Friday, May 25, 2012

Biarkan Indah Berlalu: Ramlah Rashid...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-05-2012



Nak review satu lagi novel.

Sebenarnya, bercerita pasal novel tidak dapat mengelak dari menyebut beberapa perkara tentang Pesta Buku Antarabangsa yang baru berakhir. Tak baru juga, dah agak lama. Basi punya cerita, tapi “ada aku k?”

Sebelum itu, sebelum apa-apa andaian dibuat, suka AA nak sebut. Setiap kritikan atau ulasan or jika nak panggil sebagai komplen dari AA, TIDAK langsung mewakili mana-mana publisher or mana-mana novelis pun. Kerana AA bukan kerja dengan mana-mana syarikat penerbitan novel pun. Jadi novelis pun belum. Tapi seorang pembaca novel, yang baca semua jenis novel dari mana-mana publisher. Tiada unsur bias atau proxy di sini. Jadi please, jangan ‘upah’ stalker nak komen kasar kat sini semata-mata anda tak puas hati atas kritikan terhadap novel tulisan anda. AA kritik. AA hanya kritik. Jika tak boleh terima, fikir dulu sebelum nak emosi menjawab. Sebab statement anda akan memalukan diri anda (novelis, kan?), sedangkan AA orang yang kuar duit beli buku anda. “Lu fikir la sendiri....”

Novel kali ini, bertajuk Biarkan Indah Berlalu.

Kisah agak berbeza dari yang biasa kita baca. Pertama kali diperkenalkan dengan novel ini oleh penulis itu sendiri. Sebelum ini, novelis memang pernah menulis dengan CESB dan memang aku dah pernah tengok pun - cuma belum baca jer. Sewaktu masuk ke bilik pameran Karangkraf (mencari buku kiriman blogger EJA), melihat-lihat... lalu ditegur mesra oleh seorang wanita. Dia minta aku pegang novel itu, dan dia nak snap gambar. Sebagai tanda buku ada di pameran, mungkin.



Kemudian tentulah aku bertanya itu dan ini. Mengakulah dia, penulis novel tersebut. Lebih mengujakan, aku pula mengaku sebagai promoter part time utk booth CESB ketika itu. Terus pula dia menyebut novelnya yang lama dulu. Kebetulan yang baik.



Terimakasih, novelis Ramlah Rashid.


Aku beli juga kerana aku memang takda plan nak beli novel apa ketika itu untuk diri sendiri (hari pertama, niat hanya nak survey dulu). Mungkin ini pilihan yang baik.



Kisah mengenai seorang gadis bernama INDAH yang tinggal bersama ibubapa saudaranya di bandar yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Azril yang dipanggil “abang” dan juga dianggap sebagai abang. Abang yang menghancurkan seluruh kehidupannya. Merogolnya tanpa rela ketika Pak Ngah dan Mak Ngah keluar pegi kenduri.

Hanya sekali. Dan Indah dihantar tinggal di asrama kolej kerana ibubapa Azril tidak sanggup menanggung malu atau berpatah arang dengan ibubapa Indah pula. Walaupun marah dengan anak lelaki sendiri, tetapi maruah dan hubungan lebih penting, Indah terus menjadi mangsa keadaan. Sementelah, ayah Indah bekas Jeneral bersara yang sangat garang dan ego lagi baran tentu tidak dapat menerima kejadian yang berlaku.

Kehidupan Indah tidak berubah lebih baik. Dia mengandung. Dibuang kolej setelah pihak kolej sah dia mengandung. Ibubapanya memukul dan marah bukan kepalang. Indah tidak langsung membuka mulut siapa perogolnya kerana terlalu kecewa Azril pergi ke luar negara menyambung pelajaran dan Mak Ngah dan Pak Ngah pun tidak membuka mulut.

Indah lari dari rumah. Merempat sehingga akhirnya beranak sendirian di kebun pisang di sebuah kampung. Dalam kebingungan, kekeliruan dan putus asa, dia cuba meninggalkan bayinya di sebuah surau usang di kampung itu. Ditemui oleh seorang tua yang dipanggilnya Tok Wan. Anaknya diambil dan dipelihara orang pasangan orang tua itu yang kebetulan tiada beranak.

Selepas pantang Indah meninggalkan anaknya dan memulakan hidup sendiri di bandar. Bekerja dan menjadi seorang yang terus pendiam tetapi kental. Sehinggalah lebih 2 tahun usia anaknya, dia pulang menjengah dan mula menerima kehadiran anaknya sebagai sebahagian hidupnya. Seorang lelaki, bos di tempat kerjanya, hadir untuk menjadi teman, menjadi pasangan dan akhirnya cuba menjadi ‘abah’ untuk anak Indah, bernama Puteri Imani.

Konflik timbul bila Azril pulang dari luar negara, menuntut untuk menjadi ayah juga kepada Puteri. Kedua ibubapa mereka juga mula menerima Puteri sebagai cucu yang diingini dan perebutan berlaku sehingga Indah kembali menjadi mangsa keadaan.

Ada banyak scene menangis dalam novel ini. Sesungguhnya, macam tengok drama di tv, tetapi perasaan seorang Indah itu sangat jelas untuk kita rasa.

Anak hasil rogol atau tidak sah taraf tidak pernah bersalah apa-apa. Malah mungkin ramai tidak tahu, bapa kandungnya tetap tidak mempunyai hak sama sekali ke atas anak itu. Hak hanya milik ibu.

Novel yang wajar dibaca.

Pengakhiran novel ini sungguh mengharukan. Setiap yang ikhlas akan berbalas dengan keikhlasan yang indah juga.




~...sudah lebih sepurnama HISYAM tidak berani bertegur sapa dengan SERI BULAN semenjak tersalah tegur tentang kenapa tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut tiba-tiba terputus sebelah...~

8 comments:

  1. Jalinan yg cantik. Kakak belum pernah baca novelis Ramlah Rashid. Tapi baca sinopsis AA berikan di sini boleh tahan juga...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Lain dari novel lain...bagus untuk jadi panduan ganerasi kini sbb isu semasa

    ReplyDelete
  3. sinopsis kak azie je pun dah sedih..

    ReplyDelete
  4. bab novel ni orang rumah je yg banyak koleksi nay hehe

    ReplyDelete
  5. haihhh.. menyampah sungguh dengan si azril dan jugak mak bapak indah!
    eh, baru baca sinopsis dah emo ni, camno?

    ReplyDelete
  6. Aina tak berapa suka cerita sedih2 tapi semua cerita kehidupan memang macam tu..sedih, suka dan duka.

    ReplyDelete
  7. terima kasih azizah... awalnya saya tak ingat siapa yg begitu mendalami BIB ini, bila baca intro awal, ingatlah saya wanita ini. berseorangan di pesta buku & spoting sungguh. terima kasih komen ke atas BIB. bukan kerana BIB di komen baik, tetapi kerana jujurnya anda dalam mengulas. Usah takut mengulas or komen karya krn mengarang hak pengarang, menerbitkan hak penerbit. ulasan adalah hak pembaca. semua pembaca berhak memberi ulasan baik or buruknya sesebuah karya. kerja mengarang selesai sebaik karya siap diedit utk dipublish. selepas itu terserah pembaca. ah, panjang pulak saya mengomel, apa2 pun kunjung ke fb saya Ramlah Rashid Novelis. kita blh sembang2 pasal karaya. terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails