Friday, July 19, 2013

Ramadan 10: belajar memasak melalui telefon, MyToklaki berjaya juga akhirnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
19-07-2013


Seperti saya pernah sebut di awal dulu, tahun ini akan menjadi puasa berbeza bagi kami. Jadual kerja saya yang agak sendat dan rutin saya yang “pegi malam balik malam” tak memungkinkan saya menjadi tukang masak tetap untuk berbuka tahun ini.

Lalu penglibatan MyToklaki bersama 2 orang anak dara kecik saya di rumah menjadi lebih untuk tahun ini. Sejak hari pertama lagi, saya hanya boleh sampai rumah paling awal sekitar 6:30pm dan minggu ini pula sampai sewaktu azan sedang berkumandang.

Apa saja yang dimasak dek MyToklaki, adalah menu yang simple  dan agak beza sikit dengan hasil karya saya. Setiap petang, saya terpaksa call ke rumah untuk ingatkan depa supaya kuarkan ikan/lauk dari peti beku. Kalu tak, jenoh la nak tunggu ikan yang keras tu jadi lembut.

Tapi, sebenarnya sejak MyToklaki mengambil alih ‘dapur magic’ saya, hasilnya tidaklah mengecewakan sangat. Dia memang boleh masak, dalam kategori makan untuk anak-beranak.

Contoh: hari pertama ritu dia masak Kurma Ayam. Seterusnya, Sambal Ikan Kembung, Daging Masak Lemak Cili Api, Udang Goreng Kunyit... wpun menu adalah simple tetapi suasana berbuka tetap meriah dan disyukuri.

Yang best, petang semalam dia masak Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah. Sebenarnya saya yang plan nak buat, tapi dia dah potong jalan. Ok, bior ler. Orang tengah rajin, jangan dilarang.

Tapi dia tak tau pun nak buat Ayam Goreng Berempah. Terpaksalah saya bagi panduan-ajar melalui hp dari ofis.

Hasilnya:



Tak sangka, menjadi jugak Nasik Lemak & Ayam Goreng Berempah dia. Walaupun belum boleh mendapat Kepujian Kelas Pertama, tapi saya rasa ayam tu layak dapat kredit lah juga. Saya pula sengaja skip OT semalam, untuk sampai ke rumah sedikit awal. Sambal Tumis tu hasil karya saya. Mujur sempat. Kalu idak, ada yang makan nasik lemak berkuah tokyu jer!

Hari Sabtu dan Ahad kenalah saya ‘cover’ balik dengan menu yang sedap dan sedikit special. Hmmm... saya cadang nak masak Rendang Kerang. Ok dak?





 ~...Mak Utih sudah mula menyebut tentang pucuk kelapa hendak dipetik turun, Pak Utih pula sudah berkias tempayan pukul telur untuk bahulu sudah lama tidak didengar bunyi pukulan berentak lalu SERI BULAN sudah faham HISYAM akan menjadi kembali sibuk ke hulu dan ke baruh berpeluh dahi dan buku lali sehingga SERI BULAN yang dikerah menjadi pengiring akhirnya menyerah kalah...~




52 comments:

  1. Assalamualaikum..

    wahhhhhhhhhh.. bagusnya..
    kak, mudahan yang baik2 buat kak.. mmg rindu dgn kak... suasana dan persekitaran tempat kerja baru kak yang berbeza dr tahun lepas buatkan kak kurang di alam maya.

    moga sucess

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AYU,
      Sebenarnya di laman sosial lain memang Kak Azie dah semakin takda masa. Hanya blog saja yang kena setia. Susah nak lepas diri dari blog. Dah minat menulis, sehari kena jugak menulis.

      Delete
  2. Huhuhu...... Nak tepuk tangan sambil berdiri lah sebab kegigihannya itu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kunun standing ovation la yer. hehehe

      Delete
  3. fuhh.. dah la saya x sahur pagi neh..
    tgk ayam goreng berempah tuh sgt menggodaaaaaaaa...

    rendang kerang?
    menareksss tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ngaper tak sahur?
      Aya Goreng Berempah tu senang jer nak buat. Si Riben Merah pun pandai buat. Asal jangan diikat ayam tu dengan dengan riben merah. Ahaks!

      Delete
  4. Syukur suami Azie boleh masak. Kalau Abang Mus, dia masak di kedai je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu Kakcik, masak kedai. Sedap juga. Tapi tak leh la selalu. Kalau selalu ranap poket.

      Delete
    2. Kak Cik, Toklaki saya pulak tak berapa gemor makan hat kedai. Terpaksa saya bukak kedai makan dalam rumah. hehehe

      Delete
    3. TATA, kalu kami yang rakyat ramai ni, bukan setakat ranap, runtuh terus poket kami. hehehehe

      Delete
  5. sedapnya kerang.. tp usus shin nipis.. manja lak tu.. mkn lebih skit mula ar meragam.. wahh untung ada suami membantu di dapur.. sejak dua menjak ni.. terbayang bayang nk ada isteri.. dok sama sama kat dapo.. erk.. dah sampai seru ke ni.. tp x de plak tepikir dok kat tempat len selaen dapo ngan jenjalan #eh #miliksiapakahdirini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin, kalau dipandang dari segi positif nya, kes usus awak ni la, dapat save kan budget dalam bab makan ni.

      Delete
    2. Wahh bila tiba jer bulan posa, terus tingin nak berbini yer kamu? Hahaha elok la tu. Masa bulan posa kalu ada bini, memang best. Boleh request nak makan macam-macam. Kena la cari isteri yang pandai masak. hehehe

      Delete
    3. Ye lah... save dengan secara tak langsung. Jimat banyak tuuu...

      Delete
  6. kak Azie belum masak,baru tanya je kan,saya dah telan air liur...hahah..aih..sabar je la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak pasal pasal ada orang terlior sakan. Jom kita sama-sama buat Rendang Kerang, nak?

      Delete
  7. mytoklaki??mati2 saya ingat nama jepun..hehehe...takpe..belajar slow2..lama2 boleh jadi chef la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. nama Jepun? Tak terfikir pula orang boleh tersangka begitu. Toklaki tu panggilan utk suami (guna bahasa Kelantan)

      Delete
  8. Ada jugaklah yg nak ambil alih tanggungjawab, Aina anak bujang jelah, selalu call suruh masak nasi, keluar iakn bagai dari peti ais sampai rumah mak bersilat. Biasanya goreng le bilis, ayam ke ikan ke panaskan samball yg dah masak stok seminggu. Kesian anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa ler kalu gitu pun. Sekurang-kurangnya masih sempat jugak nak bersilat. Kak Azie ni, katakan nak bersilat, nak bukak langkah pun tak sempat.

      Delete
  9. Pagi2 tengok nasi lemak... tetibe perut rasa lapaq. Padahal sahur tadi makan nasi arab. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Nasik Arab pun sedap tu. Tentulah bersekali dengan Ayam Mandinya ya? Ohhh sedap nyaaa!

      Delete
  10. adooiii la sedap sungguh laa...

    ReplyDelete
  11. nampak pun dah sedap, pandai jugak ye cik abang masak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la juga. Bila bini tak sempat balik awal, bila lagi nak kerah tenaga orang lelaki. Ye dak? hahaha

      Delete
  12. Sdp jugak lyn nasi lemak ms berbuka ni kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Lemak sekarang ni, dah boleh dimakan tak kira pagi petang siang malam, kan?

      Delete
  13. wahhhh.. toklaki yang membahagiakan.. beruntung Kak Azie...

    ReplyDelete
  14. Cakap pasal belajar memasak melalui telefon ni, ingat kisah yang saya dengar masa buat ePJJ dulu.

    Isterinya ada kelas Ahad. Secara kebetulan parents suami nak datang, so suami la yang kena masak. Macam mana cara nak masak, si isteri kena guide melalui phone. Masa tu dalam toilet, tgh ambil wuduk, tu yang terdengar tu.

    p.s: Saya kena cari Adam yang pandai masak. Saya tak mahir la bab gi dapur ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni, semakin ramai kaum lelaki yang muda-muda lagi dah pandai memasak. Tapi kalu dapat yang tak berapa pandai pun takpa. Kemahiran tu boleh diasah, diajar sampai pandai. Setakat untuk makan anak-beranak pun jaadi laaa...

      Semoga nanti ada jodoh yang dihajati tu di luar sana. Aaminnnnn

      Delete
  15. Hebat Toklaki...ayam goreng berempah sedap tu..En Suami saya boleh juga masak...tapi yg tak tahan dia atur mangkuk2 mcm tengok rancangan memasak kat tv tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha susun mangkuk rencah rempah ratus macam dlm tv yer? hahaha best gak tengok. Yang tak tahan nanti, bab nak mengemas la ya?

      Delete
  16. boleh la gilir2 masak lepas ni ;)
    sy suka rendang kerang my adik ipar punya kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ipar punya kakak? Biras la tu kan?
      Kak Azie pun tak berapa pandai, tapi sebab rendang tu mudah jer nak buat. Tu yang tingin pulak nak buat.

      Delete
  17. sambal tu tetap nampak sedap di mate saye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari mata turun ke hati masuk ke perut. Hahaha!

      Delete
  18. Ok ok ok sangat2!sedapnya rendang kerang.anak beranak kopek kerang mmg best.bonding time hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Bab kopek kerang memang selalunya menjadi tugas ramai, secara bergotong-royong.

      Delete
  19. Replies
    1. Yup. Kami orang belah utagha ni panggey kicap = Tokyu.

      Delete
  20. ui...rendang kerang...sedap la tu! suka sangat-sangat. hantaq mai sini sikit.

    anyway..hasil tungkus-lumus suami kak azie di dapur tu nampaknya sukses tu. bakat boleh diasah. alhamdulillah..dia sporting dan tak kisah menolong isteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah berkira dengan isteri bab memasak ni, memang akan laparlah perut. Kesian kat anak la pulak. Jadi kenalah sama-sama turun dapur. Bergilir mengikut keadaan.

      Delete
  21. Hehe... Tgk pun dh nmpk sedap... Hehe

    ReplyDelete
  22. lama tak makan sambal tu kak.. haih lg berapa jam dh nk berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sambal lama tak lama bergantung kepada tahap ketekunan anda menikmati sambal tersebut.

      Ngeeee...

      Delete
  23. Alhamdulillah dapat Toklaki mcm tu..ringan tulang membantu!! nasi lemak tu nampak menarik sambal tu nampak sedap lah kredit juga untuk Toklaki ayam dia pun tak kurang hebat..rendang kerang best!! tak sabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  24. wah...beruntungnya AToklaki pandai memasak...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails