Friday, December 6, 2013

Bukan Candy Crush: stok baru sudah sampey!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
00-12-2013


MyKakak mai dari kampung 2 hari lepas. So last Selasa saya balik dari kerja terus stay di Jinjang. At least saya ada sedikit masa untuk kami lepak berimpun di rumah MyBonda.

Sambil-sambil tu saya juga nak ambil stok baru. Peanut Candy saya yang 4 kg sebelum ni sudah habis dijual. Berniaga di tempat kerja (letak jer kat corner with bakul duit) tidak langsung menyusahkan. Tapi alhamdulillah, walaupun hasilnya cuma RM6-7 jer sehari tapi duit tak pernah putus.

Berniaga jajan ni hanyalah sambilan. Saya juga berniaga tudung dan jubah sepanjang tahun (selain Kek Coklat dan Tart Nenas). Yang best, letak apa saja mesti ada pembeli. Mungkin kerana staf yang ramai (ratusan orang) jadi market agak mudah. Jadi seronok pulak. Kalu musim nak Raya haritu, lagi best. Jual kerisik pun laku. Belum lagi dikira yang jual kerepek, kekacang, kuih raya (ini sepanjang tahun boleh dapat).

Alhamdulillah (again) sebab saya tidak pernah target tinggi. Biar lambat, asal boleh jalan.

So, lets tayang-tayang!



*Stok diambil dari Sg Besar, Selangor.


Selingan:

Nak tayang juga benda ini:


Beg (handbag fabrik kain, yang juga boleh dibuat beg telekung) hadiah dari MyBonda. MyAdik Bongsu kirim dari kawan yang pegi ke Thailand, lalu MyBonda belikan juga untuk saya. Ahhh sudah tentu apa saja dari MyBonda, saya suka!


Ini beg MyBonda. Yang pada saya lebih cantik, but saya rasa dia berhak dapat lebih cantik dari apa yang saya dapat. Selain dari itu MyKakak juga belikan saya sehelai kain batik Langkawi yang... ahh.. lembut sungguh + sehelai lagi kain batik dari MyBonda.

Hmmm... adakah bila kita semakin tua ni, kena rajin-rajin pakai kain batik instead of pakai suar panjang or suar bermuda of baju kelawar kala lepak kat rumah??





 ~...SERI BULAN juga sebenarnya sangat rindukan HISYAM separuh mati, walaupun berselang hari HISYAM sentiasa melintasi laman Teratak Nyatuh tetapi sebagai anak muda yang sentiasa menjadi perhatian ramai dek kerana rajin dan bukan sahaja kerana kacak-tampannya, lalu masa untuk berimpun berlepak sambil bercerita berselang balah-tak-berdarah di ambin tidak berdinding sudah semakin jarang umpama dinding papan yang mula renggang...~




9 comments:

  1. saya pun suka buat sambilan camni, buat askrim malaysia jer, jual kat budak-budak KAFA kat tadika saya tu, seronok sebab hari-hari masuk duit, sikit je, tapi seronok, musim hujan camni kena stop dulu..

    ReplyDelete
  2. Perkara yang paling membahagiakan dalam hidup bila dpt kumpul2 satu family with mak!

    Wahhh cantik Kak Azie tapi emmang mata aina pun kata beg mak tu lagi cantik. Tak perlu beg harga beribu-ribu untuk puaskan hati dan mata betul tak?

    Kawan Aina kawenkan anak bagi Peanut Candy ni masuk dalam botol.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. itu pun ko nampak ta? kagum!

      Delete
    2. baca dari header, tu yang boleh nampak tu.

      Delete
  4. Peanut candy..saya pun suka. Beli yg bungkus besar..cpt je abis. Kalau jual mmg sng laku lah..sdp.

    ReplyDelete
  5. kak azie, ini y selalu org sekarang letak dalam bekas bunga telur tu ya? cam cekelat udang masa kecik2 dulu tu.
    kalau ya, sy nakkkk... sedap!

    ReplyDelete
  6. eh eh... saya pun berkenan tengok beg your bonda... heheheh.... lembut dan sweet

    ReplyDelete
  7. peanut tu sedap my favourite...area sg besar harganya murah ke...?
    beg tu nampak macam lawa jer....agak-agak berapa harga yea,....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails