Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan Day 26: Design Kad Raya – tiba-tiba menjadi paling banyak diklik...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-08-2012



Melihat ke bawah blog, entri-entri yang ada design kad raya aku tiba-tiba menjadi entri yang paling banyak diklik...

Depa Google mencari design kad raya kah?

Yang benarnya, aku pun Google juga utk design kad raya aku, hanya teks sahaja yang tempek sendiri.


Tapi tahun ini, kad raya E-kad aku tak cilok dari Google, tapi hak milik terpelihara. Design yang kami buat untuk salah satu company client, tahun lepas.

*gambar aku di situ sebelum ini, terpaksa didelete sebab huduh
(muka macam pendatang Indon, kata kawan aku)

Terkenang: kad raya yang dikirim begitu banyak masa zaman skulah dan zaman anak dara dulu, bertimbun sampai kami adik-beradik boleh buat hiasan di dinding, juga digantung-gayut pada ranting-ranting hiasan dalam rumah. Sekarang dah susah nak cari orang rajin buat gitu... (merudum la bisnes kad raya agaknya kalu dah semuanya wish online...)





~...HISYAM pernah berhajat hendak membawa SERI BULAN nikah lari ke mana-mana tempat yang orang tidak langsung kenal wajah tetapi tentulah itu idea paling mengarut pernah keluar dari mulutnya sedangkan selama ini ramai melihat dia sebagai seorang yang bijak lagi laksana macam orang tinggal di singgahsana...~


14 comments:

  1. SERONOK GAK PERNAH MERASA MACAM MANA HARI-HARI POSMEN DATANG UTK BAGI KAD RAYA. ZAMAN SEKARANG NI SEKEPING PUN SUSAH NAK DAPAT!

    ReplyDelete
  2. Teringat...tertunggu2 kad raya dari boiprend masa zaman muda2. Alangkah manis dan nostalgianya...

    Budak2 sekarang mana ada!

    ReplyDelete
  3. Salam kak...selamat hari raya utk akak sekeluarga semoga dapat banyak duit raya..hehe..!!

    ReplyDelete
  4. hahahaha..sapa yg kata muka macam indon tu? akak gi cabai kan mulut dia..:p

    selamat hari raya kak azie..

    ReplyDelete
  5. Kat opis2 je masih praktis hantar kad raya ni..tu pun dah tak semeriah dulu. dulu2...gantung kad raya pun berlawan...nak tengok di kalangan kawan2 siapa yang paling popular..kumpul kad raya terbanyak...hehe

    ReplyDelete
  6. GADISBUNGA:
    Betul,
    dulu masa zaman popular dan ramai peminat (ahaks!) berselang hari
    posmen ngantar kad raya. Sampai posmen dah kenal muka. hahahaha


    JUNAINA:
    Budak-budak sekarang agaknya langsung tak reti nak kirim kad raya. Rega
    setem utk kad raya pun mungkin depa tak tau. Rugi...

    ReplyDelete
  7. CT NOARIZAH:
    Selamat Hari Raya juga buat U sekeluarga, maaf zahir batin. Semoga Syawal kali ini lebih membahagiakan dan menggembirakan.



    DADDY ZIYYAD:
    Hahahahaha... tak sungguh orang tak kata, so kena la terima dgn redha.

    ReplyDelete
  8. SITI MURNI:
    Ya, tempat keja lama Kak Azie dulu pun masih rajin gantung or lekat kad
    raya client ni. Tempat yg skang ni, main letak atas meja jer. Tak rasa
    mood raya langsung.

    ReplyDelete
  9. Salam Lebaran buat AzieAzah sekeluarga.
    Maaf zahir batin...:)

    ReplyDelete
  10. p/s/v :TiranaAduka & keluarga nak uchapkan selamat hari raya, mohon maaf zahir dan batin andai ada salah silap selama kita kenal di alam maya ni tau..!!

    ReplyDelete
  11. DERU OMBAK & TIRANA ADUKA:
    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin juga. Semoga Syawal kali ini lebih menggembirakan....

    Amin....

    ReplyDelete
  12. agaknya itu yang orang panggil SEO kut.... huhuhu

    ReplyDelete
  13. azieazah dan famili
    Selamat menyambut hari raya.
    Semoga sihat dan gembira.
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  14. dah lama tak berkirim kad raya kepada kawan2.. tahun ni tak sempat.. sibuk dengan kerja hakiki kat office dan jugak melayan kerenah anak2 kat rumah..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails