Tuesday, December 24, 2013

Rimas jugak laaa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-12-2013


Bila kita bersungguh hendak melupakan, itu la juga ketikanya terasa begitu payah. Kemudian dicampuraduk pula dengan godaan-godaan (jika itu boleh disebut godaan) lain seperti chat di FB, sms yang kadang 5 berbalas 1...

Rimas la jugak.

Dalam kita bersungguh berharap pihak di sana faham bahawa kita tak suka diganggu, tidak suka meneruskan sebuah hubungan (walaupun biasa), kerana lebih merimaskan, jauh sekali terasa selesa. Malah sangat bersungguh pula kita ingin lari dari perikatan itu, semakin pula pihak di sana ingin mengikat kita lebih menjerut.

Rimas la jugak.

Kadang-kadang kita memberi ruang dan peluang untuk mencuba. Tetapi pihak di sebelah sana masih tidak dapat mengikut rentak kita, masih tidak faham. Kadang bila ada ruang senggang untuk bersembang, banyak perkara yang dia jauh ketinggalan dari maksud sebenar, sehingga seolah-olah kita bersembang ibarat seekor ayam bercakap dengan itik.

Jadi janganlah nak declare sebagai kawan baik, kawan sejati saya (yang sejak dulu saya tak pernah ada kawan sejati pun) atau nak bagitau saya bahawa anda sangat faham saya. Sebenarnya tidak.


Ahhh... Kim Tan!

Bagi saya, lagi sedikit awak tahu tentang saya, adalah lebih baik...





 ~...air tempayan tepi tangga memang sentiasa penuh sepanjang musim hujan kebelakangan ini dan tangga sentiasa basah dek tempias, ambin tidak berdinding sentiasa dingin nyaman pagi petang siang malam, memberikan pula suasana indah kala malam menjelang semasa pelita minyak tanah meliuk api malap-terang di kala Mak Utih menganyam tikar mengkuang dan HISYAM penjadi penanti SERI BULAN menjadi peneman...~




Monday, December 23, 2013

Jangan rebut-rebut cuti, boleh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-12-2013


Dah 23 Disember. Ramai yang mengambil peluang cuti awal sebelum Krismas dan menyambung sehingga 25 Dis. Patut pun jalan macam lengang sedikit pagi ini.

Saya berangan jugak nak cuti, tapi hold dulu. Bagi la peluang orang lain yang suka rebut-rebut tuh. Saya ada plan lain awal tahun depan. Lagipun cuti peristiwa pun dah memadai bagi saya yang tahun ini tiada perancangan jalan jauh. Lagipun, di tempat kija saya ni, staf diberi peluang bercuti pada waktu “Back To School” nanti. Hahahaha saya pun cuti la jugak, wpun biasanya urusan tu MyToklaki yang uruskan. Hahahah dapat la saya lepak 2 hari (plus Cuti Tahun Baru) nanti. Hmmmm dating, mahu?

Sebenarnya saya suka cuti time orang tak kalut nak cuti. Means, saya suka cuti time yang bukan musim cuti-cuti. Dan berjalan time tu ada beberapa kelebihan. Jika nak book hotel or penginapan seumpama, senang dapat tempat. Jika shopping, harga barang tak melambung berbanding musim cuti-cuti. Betul, kan?

Tayang-tayang:


Sarapan saya, yang saya yakin ramai tak percaya. Hahahaha... macam tak cukup jer kan? Tapi... percayaaaa laaahhhh!






 ~...HISYAM tidak pernah terasa sebegini malu sehinggalah saat dia terdengar Mak Utih memujinya begitu melambung tinggi seperti belon panas yang cukup panas, dan terasa pipinya juga ikut panas sama, kerana SERI BULAN cuba membantah dalam amarah dan resah lalu bagai berbalah pula si ibu dan si anak angkat tentang si teruna pujaan warga Kampung Separuh Desa itu...~




Sunday, December 22, 2013

Village View yang so-so ~ restoren mamak kena tutup 3 hari seluruh Selangor..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
22-12-2013


Sejak semalam, sehingga hari ini dan dijangka sehingga esok, semua restoren mamak seluruh Selangor diarah tutup kerana operasi kesihatan. Saya tak pasti cerita sebenar, tapi dikatakan Kementerian Kesihatan sedang operasi semua restoren mamak bagi memastikan kebersihan dapur.

Lalu beberapa restoren mamak di kawasan saya (di taman saya ada 4 buah restoren mamak 24-jam) semuanya tutup dan sunyi sepi. Tiada lagi orang berlepak minum teh tarik sambil layan skrin besar tengok lawan bola. Juga tiada bebudak remaja duduk berjam-jam buka laptop or sibuk dengan henpon untuk wifi percuma.

Saya juga pagi tadi nampak Hassan dan kuncu-kuncunya (Hassan ni antara pelayan mamak paling popular di kalangan kami) sedang bersihkan dapur. Sebenarnya, secara kasar keseluruhan restoren mamak yang saya masuk di taman saya agak bersih dan memuaskan. Apapun operasi ni memang sangat bagus kerana melibatkan semua restoren tak kira kecik besar.

Cerita lain. Cerita lama dah, bulan lalu punya hal dating-dating.


Village View, Jalan Reko, Bangi. Dating dengan blogger Anyss, makan tengahari tapi dah menjelang petang.


Dah lama sangat, saya sampai lupa apa menu yang saya order ni. Kuah macam Yee Mee Cantonese.


Macam sarang burung, kan? Rasa? Boleh la tahan.

Saya Google beberapa blog tentang restoren Village View ni. Ada beberapa perkara tak best, tapi ada juga beberapa entri yang memuji menu.

Yang penting, sapa pegi dia akan nilaikan sendiri.




 ~...belum pernah SERI BULAN ingin mengkritik tentang apa juga cadangan dari HISYAM tentang perancangan masa depan bersama juga penglibatan mereka di Kampung Separuh Desa walaupun Pak Utih dan Mak Utih merasakan betapa pentingnya mereka sesama dan sentiasa mengharap mereka akan terus kekal di situ...~




Friday, December 20, 2013

Sekadar menarik perhatian: Header baru untuk bulan Disember...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
20-12-2013


Gigih. Mujur semalam cuti. Sempat la curi masa untuk adjust mana yang patut. Header baru untuk bulan Disember. Jom dongak!

Biasanya saya buat header untuk 2 bulan dan gantung sepanjang tempoh itu. Tapi sebab sibuk ntah apa-apa, header 2 bulan terus lajak sampai pertengahan Disember. Ahh tak boleh jadi, expired dah header tu, lalu gigih la buat header baru. Kelam kabut dan sedikit serabut. Pic puan empunya blog pun guna hat lama saja. Takdak gambaq baru pun.

Tayang-tayang:


Sarapan pagi saya. Percaya ker cuma seketul? Mana cukuppppp....

Karipap sendiri bikin. Itu yang penting. Ye dak?






 ~...menanti kain tutup tingkap yang berkibar lembut ditiup angin bagai mengharap mimpi juga selembut itu tetapi ternyata HISYAM masih sedar SERI BULAN bukanlah selembut mimpi apa lagi ketika dia meroyan marahkan HISYAM yang leka mengadap ayam jantan tidak berkokok lalu terlupa nasi sudah sejuk, ulam sudah keras...~




Thursday, December 19, 2013

Corat-coret RESULT PMR: 19 Disember 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-12-2013


Result PMR 2013 diumumkan pada tarikh ini. Setinggi tahniah kepada semua calun yang berjaya mendapat keputusan hari ini. Samada yang sangat cemerlang (8A) atau kurang dari itu, tahniah dan semoga terus menjadi semangat untuk keputusan yang lebih cemerlang pada exam akan datang.

Saya diminta supaya ambil cuti dan ikut ambil result, oleh anak saya ALIA. Hmmm... lalu pegilah saya ke skulah pagi tadi.


Masa ni saya dah tak tahu Alia di mana. So saya snap la pic murid lain.

Bagi yang berjaya dapat 8A mereka dapat sticker ini. Boleh tayang masa bergambar. Wahhhh!


Suka tengok depa posing camnih!




Kerana saya tak nampak Alia dalam kumpulan murid, saya snap pic budak AZRI, anak blogger terkenal ini.

Then,


Alia menangis sebab result dia sedikit tersasar dari harapan. Alahai... bagi saya dengan result 5A pun dah syukur alhamdulilah (wpun masih tak leh nak lawan rekod dua kakak dia sebelum ini).


Tahniah AZRI. Result dia sangat cemerlang!

*Untuk rekod, SK Pandan Jaya berjaya merekodkan seramai 17 orang mendapat 8A (dari 50 orang calun).




 ~...setiap kali skulah dilanda hujan dan becak di lopak laluan masuk, SERI BULAN berkira-kira samada dia patut terus berkasut tumit tinggi sejak serik tumit terbenam dan HISYAM terpaksa mengendong si buah hati lalu ramai murid yang menjadi penonton bagai mengharap itu akan berulang lagi seolah-olah melihat sebuah drama Korea yang romantis tapi masih kurang manis...~




Wednesday, December 18, 2013

Bila Imam jumpa pontianak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
18-12-2013

Semalam, masa on the way nak pi kija, MyToklaki berpesan. “Awak, jangan jalan kaki sorang-sorang kalu nak pi kija. Ada hantu.”

Hehehehe dari atas motor, si bini yang membonceng ni tetiba rasa nak tergolak bosar kat belakang. Tapi tahan... tahan. Mana leh gelak pepagi buta (waktu tu jam 6:35 am) and MyToklaki hantar saya ke area taman tempat kawan (saya naik keta dengan kawan untuk ke tempat kerja).

“Hantu?” Saya pelik gak. Selalu dia pesan tu sebab kami dah serik sejak kes saya kena ragut di laluan menuju LRT tuh. Sejak tu, semua anak-anak dara saya mesti dijemput/dihantar ke stesen LRT situ.

“Ya. Ada hantu. Imam dah banyak kali jumpa. Pontianak.” Uishhh MyToklaki ni nak buat lawak subuh ker? Saya dok fikir camtuh.

“Ehhh.. ya lah memang lah ada pontianak. Kan sekarang ni filem Paku tengah tayang?” Hahahaha saya buat lawak. (Padahal MyToklaki ni bukan kaki wayang pun)

“Hehhh mana ada Imam tengok wayang. Dia jumpa betul.”

Terus saya senyap.  Dia serious okeh!


Taq bertali merah tu saya punya. Ada orang ‘mendajey’kan saya. Sekerat hari saya kehilangan taq saya (sampai nak kuar masuk pun kena pinjam kad orang), tetiba lepas lunch kad saya tergantung tinggi kat tiang seri department saya. Cisss...!

Walaupun saya tahu orang yang empunya kerja durjana ni, tapi saya segan dan malu nak pegi lawan balik. Sebab dia lelaki...! Lelaki yang nakal, so saya takut dia tak boleh tahan dengan saya punya nakal pulak! Ahaks!





 ~...pernah disebut orang tentang rimbun buluh dihuni bunian sehingga hampir pula HISYAM percaya dan pernah berangan hendak berjumpa tetapi apabila Pak Utih beramaran tentang pantang larang warga Kampung Separuh Desa yang akan jengkel melihat si ayam jantan berlagak berani, SERI BULAN juga tidak berani hendak menanti bulan mengambang penuh untuk dipandang direnung dan dimenung...~




Tuesday, December 17, 2013

Kita kan rakyat.. mana bleh melawan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-12-2013


Sebenarnya sejak petang semalam saya dedar lagi. Lately bila petang jer, saya rasa suhu badan saya selalu naik. Cepat-cepat telan Paracetamol dan selalunya memang berkesan. Yang semalam tu, saya rasa antara punca adalah mungkin kerana saya period teruk (orang lelaki abaikan saja). Walaupun tak pernah alami ‘period pain’ tapi ketidakselesaan dalam badan akan mempengaruhi mood dan suhu bada saya selalu jadi sedikit panas.

Hari ini dikatakan seluruh Lembah Klang akan dihentikan bekalan air untuk seharian dan mungkin berperingkat pulih sehingga Ahad. Hmmm air lebih penting dari elektrik.

Tapi kadar elektrik akan naik bermula 1 Jan, 2014 pun tetap menjadi isu kecoh. Kita akan menanggung tambahan beban lagi untuk sejenis lagi kemudahan kehidupan rakyat. Hmmmm mengeluh pun tak akan mengubah apa yang sudah diumumkan oleh pihak berkuasa. Kalu saya ada kuasa pun saya boleh ubah apa saja. Benarkah?

Dan satu lagi. Kadar tol juga akan naik bermula 1 Jan2014. Saya copy paste tempek kat sini:

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.n40 TO RM1.90
LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Saya yang berulang setiap hari ke tempat kerja terlibat dengan 2 tol, iaitu tol di AKLEH juga tol di Damansara. Huhhh! Apa saya nak komen?

Kita kan rakyat?





 ~...jika sebuah pertemuan dapat dinilai dengan sejumlah harga, HISYAM rela untuk membayar berapa sahaja harganya asal sahaja SERI BULAN rela turun ke laman dan mengakui tentang sebuah rindu tetapi warga Kampung Separuh Desa bagai mengharap pula laman menjadi pentas persandingan, kerana Mak Utih juga merasa dia sudah lama tidak memahirkan diri mengandam berpilis...~




Monday, December 16, 2013

Projek K-Pop: sapa kata tak jadi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-12-2013


Pada cuti 11-12-13 ritu, saya plan nak buat projek keripop, kunun. Tapi tak terbuat. Dan pagi semalam, semasa ke pasar Pudu teragak la pulak nak buat.

Oh ya, Pasar Pudu akan ditutup selama 2 hari bermula hari ini (dan esok) kerana ada pembersihan pasar (setahun tak tau berapa kali depa cuci, rasanya 6 bulan sekali kot). Dan harga ikan menjadi sangat murah semalam. Hampir kebanyakan ikan, jatuh harga. Sebab depa tak mahu simpan ikan sehingga hari Rabu. Bagusnya.

Projek K-Pop saya berlangsung dengan jayanya.


Dengan adunan tepung 1.5kg + 2 kg ubi kentang = 93 butir keripop (inti campur udang kering). Digoreng half-cook untuk stok esok lusa. Frozen.


Tak jamin la stok ni boleh bertahan seminggu. Rasanya 3,4 hari haruslah langsai. Maklum cuti sekolah. Di tempat kerja saya memang ada yang berjual keripop frozen dan sentiasa mendapat sambutan. Tapi saya tidak akan buat untuk berjual. Mana larat badan. Bagi la peluang pada orang yang sanggup dan mampu buat. Kita sokong jer!




 ~...entah apa nasib mereka, petang semalam HISYAM teragak hendak singgah di Teratak Nyatuh tanpa sedar Mak Utih dan Pak Utih masih berada di ladang baruh, lalu SERI BULAN yang bersendirian tidak berani hendak mempelawa naik waima duduk di ambin tidak berdinding yang jelas dapat dilihat dari lorong denai dan laman luas, melainkan berbual di tangga sambil mata meliar mencari si pencipta fitnah...~




Saturday, December 14, 2013

Pengat Duriyan: dalam kegilaan nak main ujan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
14-12-2013


Hari ceria dan cerah. Selepas semalam JumAAt, petang muram durja. Hujan lebat bersama angin kencang beserta guruh. (tapi dalam hati dok sebut, “heeee bestnya kalu dapat main ujan!”)

Saya pernah buat gila beberapa kali main hujan. Sekali di KL (jalan kaki dari tempat makan selamba redah hujan ke parking).

Dan sekali masa Dak AMOI dan Dak IKA kecik. Kami balik kampung dan kebetulan ada hujan. Kami main hujan di laman Rumah Bonda, yang luas bersimen. Ahhh!

Tu belum kira masa kecik-kecik. Pernah juga sengaja main hujan dan tadah kepala di pancuran air hujan di cucur bumbung zink rumah. Air hujan lebat turun dari bumbung macam air terjun sampai sakit kepala. Tapi... best sangat!

Dah tua mana leh buat camtu walaupun sangat-sangat la teringin! Keinginan yang gila!

Tayang-tayang: suatu keinginan yang gila juga juga dari seorang tua. MyTOKLAKI punya kehendak!


Durian kampung sedang bermusim sekarang. Agak murah, tapi rasa semua hampir sama, tak kira kecik besar or putih or kuning.

Bersama pulut ditanak atas dapur.

Ada orang tak pandai tanak pulut, manjang lembik. Saya belajar dari arwah MyAyah. Cara dia: didihkan air dalam periuk dulu. Bila dah didih baru masukkan beras pulut. Air tak boleh banyak, cukup sekadar tenggelam beras saja. Kacau dan terus perlahankan api. InsyaAllah, wpun nampak macam ‘tak cukup air’ tapi kanji pulut akan memasakkan pulut tu dengan elok dan berkilat.





 ~...ketika dusun durian mula rahat bermusim, pondok yang pernah menjadi sejarah teduhan antara HISYAM dan SERI BULAN dalam sebuah peristiwa terperangkap dek hujan lebat, ingin sekali diroboh dengan sekali tunjal kerana malas hendak mengenang apa yang pernah mereka lalui walaupun hanya mata bertentang mata, tangan berpaut kerana takut tetapi andai hujan lebat sekali lagi HISYAM tidak yakin dia takut lagi dan SERI BULAN bimbang dia pula yang menjadi lebih berani...~




Friday, December 13, 2013

Stop email me...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
13-12-2013


Salam JumAAt.

Kita nak ngadu ni... dah sebulan dah kita tak leh nak buka email kita. Boleh sign-in but, tak leh nak buka in-box atau buat apa-apa pun.

Apa masalah?

Dah sebulan tauuu... Sedih!



So, hold dulu apa-apa email. Ops..! ada ker?

Sapa tahu apa punca, or cara nak selesaikan. Anyone?




 ~...bila HISYAM semakin jinak semakin manja bercampur semakin nakal mengusik plus suka menyakat, dalam ertikata menatap mata sambil kenyit-kenyit SERI BULAN rasa gementar dalam peluh dingin tidak berasa kerana keliru samada hendak melayan atau memendam rasa tentang sebuah perasaan yang perasan lagi kerasan...~




Thursday, December 12, 2013

Bukan NAGA pakai SARI: kenapa nak banding laki orang dengan laki sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
12-12-2013


Seorang kawan selalu sesakkan telinga saya setiap pagi dan petang (almost everyday) dengan cerita ketidakpuasan hatinya (hatinya jer... bab lain saya taktau) terhadap sang suaminya. (kenapa ‘sang’?)
Selalu dia merungut laki dia tak sporting, laki dia malas jalan-jalan, laki dia suka kerja, suka buat OT sampai jarang ada masa kat rumah, jarang sembang-sembang. Dan dia bosan. (Pada saya dia kesunyian).

Faktanya begini: dia berkahwin selama kira-kira sudah 10 tahun. Mungkin ini dugaan dan ujian. Yang tak best suka dok sebut pasal laki orang lain yang pada mata kasar dia, sangat best, ada masa dengan bini ada masa bawak bini jalan-jalan. Kenapa nak banding?

Dia berkahwin ketika usianya 40 tahun (agak lewat jodohnya). Suaminya muda sedikit tetapi pada saya suami dia lelaki yang baik. Baik la sebab takdak skandal luar rumah. Rajin kerja tu kan ke bagus? Mereka tidak dikurniakan anak. Itu menambah kesunyian. Sampai bila kita dok banding laki orang dengan laki kita (or ada lelaki suka banding bini orang dengan bini sendiri? Atau sekadar nak jadikan itu suatu alasan untuk tidak rasa bersalah mencari pucuk muda?) Huh...!

Saya? Saya kahwin muda seawal 21 tahun dan sudah bersama puluh tahun. Jadi soal nak komplen sudah tak timbul. Soal nak rungut pun dah jadi malas. Sebab saya dah menerima segala kelemahan dan keburukan menjadi sebati dan sebahagian hidup saya. For more than 23 years!

Tayang-tayang:


Saya jarang jumpa kuih sebegini. Kuih Nagasari. Ingat-ingat lupa akan kuih ni cemana rupa. Rupanya ia seakan Kuih Tepung Bungkus. Berinti pisang.



Seorang rakan sekerja buat dan saya dapat merasa seketul. Kerana saya kurang gemar pisang dimasak (pengat pisang pun saya tak gemar) jadi saya makan tepung putih tu saja.






 ~...hujan lagi sekali malam itu memberikan rasa resah berganda kepada SERI BULAN kerana HISYAM sudah memberi isyarat akan ada surat bertulis tangan diletak di bawah tempurung, lalu sekiranya tidak hanyut dek becak mungkin sekali akan lembab dan kembang semangkuk lalu tulisan hanya anganan, alangkah baik HISYAM terus mengucapkan segala isi hati di cuping telinga beralas selendang panjang bercorak bunga tanjong tapi wangi bak bunga melur...~




Wednesday, December 11, 2013

Antara 13 juta dan 13 hengget: kita kena terima hakikat beza kehidupan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
11-12-2013

Yeahh tarikh cantik. Yang hanya akan berulang setiap 823 tahun.

Ya, satu Malaysia tahu tentang perkahwinan belas juta tu. Tetapi, sebulan dulu juga kita lebih dulu tahu tentang banjir yang melanda beberapa negeri. Apapun, kita doakan yang baik-baik saja.

Saya tidak akan menulis (dalam erti kata mengulas) tentang perkahwinan yang gah itu, seperti mana juga saya tidak akan menonton apa pun tentangnya dengan sengaja. Saya anggap itu suatu perkara biasa sepertimana orang lain yang juga nikah kahwin. Soal kos dan tampilan fizikal sahaja yang membezakan. Akad nikah tetap sama. Tanggungjawab tetap sama. Yang mungkin membezakan juga, mungkin usia perkahwinan itu kelak. DIA Maha Tahu.

Hari ini Selangorian bercuti sehari sempena Keputeraan Sultan. Hmmm seperti lazimnya la kan... bila orang Selangor cuti jer, KL kompom jem! Cari apa? Tentulah shopping di KL. Inilah masanya nak cari keperluan buka sekolah.

Saya memasang angan nak buat projek Karipop, tapi huhh! Hampeh. Lain yang dihajat lain yang dibuat. Mood malas menguasai keseluruhan kepala hotak saya yang kadang-kadang ada batu besar juga duduk!

Tayang-tayang:


Cucur Udang sarapan pagi kami tadi. Saiz kecik-besar. Taruh udang pun ikut suka hati tok-nenek aku jer! Ada sekor, ada 2 ekor. Yang terlupa boh udang pun ada. Belasah!





 ~...bila SERI BULAN mendapat sindiran nakal dan usikan manja dari HISYAM tentang perkongsian sebuah perasaan yang sering disebut sebagai sejiwa, dia yakin suatu hari nanti HISYAM akan juga berani mengakui bahawa dialah satu-satunya yang akan digelar “pujaan hatiku!”...~




Tuesday, December 10, 2013

Banjir: sekali air bah, sekali bandar rebah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-12-2013


Musim tengkujuh tiba lagi. Hampir sebahagian besar negara-negara di dunia, pada hujung tahun adalah bulan-bulan sejuk dingin.

Walaupun kita negara panas sepanjang tahun, tetapi musim tengkujuh sering menjadi musim yang buat orang berwaspada. Bencana alam di negara kita walaupun sangat tidak seteruk negara lain (banding dengan negara yang ada ribut taufan dan puting beliung serta banjir besar dan tsunami) kita masih dalam keadaan terkawal. Namun begitu, banjir tidak pernah menggembirakan sesiapa pun.

Saya secara peribadi, tidak pernah... ya tidak pernah langsung berhadapan dengan banjir. Kampung saya tidak pernah banjir dan saya sendiri tidak pernah pergi ke mana-mana tempat yang dilanda banjir. (wpun saya sangat ingin berkhidmat sebagai sukarelawan di tempat-tempat bencana alam seperti ini)

Musim hujan buat setengah orang jadi gelisah kerana ada beberapa perkara terpaksa ditunda atau langsung tidak dapat dilangsungkan. Dan, kesannya juga tidak terkecuali. Ramai dah merungut tentang harga barang jadi mahal. Ikan udang semua naik harga. Okeh.. kita redha. (Jangan diambil kira orang yang kahwin di musim hujan. Ahaks!)


Ini pic yang saya snap semasa balik kerja sekitar jam 6:00pm pada minggu lalu. Waktu hujan sepanjang minggu. Laluan berhampiran bulatan Semantan. Air bertakung, tapi mujur kami lepas juga.



Di tempat kerja saya, memo tentang bantuan mangsa banjir sudah beredar sejak minggu lepas lagi. Ada beberapa orang yang ditugaskan untuk mengendalikan beberapa urusan berkaitan. Dan lazimnya, bila sebut saja bantuan, ramai sekali yang suka nak derma pakaian terpakai. Ohh... kali ini pakaian terpakai tidak diterima lagi di tempat saya. Sebab kata depa, dah terlalu banyak. Ada banyak benda lain yang lebih depa perlukan. Makanan, air minuman yang bersih, diapers etc etc...



Okeh... renung sejenak andai ada sedara mara kita yang tersangkut di pusat penempatan. Terputus hubungan. Terputus bekalan makanan. Kesejukan, tidur di atas sekeping tikar nipis, makan bercatu dan kesukaran menguruskan diri (mandi, mencuci dsb). Tuhan ingin menguji mereka (dan kita semua yang ‘kering’ ini diuji dengan dugaan kesenangan pula).

Hulurkan bantuan walaupun mungkin kecil di mata orang. Walaupun tiada siapa yang tahu apa yang kita beri. Walaupun mungkin murah pada penilaian mata kasar. Tapi niat lah bahawa kita juga ingin meringankan kesengsaraan orang lain (yang kita tidak pernah kenal pun).

Kita rakyat Malaysia, kan?





 ~...seringkali bila hujan gerimis di tengahari, SERI BULAN mengharap hujan itu berlarutan lebat sehingga senja dan malam akan jadi sunyi selain dari bunyi cengkerik kerinduan dan katak keriangan kemudian bersama HISYAM menghadap cekodok panas yang sedikit garing bersila bersama Pak Utih mendengar cerita tentang masa lalu yang payah dan harapan masa depan yang penuh impian...~




Monday, December 9, 2013

Kenapa nak hasut orang lain untuk tidak berbuat baik?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
09-12-2013



Saya tak faham perangai orang seperti yang saya sebut di tajuk entri. Mula-mula saya tak faham. Pastu saya jadi keliru (bercanggah dengan peribadi orang itu yakni: seorang wanita, sudah berusia (dalam erti kata tua 8 tahun dari saya), bertudung (lebih labuh dari saya), lebih senior dan berpengalaman. Kemudian saya jadi meluat dan menyampah. Kerana, saya tidak suka dipengaruhi dalam perkara-perkara yang remeh di mana saya boleh membuat keputusan sendiri.

Isunya apa? Di tempat kerja saya (khususnya di jabatan saya Lantai 2) kami ada 3 tempat bekalan air (yang ada 2 paip air panas dan sejuk) dengan tong besar di atasnya yang seberat.. hmmmm tak berat mana pun. 18.9 liter, bersamaan berapa gelen eh? Saya tak pernah periksa tapi pada saya agak ringan sebab saya boleh angkat seorang diri untuk ‘topup’ tong baru bila air dah habis.

Dan rupanya saya menjadi satu-satunya staf pompuan yang dok buat. Selama ni memang depa dok harap staf lelaki saja yang buat. Dan masa pertama kali saya angkat dan tonggengkan tong tu, depa terkejut. (saya pulak jadi malu macam buat salah besar plak).

Kemudian ianya menjadi pemandangan biasa bila lihat sorang staf pompuan yang besar skit dari tong air tuh, dok tonggeng tong tu sorang diri.

Pagi tadi, nak jadi cerita ketiga-tiga mesin air tu habis air serentak dan ramai staf belum masuk (sekitar jam 7:40am). Bila saya angkat, dia ni cakap, “Kenapa nak angkat? Biarlah orang lelaki yang angkat. Budak lelaki tu kan ada? Semuanya pemalas.” huh?

Bagi saya tiada isu malas. Dan tolong buat benda itu bukan bermakna kita sangat rajin. Tetapi keperluan air adalah keperluan semua orang. Semua orang nak buat air pagi-pagi.

Saya beranggapan begini: kalu kita rasa kita nak buat, kita buat jer. Kalu kita TAKNAK buat (atau malas nak buat), jangan dilarang orang lain yang buat. Sama juga, kalu kita rasa kita hebat sangat sampai boleh beli rumah besar, jangan sangka orang yang rumah kecik tu sengkek sangat. Dan bila mana kita rasa kita dah pegi umrah/haji, jangan disangka orang yang tak pegi tu takda niat yang sama sehingga sanggup nak perli-perli.

Tayang-tayang:


Sarapan pagi saya. Buat Chicken Cabonara atas permintaan anak-anak. Makan sampai puas!





 ~...mengharap kerang bakar terbuka sendiri adalah mustahil selagi arang tidak berperang, selagi sabut tidak direbut dan selagi itulah juga HISYAM terkial mencari punca buluh untuk meniup sampai kembung pipi dan SERI BULAN terkekeh ketawa melihat teman sejati macamkan orang asli tetapi apabila mata itu sengaja disepetkan dek kerana geram bersulam dendam, dia jadi tersipu bila mata bertentang mata...~




Terimakasih. Terimakasih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
08-12-2013


Atas usaha dan cadangan beberapa orang teman blogger.

Kerusi roda baru untuk MyBonda.

Semoga mereka yang terlibat akan diberikan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki.







 ~...irama lagu padang pasir tidak lagi menjadi irama ringan di telinga SERI BULAN bila HISYAM tiba-tiba menaruh minat kepada irama gambus dan rentak tabla di malam hari...~




Saturday, December 7, 2013

Nothing serious...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
07-12-2013


Terimakasih ucapan dan doa.

Sebenarnya, nothing serious. MyToklaki berehat selepas dapat 2 kali injection.

Tapi saya masih memerlukan kerusi roda yang saya sebutkan di entri sebelum itu... untuk menggantikan kerusi roda MyBonda yang sudah agak lama dan rodanya (getah roda) sudah lembik dan agak tidak selesa untuk dia.

Terimakasih cadangan.




 ~...sejak ada yang membisikkan tentang khabar angin anak dara Pak Imam dirisik orang dari kampung sebelah darat, SERI BULAN tidak tahu sama ada hendak sengih lega atau hendak mengucap tahniah kepada HISYAM atau dirinya sendiri...~




Orang badan besar, tolong jangan jatuh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
07-12-2013


Semalam petang, MyToklaki jatuh di bilik air surau.

Jatuh seperti semasa dia jatuh di kampung dulu (kesan di pinggang lalu ambulan terpaksa dipanggil untuk ke hospital — masa tu Hospital Kuala Pilah).

So kejadian sama berulang.

Isunya:

Sapa tahu di mana saya boleh dapat kerusi roda yang murah (selain beli di farmasi)?

Ada cadangan kedai pembekal area KL yang boleh dapat harga murah?

Sekian, terimakasih atas cadangan.




 ~...SERI BULAN menangis bila janji dimungkir dan HISYAM dianggap sebagai pesalah paling besar...~




Friday, December 6, 2013

Bukan Candy Crush: stok baru sudah sampey!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
00-12-2013


MyKakak mai dari kampung 2 hari lepas. So last Selasa saya balik dari kerja terus stay di Jinjang. At least saya ada sedikit masa untuk kami lepak berimpun di rumah MyBonda.

Sambil-sambil tu saya juga nak ambil stok baru. Peanut Candy saya yang 4 kg sebelum ni sudah habis dijual. Berniaga di tempat kerja (letak jer kat corner with bakul duit) tidak langsung menyusahkan. Tapi alhamdulillah, walaupun hasilnya cuma RM6-7 jer sehari tapi duit tak pernah putus.

Berniaga jajan ni hanyalah sambilan. Saya juga berniaga tudung dan jubah sepanjang tahun (selain Kek Coklat dan Tart Nenas). Yang best, letak apa saja mesti ada pembeli. Mungkin kerana staf yang ramai (ratusan orang) jadi market agak mudah. Jadi seronok pulak. Kalu musim nak Raya haritu, lagi best. Jual kerisik pun laku. Belum lagi dikira yang jual kerepek, kekacang, kuih raya (ini sepanjang tahun boleh dapat).

Alhamdulillah (again) sebab saya tidak pernah target tinggi. Biar lambat, asal boleh jalan.

So, lets tayang-tayang!



*Stok diambil dari Sg Besar, Selangor.


Selingan:

Nak tayang juga benda ini:


Beg (handbag fabrik kain, yang juga boleh dibuat beg telekung) hadiah dari MyBonda. MyAdik Bongsu kirim dari kawan yang pegi ke Thailand, lalu MyBonda belikan juga untuk saya. Ahhh sudah tentu apa saja dari MyBonda, saya suka!


Ini beg MyBonda. Yang pada saya lebih cantik, but saya rasa dia berhak dapat lebih cantik dari apa yang saya dapat. Selain dari itu MyKakak juga belikan saya sehelai kain batik Langkawi yang... ahh.. lembut sungguh + sehelai lagi kain batik dari MyBonda.

Hmmm... adakah bila kita semakin tua ni, kena rajin-rajin pakai kain batik instead of pakai suar panjang or suar bermuda of baju kelawar kala lepak kat rumah??





 ~...SERI BULAN juga sebenarnya sangat rindukan HISYAM separuh mati, walaupun berselang hari HISYAM sentiasa melintasi laman Teratak Nyatuh tetapi sebagai anak muda yang sentiasa menjadi perhatian ramai dek kerana rajin dan bukan sahaja kerana kacak-tampannya, lalu masa untuk berimpun berlepak sambil bercerita berselang balah-tak-berdarah di ambin tidak berdinding sudah semakin jarang umpama dinding papan yang mula renggang...~




Thursday, December 5, 2013

Selagi ‘on going’, hidup mesti diteruskan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
05-12-2013


Menjadi penulis blog memerlukan sedikit komitmen, am I right? Bagi yang menulis untuk suka-suka, menulis sekadar meluahkan, sekadar menambahkan pengetahuan dan kenalan, mungkin tidak begitu terdesak. Tapi bagi blogger yang full-time, yang study segala benda about blog, yang tahu manfaat dan keuntungannya, pasti begitu bersungguh-sungguh.

Saya tabik pada orang yang begitu komited, begitu memahami blog dan menjayakannya dengan cemerlang, then mendapat imbuhan yang bukan sedikit. Bab glamer tu, dah tentu la ikut masuk sekali.

But, bagi saya, nak pastikan ada satu entri setiap hari pun, kadang-kadang terpaksa cari masa. Well, biasa la blogger. Ketagih tu puak puak kita jer la yang faham. Mesti nak tulis punya lah!

Kesibukan bukan lagi boleh dijadikan alasan, walaupun kebanyakannya kekangan itulah sebabnya. Sibuk dengan komitmen lain.

Tahun lepas saya dah pernah cash-out Nuffnang sekali. Tak banyak. Tak sampai RM100 pun.

But tahun ni macam ada peningkatan sedikit, wpun masih jauh jika nak banding dengan nama-nama orang lain. Takpa, asal ada. Takda pun kita tak frust sebab kita tak bersungguh pun bab tu. Nilai tulisan dan kepuasan itu diletakkan di atas sekali.



Tetapi, selagi on-going, kita rasa belum nak cash-out lagi.

Kalu dapat cek Nuffnang kali ini, kita cadang nak beli kasut idaman hati kita. Ok dak? Okeh la tuuu...! > bibir muncung!

hahahahah!





 ~...bila HISYAM kata dia sangat berdendam, SERI BULAN sangat bimbang ada orang bakal dilemaskan di hulu Sungai Menghijau Lumut dan risau jika ada batang meranti bakal menjadi bahan karate...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails