Monday, June 23, 2014

Saya jauh, tapi saya tetap menyokong, dan terimakasih kerana faham...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-06-2014


Semakin kalut dunia kita hari ini. Banyak yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang terdedah di depan mata kita. Baca dan selami apa yang berlaku. Baik dan buruk. Pengajaran dan teladan.

Hidup harus diteruskan walaupun kita tidak akan pernah melalui hidup yang sama dengan orang lain. Juga tidak akan pernah memuaskan hati lain orang.

Setiap tindakan, walaupun mungkin bukan persetujuan ramai, haruslah waras dan rasional. Tanpa melibatkan mudarat dan kesusahan kepada sesiapa pun. Siapa yang mahu disusahkan?

Meninjau mengintai (bukan stalk), kejayaan dan setiap kemajuan orang lain, sangat memberikan kegembiraan. Mungkin kita sendiri tidak mampu untuk buat sebegitu. Tapi bersama menyokong, adalah suatu tindakan paling minima, paling kecil dan paling murah yang boleh kita lakukan. Apa salahnya menyokong kepada perkara yang baik-baik, kan?


Simboliknya, kita tetap memerlukan orang lain atau ahli keluarga untuk menyokong kita, kan? (*thanks blogger ABAH ZINO, yang snap pic meriah ini di Cyberjaya)

Dan, walaupun saya sudah lama tidak kelihatan berada or terlibat dalam mana-mana detik kejayaan or kemajuan kawan-kawan, bukan bermakna saya tidak menyokong. Terimakasih jika memahami.

Tayang-tayang:

Sarapan cara moden, kunun.






 ~...berendam di Sungai Menghijau Lumut lebih enak dari berenang menunjuk gaya kuak lentang di kolam sendiri di rumah bertingkat separa tiga milik HISYAM yang pernah menjadi saksi SERI BULAN hampir tidak mahu timbul kerana malu kalah berlumba, dan jika diajak untuk berenang lagi SERI BULAN lebih rela jadi pemerhati sambil berangan mencantas tali yang menjadi tempat bergayut kerana ingin mendengar bunyi air dihempas kuat dan percikannya boleh membasah hingga kepala...~




7 comments:

  1. Azie..kebanyakan blog dok tayang payung warna warni tu...jelesnya..:)

    ReplyDelete
  2. Kekangan masa serta tangungjawab sekeliling menghadkan masa kepada perkara-perkara lain, dalam apa juga keadaan keluarga datang nombor satu dan dalam banyak keadaan saya akan lebih mendahulukan mereka. Kita sentiasa menyokong kawan2 itu Aina setuju!

    ReplyDelete
  3. cantik tul payung tu..jakun pulak

    ReplyDelete
  4. ye la..walaupun tak selalu bertanya kabar tapi diam2 kita ambik tau jugak berita kawan2 kan..walaupun tak tanya terus melalui diaorang tapi dengar2 ,intai2 sikit pun jadila..untuk ubati rindu dan sunyi..:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails