Monday, December 23, 2013

Jangan rebut-rebut cuti, boleh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-12-2013


Dah 23 Disember. Ramai yang mengambil peluang cuti awal sebelum Krismas dan menyambung sehingga 25 Dis. Patut pun jalan macam lengang sedikit pagi ini.

Saya berangan jugak nak cuti, tapi hold dulu. Bagi la peluang orang lain yang suka rebut-rebut tuh. Saya ada plan lain awal tahun depan. Lagipun cuti peristiwa pun dah memadai bagi saya yang tahun ini tiada perancangan jalan jauh. Lagipun, di tempat kija saya ni, staf diberi peluang bercuti pada waktu “Back To School” nanti. Hahahaha saya pun cuti la jugak, wpun biasanya urusan tu MyToklaki yang uruskan. Hahahah dapat la saya lepak 2 hari (plus Cuti Tahun Baru) nanti. Hmmmm dating, mahu?

Sebenarnya saya suka cuti time orang tak kalut nak cuti. Means, saya suka cuti time yang bukan musim cuti-cuti. Dan berjalan time tu ada beberapa kelebihan. Jika nak book hotel or penginapan seumpama, senang dapat tempat. Jika shopping, harga barang tak melambung berbanding musim cuti-cuti. Betul, kan?

Tayang-tayang:


Sarapan saya, yang saya yakin ramai tak percaya. Hahahaha... macam tak cukup jer kan? Tapi... percayaaaa laaahhhh!






 ~...HISYAM tidak pernah terasa sebegini malu sehinggalah saat dia terdengar Mak Utih memujinya begitu melambung tinggi seperti belon panas yang cukup panas, dan terasa pipinya juga ikut panas sama, kerana SERI BULAN cuba membantah dalam amarah dan resah lalu bagai berbalah pula si ibu dan si anak angkat tentang si teruna pujaan warga Kampung Separuh Desa itu...~




50 comments:

  1. Kak, saya nak sambung ayat last tu,

    "Tapi... percayaaaa laaahhhh! Memang tak cukup punnnnnn!!!!!!"

    ReplyDelete
  2. Kak, saya percaya akak. Tapi toksah la sampai post entry yang sama 3 kali. Har har har har.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. ..ada kesilapan teknik kot. Kakcik pun perasan entri 3 kali tu. :)

      Kakcik masih bercuti (mc) ni....rasa bengong lak diduk sensorang...

      Delete
    2. Terimakasih kerana perasan akan tiga entri tu. Memang tersilap teknik. Klik ‘post’ tapi rasa macam internet hang. Hahahaha dah padam dah the other two.

      Delete
  3. t.a.t.a jgnlah ketawa besar. Silap teknik tu:)

    Kakak suka cuti bila anak cuti. Jarang cuti kalau anak sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saje je nak sakat Kak Azie. Hahaha.

      Delete
    2. Sakat la lagi. Sakat la lagi. Hahahah tak akan mungkin dia boleh lawan gua punya gelak besar! hahahah!

      Delete
  4. sy pg2 tadi dah buat check cuti2 gantian yg tak boleh bawa ke thn depan..kasi perabih !., emm blh la dapat 2 hari....kalu tak ambik rugi/burn, jangan kasi chan kat depa..haha 30,31/12 ni cantek, apply terus.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur tempat kija saya boleh la carry forward cuti, tu yang ada staf berbaki cuti sampai 200± hari. Jenoh nak perabis.

      Delete
  5. Ada beberapa pihak yang terbabit soal cuti, kalau kat rumah tak amanah tak adil di Pejabat boleh adil ker.,
    Siapa yang meluluskan, kesan meluluskan, jika nak ikut kemahuan kakitangan, parahla,,penyelia perlu adil, bukannya asyik dia dapat cuti minggu ni dia, bulan depan dia...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Wahhh lama tu. Orang Wilayah pun dapat cuti berganda CNY nanti.

      Delete
  7. sedapnya apam....

    senant cuti bukan time peak season... nak jejalan pon tak sesak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itu yang penting. Jalan tak sesak, nak ronda-ronda pun selesa. Cuma rasa tak meriah la kot.

      Delete
  8. Anak saya masih bersekolah...dan jauhhhhh lagi perjalanan sekolah dia. Maka saya terpaksa bawa dia bercuti lama2 time cuti sekolah jer...waaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Anak-anak Kak Azie pun ada 2 orang lagi yang bersekolah. Cuti sekolah, biasanya pegi jalan area KL saja. Dan selalunya tempat mengikut kehendak depa jer.

      Delete
  9. kak, sampai post entry 3 kail?.. hehe saya setuju dgn akak, kalau cuti waktu orang lain tak cuti, banyak kelebihan. jadi bab cuti memang tak perlu rebut. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan teknik yang lewat disedari. Hahahaha!

      Delete
  10. Nanti cuti awal tahun depan azie nak kemana? Saya nak ikut boleh? ….. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sebab selalu sibuk nak tahu. Hahahaha!

      Delete
  11. Sila ajak saya sama berjalan...itupunkalaupaktuantakbisinglahbolehikut...ahahhaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh boleh sangat. Sanggup ker? Kak Azie jenis berjalan belasah-redah nih...

      Delete
  12. masalah cuti juga menyebabkan sy memilih pekerjaan...
    hehehehehheee... cukup tu kak, sy yakin cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada nasib baik, tempat kerja yang mudah untuk adjust cuti sebab ramai staf boleh take-over job. Ada yang susah nak cuti, sebab bidang kerja kita terhad pada kita saja.

      Delete
  13. kat office saya pun lengang kak.. ramai pulak cuti hari ni dan esok.. hehehe.. saya pun cuti jugak esok memandangkan en. suami susah dapat cuti waktu hujung minggu, maka saya kenalah mohon cuti kalau nak berjalan dengan en. suami bersama anak2..

    psstt: walaupun 3 keping kuih je tapi sekurang-kurangnya amik sarapan dari tak amik langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh seronoknya dapat bercuti sekeluarga. Kak Azie kadang-kadang tak serentak. Tapi cuti tetap cuti. Jalan tetap jalan. Selamat bercuti Aiza

      Delete
  14. Betul tu..kalau boleh pilih2 cuti, better cuti time org tak ramai bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu kita rancang dari awal, boleh jer.

      Delete
  15. walaupun saya cikeding tapi bekpes 3ketoi kuih memanglah tak cukup hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... jadi tentulah tak percaya, kan?

      Delete
  16. Saya pun suka cuti masa orng tak bercuti..tapi apakan daya, cuti sama ngan sekolah cuti..
    3 ketul tu tak cukup utk saya..hihihi..ehhhhhh cuukup, tapi kena plus ngan nasi kerabu sebungkus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu cikgu lagi la senang nak plan cuti. Time cuti sekulah jer, sila jalan-jalan. Dah tentu-tentu tak perlu nak tunggu bos approved.

      Delete
  17. tapi percayalah...memang diet ek....hahaha.....

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Hahaha Apom tu dua kali gigit jer dah habis.

      Delete
  19. harga bilik hotel pun murah masa tak cuti . tu yg best . terpaksa percaya bila tuan punya badan kata , percayalah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan badan paksa percaya. Jangan sampai undi tidak percaya pula.

      Delete
  20. kak, ajak dating tu ajak kitaorg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Ya. Sesapa saja yang sudi. Jom aaarr dating!

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. saya antara orang yang bercuti...hehe
    khamis nanti baru keja
    itupun cam kat medan perang masa nak apply cuti

    saya ke penang, 1st time dalam tempoh 3 dekad =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaa Penang memang best untuk dilawati wpun setengah tempat memang mahal macam nak sama level KL. Tapi pantai sangat cantik.

      Selamat bercuti Yana!

      Delete
  23. saya kena cuti ikut musim.. kalau tak ada yg kena tinggal kan nanti hehe.. tapi esok saya start cuti lagi sampai tahun depan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii tak habis habis dengan cuti. Kita jeles tauuu!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails