Friday, May 4, 2012

KLIBF 2012: JIBAM, koleksi yang harus ada...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-05-2012


Maaf kerana masih menulis tentang Pesta Buku Antarabangsa 2012.

Esok akan menyambung tugas lagi juga pada hari terakhir Ahad 6 Mei. (untuk pengetahuan, booth CESB berada dalam Hall 3 Dewan Tun Hussein Onn, tingkat 1. Dalam dewan, sebelah kanan, berhampiran booth Fargoes dan Al-Hidayah)

Suasana kemeriahan banyak AA rakamkan dan dimuatkan dalam album Pesta Buku di FB. Mungkin terselit juga gambar anda or kengkawan anda. Thanks pada beberapa komen yang menyebut ada kawannya terselit di booth Karya Seni bersama novelis MELUR JELITA tempohari. Anda dibenarkan tag or copy mana yang berkenan. Tiada masalah.

Sori Berlori kerana masih tidak sempat nak membalas komen atau melakukan sebarang BW. AA sebenarnya hendak menulis tentang beberapa tajuk novel yang popular sepanjang tahun lepas yang turut menjadi hot dan best seller sepanjang pesta buku ini. Tapi tak cukup masa. Nanti saja.

Kali ini, AA suka nak bercerita tentang satu tajuk yang turut hot tetapi jarang orang nak sebut. Biasanya tajuk buku ini hanya popular di kalangan kaum lelaki, tetapi ramai juga wanita yang beli. Mereka sebut, "koleksi yang harus ada". Bagi peminat buku-buku keluaran Creative Enterprise S/B (CESB), pasti tahu ada banyak tajuk hebat yang menjadi sebutan sejak zaman-berzaman. JIBAM antaranya. Karya tulisan UJANG the Kartunis.



Buku hanya setebal 186 pages, tetapi ceritanya sangat berkesan di hati. Kisah tentang seorang kanak-kanak lelaki yang lembam, lurus bendul tetapi mempunyai misteri kehidupan. Ayahnya dibunuh oleh kawan sendiri dengan ditolak ke dalam gaung di dalam hutan. JIBAM mendapat suatu anugerah di mana boleh mengubati penyakit yang diserahkan oleh ayahnya melalui mimpi.

Pengakhiran, seluruh penduduk kampung akhirnya "mendengar kata" JIBAM. Kenapa?

Walaupun kisah ini seperti lucu, tetapi suasana dan cara penceritaan sangat dekat di hati kita.

Ramai yang pernah membaca, menyebut, JIBAM sebuah kisah kehidupan yang sukar dilupakan.

*JIBAM berada di rak CESB sepanjang Pesta Buku, dengan 10% diskaun, kini cuma RM10.20 sahaja.


~...SERI BULAN pernah bermimpi HISYAM membawanya ke suatu daerah baru demi untuk sebuah kehidupan baru di mana mereka tidak ingin sesiapa pun mengenali mereka dan kisah yang pernah mereka simpan akan dijalin menjadi sebuah kisah baru pula...~

15 comments:

  1. JIBAM.. pernah baca buku nih.. kesian kat jibam.. itu yg blh mama ingat..:(

    ReplyDelete
  2. Kakcik harap dapat pergi semula esok atau lusa. :)

    ReplyDelete
  3. nak pergi
    nak pergi


    tapi sBear tak suka tempat2 sesak


    susah tullll

    ReplyDelete
  4. Dulu semasa ABK form 3 ABK dpt anugerah pelajar terbaik pengetahuan Agama Islam SRP 1988 dpt hadiah sebuah buku...kisah dia mcm ni lah tapi dah tak ingat tajuk bukunya...mmg best kisah budak lembam,bapanya mati dia dibela oleh abng angkat atau abng kandung( dah lupa) sedih citernya akhirnya dia mati kena langgar kete kalau tak silap...ABK cuba cari buku tu tapi tak pernah jumpa..mungkin buku ni kot...nak pegi jugaklah

    ReplyDelete
  5. wah mesti best citer ni, kena carilah kalocamtu

    ReplyDelete
  6. Smti- Beli Novel Jibam ni terus dari Ujang, siap dengan tandatangan beliau sekali, semasa di majlis pelancaran novel tersebut. Pesanan yang disampaikan oleh amat jelas, kisah orang Melayu tamakkan harta, menggadaikan harta kepada bangsa lain, menipu sempadan tanah, sindiket penukaran geran tanah, dan kisah kanak kanak istimewa ..Jibam. Watak Tok Ngah Sudin dan Usin Singai memang ramai dikalangan kita.

    Kisah ringkas tapi sedih dan penuh makna. Mengimbau kenangan ketika zaman anak anak di kampung.

    Masih lagi menyimpan buku cetakan pertama dengan font asal 'Jibam'

    ReplyDelete
  7. KAk Azie, sy dah byk kali khatam buku tu. Seingat sy, sy beli ms zaman sekolah lagi. Kak, nak tny. CESB ade g tak stok BOHSIA? Sy nak sgt buku tu. Dulu pnh ada. Pastu dah kasi pinjam sane sini. Terus ilek.

    =(

    ReplyDelete
  8. Esok insyaallah nak jugak pegi ke PWTC. Last week separuh jalan patah balik, hujan lebat sangat.

    ReplyDelete
  9. saya ada beli buku ni dulu2 masa mula2 keluar. mana pergi ek....tapi saya menangis macam orang gila sebab sedih sangat. cerita buku zaman2 sekolah sangat touching. la ni layan buku fixi je. skrg yang ke 11 dah tamat. buku ke-12 pulak...

    ReplyDelete
  10. Jibam.. Memang best.. Pernah baca sekali.. Tapi cukup terkesan sampai harini...

    ReplyDelete
  11. jibam....pernah baca buku tu...

    ReplyDelete
  12. X pergi lagi pesta buku esok mesti ramai

    ReplyDelete
  13. 6 mei saya rehat, tak sempat nak jumpa azieazah....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails