Thalatha
29-05-2012
Bagi orang-orang seusia aku (especially wanita), tidak banyak lagi yang hendak dikejarkan. Setelah ada kerjaya tetap dan mungkin agak stabil, keluarga yang sederhana, biasanya kita tidak begitu nak bebankan fikiran dengan perkara remeh, kan?
Pilihan bagi kita pun, bukan menjadi perkara penting sangat. Nak bermewah bertukar baju kasut beg tiap bulan pun sudah tidak begitu menjadi agenda lagi. Nak berjalan ke sana ke mari di town or window shopping pun bukan lagi minat (kecuali kalu dah hobi degil dan duit pun banyak....).
Kita lebih memilih untuk bertenang. Bersederhana. Aman damai. Hidup sejahtera dan sentosa, kata orang. Kepala otak dah malas nak fikir yang mengarut-ngarut sebab kita pun dah tahu nak bezakan mana yang remeh mana yang mengarut, kan?
Bila tiba usia begini, rata-rata kita lebih senang berada di rumah selepas waktu kerja, walaupun kat rumah tu kadang-kadang... bising ya amat jugak. Tambah kalu dah cuti skulah macam sekarang. Untuk berada di luar, lebih baik berada di rumah la jugak.
Meninggalkan begitu banyak aktiviti sampingan (social life) semasa mudo-mudo dulu sebenarnya bukan suatu keputusan silap. Ianya datang semulajadi. Dengan sendirinya, kita akan bosan dengan sesuatu atau pelbagai perkara yang pernah kita suka suatu ketika dulu.
Lalu banyak benda kita ketinggalan. Ketinggalan yang bukan merugikan pun. Contoh, aku sudah tak tahu apa fesyen kain yang popular sekarang. Or tudung jenama apa yang hot sekarang. Or kedai mana ada jual assesori murah sekarang. Atau kita mungkin sudah tak tahu, kedai yang dulu sering kita kunjungi semata-mata nak beli CD lagu artis pujaan kita, sebenarnya dah takda sebab dah kena serbu kerana jual VCD cetak rompak! Atau mungkin ada orang sudah lupa, kelab karaoke tempat dia melalak masa mudo dulu, sekarang dah jadi kedai dobi.
Sedikit sebanyak, ada perkara yang sudah jauh kita tinggalkan di belakang. Samada kerana keinsafan atau kesedaran kerana usia, ianya mungkin kerana kematangan dan usia membuatkan kita lebih bijak memilih.
Lalu aktiviti bersama kengkawan semakin menyusut malah ada yang sudah dilupakan terus. Tiada siapa menyalahkan dan perlu dipersalahkan. Kegiatan persahabatan lebih menjurus kekeluargaan.
Perubahan itu perlu. Tak perlu nak fikir sangat apa orang nak nilaikan. Selagi di landasan yang betul, kita terus melangkah walau mungkin sudah tidak ramai yang sudi melangkah seiringan dengan kita lagi.
Ops! ada orang sudah tak sabar nak pencen rupanya...!
Yang masih tidak berubah, mungkin selera suka mencuba menu di merata tempat - Dried Pan Mee.
~...bila menyebut tentang usia, HISYAM terperangkap sendiri bila Pak Utih dengan nada mencabar, meminta dia menamatkan usia bujangnya yang hampir terlajak itu dengan menyebut nama seseorang untuk dijalinkaitkan, tetapi seorang HISYAM masih gentar untuk mendedahkan SERI BULAN bukan sekadar bulan gerhana...~
ayu pun tak tau tudung apa yang paling terbaru.. janji boleh sarung dan tutup rambut dh kira okey... heheh
ReplyDeletePS: ewahhhhhhhhhhhh tukar kasut lagi....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTukar kasut tak jemu eh? Siap orkid lagi tu hu huhu
Sejak dulu sampai sekarang pun saya tak sempat nak buat segala mak nenek lepak, ronda dan shoping tu hu huhu betapa tak berwarna warninya hidup, hanya ada perjuangan yang sampai sekarang belum juga habis hu hu hu entah bila nak selesai berjuang dan hidup dengan aman damai.
Tapi...masih blm bersedia utk pencen hu hu hu mati kutulah tak tau nak buat apa nanti hu huhu
Hemm i pun perasan sejak dua menjak ni i lbh suka ber jubah dan bertudung shawls besar yg nlh tutup separuh badan...ha ha dah tak kisah nk tayang rantai panjang ke apa..janji tutup semua..umur pun dah bnyk kan...dah makin malu dahhh :)
ReplyDeletebagi abg yg masih tak berubah malahan makin menjadi-jadi ialah kesukaan memancing ..
ReplyDeletetenang pula membaca baitbait kak azie nie.. maklumla.. dah lama jugak tak singgah sini..belog kita dah berupdate! hahaha..setakat ni dah 3 hari berturut2 tak miss..
ReplyDeleteyaa.. mungkin minat kak azie terhadap belog akan semakin menjadi jadi atau berubah hala pula selepas ni? saya rasa, belog ni akan terus menyanyi dan menari searus dengan perjalanan hidup kak azie.. kan? =)
Salam AA,
ReplyDeleteSetuju 200% setengah! begitu juga diri ini ... detik ketika diTanah-Air tanah tumpahdarahku tempoh'hari ada yang ter...kejut bahawasanya Ratna masih setia berkain sarong batik namun ber-blazer kain tweed pastel gitu, walau pun cara berpakaian masih jauh tinggal kebelakangan namun itu lah gaya diri yang sebenarnya... tidak cilok dari sesiapa pun!
Wahai AA, mengapa sepasang sepatu kasut itu menjadi symbole utama sebagai blog header?
Salam manis semanis madu.
bila baca entry ni terasa usia dah makin meningkat (walaupun masih terasa diri remaja purba.. kihkihkih).. rasa banyak dah ketinggalan..
ReplyDeletesaya ni kalau banyak duit mmang kalau boleh nak pencen awal je, urus suami dan anak2..tulah ada benda pun yang saya dah tak kisah lagi, huhu..apa tu KPOP? huhu
ReplyDeleteKakcik pun kalau boleh dah nak pencen sangat... tapiiiii... banyak tapinya! :(
ReplyDeleteAA
ReplyDeletekita setuju, kita setuju...
I nih, kalau tak kerana anak mengajak kesana kesini kesitu, mmg banyak ketinggalan juga.. :-)
cantik kasut tu
ReplyDeleteKalau nak ikut 'pesyen' memang tak terkejar wahai kak azie. saya pun macam tu..takde nya nak ikut2 sangat trend..lebih suka bersederhana macam kak azie kata...mana trend yg sedap..selesa, yg itu lah kita pakai.
ReplyDeleteamboi..pan mee..tak menahan...sedap nampaknya. pernah makan version pan mee tapi ada sup...yang ni nampak lebih menarik.
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteSalam kenal..lynn baru je singgah sini..hmm..patutla bila tengok suasana kat ofis ni..yang muda2..suke kuar shopping time Jumaat especially nye la..tapi yg ada yg kakak2 tu lebih senang menghabiskan keje atau stay kat ofis je..
Lynn..dua2 pun suke..tapi bagus sebenarnya kalau tak kuar selalu kak kak..boleh simpan duit..
insyaAllah kalau panjang umur sy ada lg 30tahun utk pencen..ahai~
ReplyDeleteemm..lazatnya hidangan mee itu.., ckp fasal pencen pcl mmg lambat lg lah....dah tiba masanya kemana2 mesti dgn keluarga ,itu petanda kita semakin matang dlm memenuhi kehendak kehidupan bekeluarga.
ReplyDeletekalau dapat pencen duduk rumah goyang kaki bestnya kak azie tapi tanggungjawab banyak lagi ni. anak2 baru nak mula membesaq...
ReplyDeletekakazie,
ReplyDeletesaya tengok sumer sibuk dok pakai kain ada polka dot skang.. tanya ofis mate, apsal? laaa akak ni, fesyen la skang ... oh ya ka?
salam Kak Azie...
ReplyDeleteNida pun tak sabar nak pencen.. bila dah lama duk menganggur ni macam malas ler pulak nak masuk kerja..hehehe
SMTI - Maaf lama tak berkunjung, busy 'check-in'-'check-out', tiap minggu kena fly sekarang ni.
ReplyDeletetime pencen hidup terasa simple dan kurang berbelanja...nk habiskan rm600 sebulan pn payah.
ReplyDelete