Monday, December 16, 2013

Projek K-Pop: sapa kata tak jadi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-12-2013


Pada cuti 11-12-13 ritu, saya plan nak buat projek keripop, kunun. Tapi tak terbuat. Dan pagi semalam, semasa ke pasar Pudu teragak la pulak nak buat.

Oh ya, Pasar Pudu akan ditutup selama 2 hari bermula hari ini (dan esok) kerana ada pembersihan pasar (setahun tak tau berapa kali depa cuci, rasanya 6 bulan sekali kot). Dan harga ikan menjadi sangat murah semalam. Hampir kebanyakan ikan, jatuh harga. Sebab depa tak mahu simpan ikan sehingga hari Rabu. Bagusnya.

Projek K-Pop saya berlangsung dengan jayanya.


Dengan adunan tepung 1.5kg + 2 kg ubi kentang = 93 butir keripop (inti campur udang kering). Digoreng half-cook untuk stok esok lusa. Frozen.


Tak jamin la stok ni boleh bertahan seminggu. Rasanya 3,4 hari haruslah langsai. Maklum cuti sekolah. Di tempat kerja saya memang ada yang berjual keripop frozen dan sentiasa mendapat sambutan. Tapi saya tidak akan buat untuk berjual. Mana larat badan. Bagi la peluang pada orang yang sanggup dan mampu buat. Kita sokong jer!




 ~...entah apa nasib mereka, petang semalam HISYAM teragak hendak singgah di Teratak Nyatuh tanpa sedar Mak Utih dan Pak Utih masih berada di ladang baruh, lalu SERI BULAN yang bersendirian tidak berani hendak mempelawa naik waima duduk di ambin tidak berdinding yang jelas dapat dilihat dari lorong denai dan laman luas, melainkan berbual di tangga sambil mata meliar mencari si pencipta fitnah...~




43 comments:

  1. buat sendiri lbh sedap dan puas hati,kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi bebudak ni, apa saja yang saya masak semua bagi depa sedap. Kadang tu terkurang garam pun depa belasah juga.

      Delete
  2. K-Pop...hehehe karipap has gone Korea,,,,caya lah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan saya pernah dengar satu babak lucu di radio Hot fm dulu. Si Farah Fauzana buat slang sebut karipap sebagai Keripep... so saya relate macam bunyi Korea plak.

      Delete
  3. Patutlah tengok keripop tu pucat lesi je..half goreng rupanya.. kalau pasar Pudu tu hari-hari cuci..hari-hari murah le rege ikan tu ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang karipap tu sengaja tak digoreng garing. Nanti nak makan time, baru digoreng garing.

      Delete
  4. Akak panggil K-Pop. Saya panggil curry puff. Cheh ala-ala omputeh konon. War har har har. Apa pun curry puff ni memang favorite kebanyakan orang. Kalau tidak tak kan lah setiap gerai boleh jual karipap kan?

    Tapi satu curry puff kalori 300++. Mak aih. Puhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira2 kalori ni diet ekkk tata

      Delete
    2. Kira untuk ambil tahu aje chot. Kalau ikut bebetul memang tak makan la aku dibuatnya. Hahaha.

      p.s. Tak boleh nak diet pun. Nanti kau kan nak belanja aku makan? Kan?

      Delete
    3. Kak Azie ni, kalu bab kalori dah malas nak fikir dah. Asal sedap, belasah semua. Hahahah bila sakit nanti, baru nyesal. Agaknya.

      Delete
  5. Kpop pun Kpop lah...yg pastinya sedap...nak satu boleh?

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak azie buat kpop hehehe saya rajin makan je.seumur hidup ni pernah sekali je buat sendiri.selalunya tolong mak @ mil je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana kita ni emak kot... Jadi kalu boleh apa saja yang bebudak ni tingin makan, kita gigih la cuba buat.

      Delete
  7. AA
    I suka karipap yg takde rasa kari....berintikan daging n kentang guna rempah 'kormak' tapi kalau karipap perisa kari tu mmg sah yummy (inti+kulit), I ON aje.. (tak baik rejek rezki).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga sorang kawan I ajar buat inti guna rempah kurma, tapi kerana dalam rumah ni bebudak semuanya kuat pedas, I buat inti rempah kari siap tambah rempah cili lagik!

      Delete
  8. Pehh...k-pop sangat..haha..sabor je la..bole thn melawak jgk kak ni.. Mknn lain pun mesti ada mcm2 nme ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar nak meriahkan lagi. Kalu selalu dok sebut karipap, biasa saja. Mentang mentang la fenomena Korea tengah melanda. Hahaha

      Delete
  9. Anak mengasuh mamaD si Laikha tu..memang duk panggil k-pop selalu...penggemar karipap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu budak tu suka, kena la beli selalu atau buatkan banyak-banyak.

      Delete
  10. Rakyat jelata ada kat rumah haruslah laku apa sahaja Kak Azie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa... buat nasi goreng bodo pun depa makan licin.

      Delete
  11. tiap kali baca tajuk mesti kena baca sampai habis entry kat sini.. hehehe.. ;)
    tapi betullah kak.. kita sokong je kalau ada yang meniaga frozen cenggitu.. nak buat memang taklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang sanggup buat untuk meniaga, memang kita tabik lah! Kak Azie tak larat nak buat. Sebulan sekali pun jenuh nak kumpul tenaga.

      Delete
  12. Saya pernah buat sekaliiiii jer. Baru 20 biji, saya rasa sakit pinggang menguli sebab dok atas lantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie boleh buat banyak, sebab ada anak yang tolong. Srang tolong gelek, sorang tolong bulat kecik. Kak Azie hanya boh inti dan kelim. Yang tolong goreng anak yang lain pulak.

      Delete
  13. sedap nampaknya karipap tu..dee skrg malas dah buat..sbb mmg boleh patah pinggang mengguli dan menggelek..hahaha..dh mcm mas idayu gelek kat AIM aritu je kan..kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada Mas Idayu eh malam tu. Kak Azie tak tengok pun. Masa ulangan pun, tengok yang hujung hujung jer.

      Delete
  14. Replies
    1. Epok-epok tu kalu inti sayur. Yang ini memang karipap sebab inti kentang dik...

      Delete
    2. ek.. kat sini x kesah inti apa tetap dorang panggil epok epok kak

      Delete
  15. Kito nok kpop yang ada inti ubi stelo..to

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Kalu selalu sangat, jadi tak sedap pula.

      Delete
  17. senang bila tetiba ada tetamu . tu gunanya frozen food . saya sendiri pun x rajin nak wat sampai byk camtu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat la tetamu datang. Rakyat dalam rumah dah kasi perabis dulu.

      Delete
  18. Pada Kak Azie, memang sedap lah.

    ReplyDelete
  19. sedapnya akak tp lebih suka inti kentang..

    ReplyDelete
  20. Suka inti kipop buh perencah sup.. kalau kari tu bila beli je mesti rempah tak masak... ahh!! Frustt laa...

    ReplyDelete
  21. bila boleh rasa K-pop nie kak zie....? letak udang kering tu sure sedap.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails