Senin
28-05-2012
Hahahahaha baca tajuk macam perasan sungguh!
Aku tak ingat bila aku singgah kedai makan "kopitiam" nih. Lama dah nih. 2,3 bulan lepas kot, masa on the way balik hantar Tart Nenas sorang customer di Jalan Ipoh.
Kerana sorang, dan dah tengahari aku teragak nak singgah. Capital Cafe tempat yang pernah menjadi port paberet aku dengan beberapa orang kawan sepejabat dulu. Lama dulu. 10 tahun lebih dulu.
Dulu jika kami ke Jalan TAR merewang ukur jalan kata orang... memang akan singgah situ dan makan. Biasanya menu yang dipilih mestilah Kuew Teow Cantonese dan Laici Ais. AMOI kedai tu pun kenal. (skang dah tak kenai dah, aku pun dah malas nak borak lagi dengan dia...)
Sorang pun layan gakkk...
Selain dari menu ini, boleh gak order Nasi Goreng Cina dan beberapa menu lain. Di suatu sudut ada Nasi Padang yang juga popular dan dah bertapak di situ sejak bertahun lamanya. Di bahagian tengah ada Mee Rebus, Rojak Mee Pasembor yang jugak sedap. Aku suka Mee Rebus tu.
*Pic snap sendiri, walaupun ada 2,3 orang agak heran kenapa aku nak snap kedai ni...
Ramai mungkin sudah biasa tengok kedai ni di celahan kedai yang moden lagi canggih berhadapan SOGO tuh. Tapi bagi yang belum biasa, kedai ini satu-satunya kopitiam lama yang tinggal di situ. Kedai minum lain sudah bertukar wajah menjadi gedung yang canggih dan moden.
Orang-orang lama (or klasik dan vintage macam aku), pasti ramai yang tahu. Or setidak-tidak pernah duduk minum di situ. Minum kopi masih lagi dalam cawan "batu seramik".
Nak cuba?
~...melepak walau hanya seminit dua di kedai Seman, sebenarnya bukan dapat melegakan lelah HISYAM malah membuatkan jantungnya berdebar lebih degup dari biasa kerana telinga kembangnya dapat mendengar segala puji melambung tidak tentu pangkal hujung tentang SERI BULAN yang sudah macam bulan gerhana...~
Sendiri pun menjadi juga AA makan sebab dapat kenang balik nostalgia lama ye...
ReplyDeleteKAK ZAKIE:
ReplyDeleteSaya dah biasa lone ranger. Makan sorang tak perlu kongsi. Hahahaha!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKuey teow dengan sayuran hijau itu nampak sangat menggoda selera. :)
ReplyDeletedari nama, signboard dan cerita memang tak dinafikan...klasik!
ReplyDeleteyang klasik tu yang lagi mahal nilai nya...
Selalu jalan2 situ tapi tak pernah singgah. Nanti bila2 kena trylah.
ReplyDeleteoooo tak perasan pun kedai tu ada di jalan TAR....
ReplyDeleteazie, teringat dulu2 masa keja kat KL... ni port untuk lunch jugak... sanggup nyeberang jambatan BNM - Sogo tu nak makan cantonese kuew teow tu.... glupppp!!!
ReplyDeletetak pernah pergi pulak. tapi suka naa makan kat kedai area wisma yakin tu.
ReplyDeletekat jalan TAR ke? macam pernah nampak tapi tak pernah masuk...
ReplyDeleteAzie...
ReplyDeletetak fasal2 akak nak ke jln TAR sat lagi....
sebab kedai makan ni....
macam2 Ada....
acu suka rojak pasembur dia :-)
ReplyDeletenak pegi lagi nanti sila ajak saya ye akak! :D
ReplyDelete