Wednesday, July 24, 2013

Ramadan 15: “kenapa siput babi jalan perlahan?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
24-07-2013


Suatu petang yang boring... dan mengantuk. Tapi tak boleh nak buat lawak secara lisan. Kang bergegor satu ofis dek sora gelak berdekah saya (tempat keja saya, time keja memang sunyi).

Lalu saya tulis atas kertas, “Jawab teka-teki ni: Kenapa siput babi jalan perlahan?”

Saya passing dari satu meja ke satu meja. Sorang pun tak boleh jawab.

Sejam kemudian, saya passing jawapannya pulak. Masa tu, bergegor sungguh sebab depa pakat ramai-ramai gelak berdekah!

Tahu apa jawapannya?

Tayang-tayang:


Kek Coklat Sepanjang Tahun untuk makan saja-saja. Tempahan minggu lepas.

Terselit sebekas, Kek Marble Ros, yakni kek belang-belang. Untuk memenuhi keinginan sorang kawan di tempat kerja yang mahukan kek belang-belang macam zaman dulu. Bakar kek api atas bawah. Zaman di mana dia (dan saya masa sunti dulu) tak reti nak buat kek moden. Hanya pandai buat kek belang cenggini jer.

Oh ya... sapa tau apa jawapan teka-teki di atas?




 ~...ketika minggu pertama tiba di Kampung Separuh Desa, bukan setakat bunyi katak di malam hari pun memberikan rasa seram lagi ngeri kepada SERI BULAN, melihat angsa mengangkat leher tinggi pun sudah memberikan rasa seriau sakan lalu bila ayam piru Mak Utih mengembangkan bulu di leher, HISYAM segera berlari mengekang SERI BULAN yang berlari macam tak cukup tanah sampai terlupa kain batik sudah diangkat separas lutut...~




47 comments:

  1. siput babi tu jalan perlahan sebab dia asyik berfikir masa dia berjalan tu....dia fikir, "aku ni siput ker babi?" fikir...fikir...keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. siput babi jalan perlahan sebab dia malu mak dia siput yang jalan perlahan dan bapak dia babi yang jalan tunduk.

      sama juga macam kenapa babi jalan tunduk?

      sebab dia malu mak dan bapak dia babi.

      Delete
  2. hehehehehe jawablah cepat AA, auntie tak pernah dengar teka teki ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jumpa teka teki ni dalam satu novel yang saya baca. Pasti akan ada macam2 jenis jawapan, dan pasti akan ada yang jawab tepat. Nanti saya bagitau ya Auntie.

      Delete
    2. Yealah, jawapan buat n3 baru tau, jangan jawab kat sini, jenuh auntie kena kelebet2 n3 ini nanti..hik3x

      TQ AA

      Delete
  3. mcm queenie jawab
    semasa ia berjalan ia berfikir adakah aku siput atau seekor babi..dan adakah aku saudara babi..dan apa kaitan antara aku ngan babi dan macam2 lagi persoalan bermain di fikirannya semasa ia berjalan..itu sebab ia jln slow..wakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun, kalu berfikir banyak memang akan jalan slow ker Kak?

      Delete
    2. Mungkin jugak kak. Kalau akak fikir banyak, jalan mungkin akan slow. Atau jalan tetap laju tapi nanti langgar semua yang di depan.

      Delete
  4. sbb sambil jln dia dok bizi mikir.. dia confuse.. dia ada petalian darah ngan Babi ke.. sedara dekat ke..bau bau bacang ke.. nk ckp hidung.. mcm x sama.. size badan pon jauh beza.. totally fizikal mmg x sama la.. kecelaruan identiti..

    haaa shin ada teka teki.. satu ari mak lipan suh anak lipan gi kedai beli telo.. mak dia bg masa 5 minit je sbb waktu buka dah dkt.. so anak lipan mmg baek time bulan puasa.. dia xmo derhaka kat mak dia.. so dia pon pegi.. tp 10 minit berlalu.. anak lipan x balik balik.. nape agaknya.. mak lipan dah standby senduk nk ketok dia pasal lmbt sgt.. haaa cer teka kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak lipan beli telor? Hmmmm..... tak pernah dengar pulak teka teki ni.

      Delete
    2. hik hik meh shin jawab...

      maka 15 minit berlalu.. anak lipan tercungap cungap dia masok dapo jumpa mak lipan

      anak lipan : nah mak telo

      mak lipan : naper ko lambat haaa.. mak ckp kan 5 minit je.. aishh lembab mcm siput babi.. ko nampak sendok ni.. ketok ko jadi berok baru tau

      anak lipan : apa ar mak ni.. x agak agak.. takkan kita nk gi kedai bekaki ayam.. nk pakai kasut je tadi 10 minit.. pastu lik umah tadik dok bukak kasot dah 10 minit.. kaki kita kan byk.. mana cukup 5 minit

      mak lipan : ouh mak lupaaa #nangeslelaju

      Delete
    3. shin, awat mak lipan tak telepon aje orang kedai tu minta hantar rumah? sekarang ni kan dah maju. boleh shopping groceries online lagi.

      Delete
    4. t.a.t.a : tepon mak lipan dah abish top up

      Delete
    5. Hakhakhak! Yang bagi teka teki tu pun nak kene ketuk. Yang jawab komen tu pun sama jugak nak kene ketuk!

      hahahahah lawak tengahari la korang nih!

      Delete
    6. aik naper lak shin nk kena ketokkkkk #nanges

      Delete
  5. apa jawapannya AA.. i memang jenis tak pandai teka dan tak suka teka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah hujiung hujung, I bagitau ler. Kena tunggu next entri.

      Delete
  6. Pening nak mikir ni kak azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak. Nak memikir juadah apa petang ni pun tak pening cam ni kan kak?

      Hahaha.

      Delete
    2. Dahhh tak yah ler pikior...

      Delete
  7. Azie, apa jawapannya? Nak tahu lah juga jawapannya, hehe...

    ReplyDelete
  8. kak... sekali lagi saya dtg sini akak tak bg jawapan akak siap la...

    :p



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak. kau kena buat azam baru tau. azam perah otak nak menjawab teka-teki kak azie.

      jawab la kak. jawab.

      Delete
  9. la.. ingat ade jawapan.. bile jawapan nak keluar ni?

    ReplyDelete
  10. ala nak tau jawapan sebab memang taktau nak jawab pe hahahaha

    ReplyDelete
  11. Sama macam jawapan Queenie Kak Azie. Saya pun baru tahu bila baca Firman mengenakan Iris di laman villa mereka di Sg. Lui. Peliknya, setiap kali baca itu, saya tetap gelak berdekah2 sorang2. Kadang2 sampai guling2 atas katil. Ada magik ker ekk...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakhahahak! jangan ler pecah lubang! Memang teka teki tu dari novel tu pun!

      Delete
  12. salam... kalau dia jalan memang perlahan ler kut..cuba lari baru laju sket.
    :-)

    jawapan2 di google menjurus kepada jawapan Queenie.

    ReplyDelete
  13. ala...x tau....tggu jawpan akak lah....

    ReplyDelete
  14. Zureen sedang menunggu-nunggu jawapan drpd kak azie ni :)

    ReplyDelete
  15. cepat la kasik jawapan, betul ke jawapan dr queenie tu?

    ReplyDelete
  16. Sebab dia tak ada kakilah Azie... ngesot je yang dia boleh, mana nak sama ngesot dengan berjalan, kalau jalan pakai kaki tentulah laju kan heheheh yeayyyee... Amielah pemenangnya tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. keh3...dah lama tak dengar perkataan ngesot....ngesot ker ngengsot Amie? kih3...

      Delete
  17. sebab dia fikir.. 'aku ni siput ke babi..?' hehehe..

    ReplyDelete
  18. Sebab dia memikir keturunan dia tu... spesies siput ke babi? Babi ke Siput...hahahahaha

    ReplyDelete
  19. tak sanggup nak bawa atas badan yang berat tu...
    lepas tu tengoklah kakinya..mana ada ha..ha..

    ReplyDelete
  20. er....krik..krik..krik...(bunyi cengkerik)

    heheh

    ReplyDelete
  21. tak tahulah betul ke idak jawapan ini..azie try yerk..
    siput babi jalan perlahan kerana memikirkan samada dia siput or babi... hehe :)

    ReplyDelete
  22. Fuhhh kek!

    Laa, hampa betoi bila takdak jawapan..

    Dok tunggu jawapan...dok tunggu jawapan..dok tunggu jawapan..

    ReplyDelete
  23. hahaha.. tajuk dia menarik perhatian lahh..

    ReplyDelete
  24. bestnya baik dengan kawan2 ofis, boleh main teka teki lagi..eh, keluar topik pulak dah. apa jawapannya siput tu? hehe..

    ReplyDelete
  25. sebab kaki dia sensitif . tu yg jln perlahan jer . hentam jer nih . heheheee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails