Saturday, December 14, 2013

Pengat Duriyan: dalam kegilaan nak main ujan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
14-12-2013


Hari ceria dan cerah. Selepas semalam JumAAt, petang muram durja. Hujan lebat bersama angin kencang beserta guruh. (tapi dalam hati dok sebut, “heeee bestnya kalu dapat main ujan!”)

Saya pernah buat gila beberapa kali main hujan. Sekali di KL (jalan kaki dari tempat makan selamba redah hujan ke parking).

Dan sekali masa Dak AMOI dan Dak IKA kecik. Kami balik kampung dan kebetulan ada hujan. Kami main hujan di laman Rumah Bonda, yang luas bersimen. Ahhh!

Tu belum kira masa kecik-kecik. Pernah juga sengaja main hujan dan tadah kepala di pancuran air hujan di cucur bumbung zink rumah. Air hujan lebat turun dari bumbung macam air terjun sampai sakit kepala. Tapi... best sangat!

Dah tua mana leh buat camtu walaupun sangat-sangat la teringin! Keinginan yang gila!

Tayang-tayang: suatu keinginan yang gila juga juga dari seorang tua. MyTOKLAKI punya kehendak!


Durian kampung sedang bermusim sekarang. Agak murah, tapi rasa semua hampir sama, tak kira kecik besar or putih or kuning.

Bersama pulut ditanak atas dapur.

Ada orang tak pandai tanak pulut, manjang lembik. Saya belajar dari arwah MyAyah. Cara dia: didihkan air dalam periuk dulu. Bila dah didih baru masukkan beras pulut. Air tak boleh banyak, cukup sekadar tenggelam beras saja. Kacau dan terus perlahankan api. InsyaAllah, wpun nampak macam ‘tak cukup air’ tapi kanji pulut akan memasakkan pulut tu dengan elok dan berkilat.





 ~...ketika dusun durian mula rahat bermusim, pondok yang pernah menjadi sejarah teduhan antara HISYAM dan SERI BULAN dalam sebuah peristiwa terperangkap dek hujan lebat, ingin sekali diroboh dengan sekali tunjal kerana malas hendak mengenang apa yang pernah mereka lalui walaupun hanya mata bertentang mata, tangan berpaut kerana takut tetapi andai hujan lebat sekali lagi HISYAM tidak yakin dia takut lagi dan SERI BULAN bimbang dia pula yang menjadi lebih berani...~




26 comments:

  1. mesti comel je akak main hujan tu kan...basah kuyup + mengiggil.....sy pun terigin jugak...
    sskali sy benarkan ank2 main hujan sbb saja nk test antibody diaorg...lagipun main hujan ni best......
    wah mengancam sungguh pulut durian..kt pantai timur mmg femes emos....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah gila sangat nak main ujan, mana nak kira dah comel tak comel. Janji seronok!!

      Delete
  2. Kalau hujan lebat saya pun kerap jugak buat macam akak buat tu. Dulu masa masih naik bas, balik kerja turun dari bas saja je dok tercangak tepi jalan tu. Konon macam tunggu kereta nak reda baru melintas. Pada hal saja nak main hujan. Tapi masa tu hujan lebat aje la. Tak de guruh. Bila dah agak lama, dah puas basah lencun baru gerak pi capai motor. Hahah. Seronok sekali sekali main hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah lenjun satu badan baru rasa puas,kan? Heyyy dah tua tua ni mana bleh nak gitu lagi. Wuaaaa

      Delete
  3. baru dua hari lepas saya dok gila snap gambar air hujan . wpun ada guruh dan kilat . cara baru masak pulut . nak cuba nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun suka nak snap pic time ujan, tapi selalu tak sempat sebab dok dalam bangunan.

      Delete
  4. masak pulut nampak senang tp susah...kalau ikut petua arwah mak saya,masak pulut jgn sampai 'pecah perutnya' (beras tu pecah,)biar nampak sebiji2 tp tetap rasa masak..cantik dipandang dan sedap dimakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masak pulut kena tahun teknik baru betul menjadi dan elok masaknya.

      Delete
    2. Betul. Masak pulut kena tahun teknik baru betul menjadi dan elok masaknya.

      Delete
  5. sy pantang nampak kuah durian dgn pulut ni...oohh stok durian ada dlm fridge..esuk nak buat..harini tk sempat sebab nk pegi rumah Dr Hanie..

    ReplyDelete
  6. salam weekand akak..
    timekasih atas kunjungan akak ke blog me,family and kehidupan..
    cara ayah akak tanak pulut tu sama juga dengan cara mak mentua saya..lembutkan kak kalau pulut yang ditanak ni..makan pulak dengan serawa durian kompom tak toleh kiri kanan hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya, kalu pertama kali buat memang tak berapa nak jadi. Tapi kalu kerap buat, insyaAllah elok menjadinya..

      Delete
  7. Ooo durian ngan pulut...best. tapi kat rumah ni pakcik suka yg kukus....ie nak rasa pulut yg masih krup krup tapi masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulut yang dikukus biasanya agak kering. Yang tanak ni lebih lembut tapi kali salah cara boleh jadi lembik...

      Delete
  8. mmm..bestnya main hujan..dekat padang bola pun best main hujan..air jernih sikit..kalau hujan lebat dan ada tempat bertakung....lari2 lepas tu terjun dlm lopak air tu..pehhh....syorgaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main air dalam lopak? Dibuatnya ada tikus ke apa ke dalam tu, haa syorgaaa la kau chot. Hahaha.

      Delete
    2. Main ujan memang best sangat, tapi awas jangan main ujan jika ada petir dan guruh. Jika ujan semata, ok sila layan sampai gigil!

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. tikus xperr...kalo taik lembu..? warghhh

      Delete
  9. AA
    Tiap hari I mandi air hujan TAPI dalam bilik airlaaa... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mana best main dalam bilik air... tak thrill larrr

      Delete
  10. Aina lebih suka kukus sebab lebih kering berbanding pulut tanak yg lebih basah.

    ReplyDelete
  11. Dah umur cam kita nie kak..kalau nak mandi hujan, harus pakai pakai kelambu keliling... Seksiiii...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, jap nak bayangkan.

      Eh he he.

      Hmm wow!

      Haa?


      Eh?


      Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh nak terus bayang kan.

      Delete
  12. nak kena belajar masak pulut....sedapnya.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails