Wednesday, December 18, 2013

Bila Imam jumpa pontianak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
18-12-2013

Semalam, masa on the way nak pi kija, MyToklaki berpesan. Awak, jangan jalan kaki sorang-sorang kalu nak pi kija. Ada hantu.

Hehehehe dari atas motor, si bini yang membonceng ni tetiba rasa nak tergolak bosar kat belakang. Tapi tahan... tahan. Mana leh gelak pepagi buta (waktu tu jam 6:35 am) and MyToklaki hantar saya ke area taman tempat kawan (saya naik keta dengan kawan untuk ke tempat kerja).

Hantu? Saya pelik gak. Selalu dia pesan tu sebab kami dah serik sejak kes saya kena ragut di laluan menuju LRT tuh. Sejak tu, semua anak-anak dara saya mesti dijemput/dihantar ke stesen LRT situ.

Ya. Ada hantu. Imam dah banyak kali jumpa. Pontianak. Uishhh MyToklaki ni nak buat lawak subuh ker? Saya dok fikir camtuh.

Ehhh.. ya lah memang lah ada pontianak. Kan sekarang ni filem Paku tengah tayang? Hahahaha saya buat lawak. (Padahal MyToklaki ni bukan kaki wayang pun)

Hehhh mana ada Imam tengok wayang. Dia jumpa betul.

Terus saya senyap.  Dia serious okeh!


Taq bertali merah tu saya punya. Ada orang mendajeykan saya. Sekerat hari saya kehilangan taq saya (sampai nak kuar masuk pun kena pinjam kad orang), tetiba lepas lunch kad saya tergantung tinggi kat tiang seri department saya. Cisss...!

Walaupun saya tahu orang yang empunya kerja durjana ni, tapi saya segan dan malu nak pegi lawan balik. Sebab dia lelaki...! Lelaki yang nakal, so saya takut dia tak boleh tahan dengan saya punya nakal pulak! Ahaks!





 ~...pernah disebut orang tentang rimbun buluh dihuni bunian sehingga hampir pula HISYAM percaya dan pernah berangan hendak berjumpa tetapi apabila Pak Utih beramaran tentang pantang larang warga Kampung Separuh Desa yang akan jengkel melihat si ayam jantan berlagak berani, SERI BULAN juga tidak berani hendak menanti bulan mengambang penuh untuk dipandang direnung dan dimenung...~




36 comments:

  1. hik.. ingat time skolah skolah je ada kes gantung tag tetinggi.. time keje pon ada lagik ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time sekolah Kak Azie tak pernah ada taq pun. Naik bas pun mana guna taq apa pun.

      Delete
  2. musim berhantu-lepas penanggal..paku pulak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa.. memang musim selalunya. Lepas orang lain buat citer hantu, orang lain pun ikut sama.

      Delete
  3. Betullah kata toklaki Azi tu - kakak senyum ni:)
    Tag gantung di leher pun boleh terlepas ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka gantung di leher. Rimas. Jadi letak la kat meja ker... tu yang ada sengaja lesapkan tuh.

      Delete
  4. Amboi, nakal jugak akak aku ni eh? Hahaha.

    Akak orang pedajal tag. Saya orang pedajalkan kasut. Saya baru beli kasut. Memang comel sangat. Cantik. Satu petang tu saya keluar tengok kasut dah tinggal sebelah. Lagi sebelah lesap entah ke mana. Macam mana nak balik ni? Alhamdulillah saya ada kasut spare, pakai je la kasut tu.

    Saya tunggu jugak dalam area seminggu, 2 minggu. Dah nya sampai sebulan lebih tengok tak de yang pulang. Memang pedajal habis. Hendak tak hendak saya buang lagi sebelah tu. Sedih tau kak.

    Tapi saya dah maafkan orang yang buat tu. Antara dia dengan yang Di Atas itu saya tak ambil tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasat tu. Pedajal tak pulang balik.
      Kak Azie selalu kena songlap seliper masa pi surau. Kuar surau seliper tinggey sebelah. Sebelah lagi kadang depa gantung kat pintu la... taruh bawah meja la.. Tapi memang dapat balik la.

      Delete
  5. ooo.. KakAzie lagi nakal ya?? Pontianak mesti takut tu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee nakal pun mana la saya berani nak jumpa pontianak!

      Delete
  6. Apa kata suatu hari akak test nakal akak pulak kat dia nak tengok nakal sapa lebih hebat...ahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wooooo tak berani lagi la skang nih. Tunggu time sesuai. hahaha!

      Delete
  7. lelaki durjana!hahaha memang durjana sungguh..
    bab pontianak tu betul ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah ler betoi ke idak. Harus lah betoi kot. Takkan lak Imam nak bohong, ye dak?

      Delete
  8. hantu pontianak huhu ngeri lak dengo...skang ni memacam cerita seram ada paku lah semuanyer meneramkan tau..
    sabo jerla ngan mamat tu pedajey orang yek...

    ReplyDelete
  9. akak punyer nakal mesti nakal romantik kannnnn... hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalu dengan lelaki mana berani nak romantik!

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    Simpan je lah nakal tu...kalau berbalas2 nakal kang berbalas2 cinta lak...orang tu saja2 nak amik perhatian tu

    ReplyDelete
  11. hari tu ader dengar ceramah ustaz kazim
    dia pun ader cite pasal benda ni
    dia kata buat bodoh ajelah, dia nak hidup juga...hehe

    saya pun penah kena camni
    diorang sorok saya punya selipar
    tak mengaku pula tu...sabo ajelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada orang nak mengaku. Tapi selalunya kita boleh tahu sapa yang nakal sapa yang tak nakal.

      Delete
  12. Ker....pontianak tengah shooting...? Imam kan x tengok wayang kan...hehehehehe

    Oh, kalau saya, saya dajalkan mereka semula.... hihihihii... Baru meriah maaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu Kak Azie, filem Paku. Ntah dah mula tayang ke belum, dok dengar kat radio, promosi saja. Tak pasti tengah show ke belum. Belasah teka jer.

      Delete
  13. hai kak azie..
    hehe tengok tag name bertali merah tu..teringat saya kat kisah lalu,masa bekeje..tali tag name saya tersepit kat pintu kete..
    pandai MyTokLaki kak azie menyakat akak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie kena pakai tali kaler terang camtu, supaya senang kenal dan mudah nampak. Taq tu dah banyak kali bersepah tak jumpa carik.

      Delete
  14. he..he..klakar baca..sweet pun ada?
    nakal2 ni best..menghiburkan hati..tapi jgn terlebih..menyakitkan hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang nakal sejak azali lagik!

      Delete
  15. banyak betul cerita hantu dalam entry kak azie hari ni...hehehehe...ada "paku"..ada "tiang seri"...seremmmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. dengar citer filem Tiang Seri tu pun seram benar. Uishhhh..!

      Delete
  16. uishhh dok sorang2 ni tetiba terbaca entry awk ni azie..pandang belakang pandang kiri kanan..baca Ayat Qursi..huhu

    ReplyDelete
  17. pontianak tu nak ber ramah besra dgn nya kot . gedebus jer kat org tuh ... heheheee

    ReplyDelete
  18. suka dorang pedajal orang ek....ingatkan budak-budak jer suka pedajal....mak budak pun kena jugak....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengenakan mak budak pun, bapak budak jugak!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails