kepada lelaki lain. Walaupun lelaki itu adik sendiri, terasa sangat macam depa sanggup buat perempuan macam barang. Macamana la Indah tu tak kecewa...!

Novel ini seronok juga untuk dibaca sebagai hiburan. Seperti biasa, tentulah happy ending. Yang keruh dapat dijernihkan. Yang jahat mendapat balasannya. Lebih manis lagi, ibu kandung Indah sebenarnya adalah kawan rapat kepada Dato’ Safiya tetapi dipenjarakan selama 24 tahun kerana kes mengedar dadah. Juga kes aniaya juga. Indah bersatu semula dengan ayah dan ibunya, juga keluarga mertuanya Dato’ Safiya.

Yang buat kita tersengih pula, ada pula nama Gerai Abang Mangkuk Ayun yang jual menu Nasi Goreng Abang Hensem dan Teh Tarik Adik Cun.

Novel terbitan Karya Seni. Seperti biasa terbitan KS jarang ada kesilapan ejaan. Cuma sekali ini, lebih daring dari novel-novel KS yang pernah aku baca sebelum ini.

Ada beberapa part “dalam kain” yang ditulis agak terangan. Mungkin hendak sesuaikan dengan watak hitam Zawati dan perlakuannya yang tak senonoh itu.


Page 314

Page 357


Page 59

Novelis Umie Nadzimah adalah juga penulis novel: Usai Aku Terima Nikahnya. Aku dah pernah review novel itu DI SINI.

Jika dibanding, ternyata aku lebih suka novel yang ini. Selain dari plot yang menarik, tema yang lebih berat dan paparan kepincangan golongan yang taksubkan harta sehingga sanggup membodohkan ahli keluarga sendiri itu menarik untuk dijadikan tauladan.

Copy paste satu perenggan:
Kebanyakan mata yang melihat menjadi sebak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengetahui perjalanan kisah cinta pasangan ini. Berkasih secara diam-diam, berpisah juga diam-diam, hanya perubahan tingkah laku dan susut tubuh sahaja yangmenjadi bukti mereka kecewa dan merana. Akhirnya cinta mereka disatukan semula. Besarnya kuasa Allah dalam menentukan jodoh setiap hambanya. *page 589

Selamat membaca buat peminat novel Melayu....!






~...sungguh pun berat rasa di hati, tapi sebaik keretapi berhenti di simpang tiga, terpaksa jua SERI BULAN turun memula langkah ke hadapan, sedang HISYAM termangu antara mengikut atau mengundur kerana dia pernah dipesan agar tidak meninggalkan SERI BULAN jauh di belakang walau hanya berjarak sekaki…~


 



13 comments:

  1. Siap review lg...kalau CA ....entah bilalah nak habis ...

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera AA,
    Moga hari ni hari yg ceria!

    ReplyDelete
  3. Macam menggoda2 diriku untuk mencarinya...tapi kena perabeh keja dulu sekarang musim trial & final exam...sabaaaaaaq!

    ReplyDelete
  4. i tergoda. tunggu bulan depan la.

    ReplyDelete
  5. Kalau makchaq baca tak tau la berapa lama nak habih kalau tebal macam ni... La ni pilih buku nipis2 je..
    Beli semangat.. tapi banyak lagi yg tak baca..

    ReplyDelete
  6. kak azie jahat.................................. dah nk kena p kedai buku.....



    alri lagi la bajet bln ni....

    ReplyDelete
  7. nak baca review pun dah letih macam mana nak baca buku tu lagi.. hehe belikan utk mem bagus juga tu.. cuma lepas ni lemari kena oder laqgi kat IKEA hehe

    ReplyDelete
  8. Oh... slow2 baca... Nanti habis gak.. Apa2 pon novel nieh memang best.. Hehe

    ReplyDelete
  9. wahh,nak cari la kat kedai buku ;)

    ReplyDelete
  10. salam, baru je lepas habis baca novel terbaru siti rosmizah...ingatkan nak puasa dulu, skali terbaca review pasal novel ni pulak..alahai, kan dah nak kena cari! hehehe

    ReplyDelete
  11. Best sgt dpt bace buku niy ! tahniah kak umie nadzimah ! penulisan akak sgt baik ! tahniah !

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails