Tuesday, May 29, 2012

A Separation: The separation of Nader from Simin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-05-2012


Atas desakan si AMOI (yang bercuti seminggu kat rumah), akhirnya aku beli juga filem The Separation di Astro First tu.

Memang filem tu disebut sebagai filem best dan menang banyak award antarabangsa. Tak rugi pun beli.

Ia sebuah kisah drama rumahtangga (di Tehran). Macam kisah biasa tetapi memang menarik. Konflik hanya bermula bila niat yang baik untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara luar, membawa pelbagai kesan dan mengubah seluruh kehidupan keluarga itu dan juga sebuah keluarga lain.



Sedikit info:
A Separation (in Persian: جدایی نادر از سیمین‎ Jodái-e Náder az Simin, "The separation of Nader from Simin") is a 2011 Iranian drama film written and directed by Asghar Farhadi, starring Leila Hatami, Peyman Moaadi, Shahab Hosseini, Sareh Bayat, and Sarina Farhadi. It focuses on an Iranian middle-class couple who separate, and the conflicts that arise when the husband hires a lower-class caretaker for his elderly father, who suffers from Alzheimer's disease.

A Separation won the Academy Award for Best Foreign Language Film in 2012, becoming the first Iranian film to win the award. It received the Golden Bear for Best Film and the Silver Bears for Best Actress and Best Actor at the 61st Berlin International Film Festival, becoming the first Iranian film to win the Golden Bear. It also won the Golden Globe for Best Foreign Language Film. The film was nominated for the Best Original Screenplay Academy Award, a rare occurrence for a foreign language film.

Seorang pembantu rumah yang bekerja di rumah keluarga Simin dengan hanya upah RM300 sebulan, mengemukakan dakwaan apabila dia keguguran setelah berlaku pertengkaran di rumah majikannya akibat kelalaiannya menjaga ayah Nader (ayah mertua Simin). Nader dalam tekanan kerana Simin menuntut cerai untuk berhijrah ke luar negara, tanpa sengaja tertolak pembantu rumahnya. Akibatnya beliau didakwa di mahkamah dan konflik itu turut menyebabkan anak tunggal mereka (Termeh) tertekan dan terganggu emosi. Sedih...

Walaupun pengakhiran seperti tergantung dan tiada berkeputusan, tetapi bak kata AMOI; "apa pun keputusan Termeh, what's the difference?"

Yeahhh... Filem yang sesuai ditonton dan mudah difahami.

Kita akan melihat, kehidupan kadang-kadang sangat kejam dan tidak adil. Ada orang sanggup melakukan apa sahaja untuk kehidupan lebih baik tetapi dalam masa yang sama, tiba-tiba mereka tetap tidak sanggup mengenepikan agama dan pegangan hidup.

7 comments:

  1. Banyak filem luar yg ending dia mengajak kita membuat hypothesis sendiri. Tapi seperti kata AMOI tak ada beza apa pun keputusannya... pandai AMOI boleh jadi pengkritik filem..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    saya suka filem Iran...mudah tapi kena berfikir panjang

    ReplyDelete
  3. errrr...sy kena fikir panjang kalau nk mnonton filem2 berat mcm ni... :)

    ReplyDelete
  4. Menonton bukan hanya untuk bersuka tetapi juga untuk mengutip pengajaran sepanjang filem. Biasanya garapan cerita adalah dari realiti kehidupan.

    ReplyDelete
  5. filem2 luar memang kebanyakannya banyak pengajaran n bawak penonton berfikir, jaaauuuuhhhhh lebih baik kalau nak compare dgn filem tempatan apek yang sorang tu

    ReplyDelete
  6. lebih baik cerita yg banyak memberi pengajaran drpd cerita yg merapu kan kak...hehehhe

    ReplyDelete
  7. Saya pun tengok tp tengok free tayah bayar hehe... cite ni kena banyak pikir dan kena amati supaya ending nanti baru tau. Tp tulah lastnye cam nak soh kite pikir sendiri... rase cam nak tauuu sangat ape keputusan anak dia kan? Hehe...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails