Tuesday, July 16, 2013

Ramadan 07: please... posa baru seminggu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-07-2013


Lazim, perayaan apa pun. Tanpa hiasan, tanpa lagu tema, tanpa bling-bling; macam tak raya. Sambutan harus meriah seiring meriahnya hiasan dan muzik latar. Dak gitu?

Lalu menghormati bulan puasa, sambil beribadah adalah perkara utama sering ditekankan oleh banyak pihak. Saya tak layak pun nak nasihat sesiapa. Tapi majoriti kita tahu, faham. Kalu pun tak posa (read: uzur), jangan tunjuk kat orang. Respect orang lain.

Ramai kita juga sedia tahu, pasaraya antara tempat paling awal (macam gelojoh pun ada), berebut-rebut nak pasang lagu raya. Agaknya, sebaik saja Pemegang Mohor Besar umumkan tarikh posa, depa dah mula selongkar CD lagu-lagu raya nak pasang esok siang. Huhhh...!

Saya dah pernah tulis entri tentang lagu raya yang dimainkan oleh kompleks-kompleks seawal 1 Ramadan. Kok ya pun... tunggulah selepas 2 minggu. Kalu ikut undang-undang di stesen radio (channel swasta saya tak tau), 10 hari sebelum Syawal baru dibenar mainkan lagu raya. Ok saya belum lagi singgah mana-mana kompleks, so belum dengar la lagu raya tu.

Tapi, di tempat kerja saya... adeh! Dah ada yang mainkan lagu raya di Mac depa. Aduhai... dengan sengaja tu. Saya tahu dia sengaja. Ada yang sebut, tiap tahun pun macam tu. Bila start posa jer, tiap hari dia akan mainkan lagu raya sambil buat keja. (play di iTunes sendiri, sebab radio tak dibenarkan di tempat kija saya). Wpun perlahan, tapi sampai jugak ler ke telinga kuali bontot hitam saya nih!

Kok ya pun.... posa baru seminggu!

Saya pun layan iTunes juga, tapi belum start klik library lagu raya lagi.


Ini salah satu library saya: Top 25 Most Played. Nampak lagu apa yang paling kerap diputar? Lagu Asmara, by Novia Kolopaking. Ramai yang tak kenal penyanyi tu, saya tau. Saya dah pernah tulis entri tentang penyanyi Indonesia ni di entri bawah tajuk “Asmara... Novia Kolopaking”.

Sehingga hari ini, saya masih suka lagu itu. Iramanya lembut mendayu. Lagu lain banyaknya ialah lagu retro such as, Knife... MLTR, berselang seli lagu-lagu Alleycats... or Aku Hanya Serangga atau Fantasia Bulan Madu dan Hal Dil Jo Pyar Karega! Lagu rancak yang saya suka ialah “Funky Town”.

Sambil buat kija, sambil layan lagu (earphone di telinga ya tuan-tuan). Cara ini saja yang dibenarkan. Memasang lagu kuat secara terbuka adalah dilarang.

Bila telinga kena sumbat tu yang kadang-kadang nama dipanggil pun tak dengar tuh...! Dah la badak, pekak pulak! alahai....







 ~...menulis sebaris dua anekdot indah jiwang-jiwang sering pula membuai perasaan SERI BULAN kerana di hujung surat di bawah tempurung di tepi ampaian, HISYAM tidak pernah lupa untuk menulis lirik yang bukan lagu juga bukan syair tanpa irama tetapi sudah cukup membuatkan SERI BULAN tersengih sensorang menanti mata mengantuk...~




26 comments:

  1. kekadang terdetik di hati, apsal tak menyempat nak dengar lagu raya

    ReplyDelete
  2. Semalam gi Ampang Park lagu raya dah bersakan2 kat sana, Pavi hari kedua pose dah rancak lagu raya. Jakel tak der lagi lagu raya setakat Sabtu lepas, Mydin pun sama.

    Samalah kita tapi Aina sumbat sebelah je supaya bila org panggil dengar bukan apa takut pulak sat lagi bos mai dok ketuk2 partition. Dah le sesaja je lentokkan badan kat kerusi tak bagi nampak kepala...ahahaa...

    ReplyDelete
  3. Nape org duk cbuk psl lagu rayer. mcm menghalau bulan ramadan plk kan.... pd hal biar lah bulan ramadan tu lambat berlalu pergi. boleh mengaudit diri mane yg kerang. beramal ibadat lebih. pahala kan lebih pd mase tu

    ReplyDelete
  4. amboi kak...mcm2 versi lagu tu...best2 plak tu...layannnnn....:)

    ReplyDelete
  5. Tesco paradigm mall dah pasang lagu raya.... Hehehe......

    ReplyDelete
  6. sy ni menahan sakit telinga, ada makhluk kat opis ni pasang lagu macam lagu semayang kat kuil katanya rasa damai dengar musik tu
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia seorang aje yang damai. Yang lain? Tak damai kot?

      Delete
    2. yelah..kat sini pun rasa macam nk bernanah telinga bila kawan sebelah asik pasang lagu. Boleh tak dengar lagu kat pc tu pakai je earphone je..ingatlah bahawa belum tentu lagu yg kita suka tu orang pun orang suka jugak..huh

      Delete
  7. Setiap kali puasa, saya memang tak benarkan sesiapa pasang lagu raya dalam office. Kebiasaan yang pasang teknisen saya. So bila saya kata jangan, depa pun no hal. Dalam gelak-gelak kan arahan saya, depa ikut juga.

    Tak seronok sebenarnya dengar lagu raya awal-awal puasa ni. Tak de rasa apa pun. Rasa jengkel lagi ada la. Bulan puasa kan ke namanya bulan menahan kesabaran? So sabar-sabar la.

    ReplyDelete
  8. kak.. br jew dpt arahan dr bos (direct) dia tegur.. tak kasi kami dgr lagu guna earphone katanya kami takleh concentrate buat keja.. byk buat silap.. (ada sorang buat silap semua kena terpalit)

    ReplyDelete
  9. nak meriahkan suasana sekalipun janganlah sampai buat macam tu.. rasa macam kemeriahan bulan Ramadhan tu dicemari pulak.. :(

    ReplyDelete
  10. kat bazar komtar ni dah berkumandang lagu raya..dh takde apa yang special

    ReplyDelete
  11. Lagu raya tu, psikologi la kak. Shopping complex mmg bukak lagu raya sbb nak saiko pembeli membeli dgn lebih byk. Meriahlah katakan. Terima jelah eh? Hehehehe....

    ReplyDelete
  12. dah banyak shopping kompleks pasang lagu raya la kak Azie..tambah2 kedai2 baju yang keik2 tu..hehe

    ReplyDelete
  13. oh.setakat ni sy xdgr lg lagu raya kat mana2. cuma banner salam aidilfitri dah berlambat kt ioi mall puchong ni

    ReplyDelete
  14. lom dengar lagi lagu raya dipasang kat mana2 hehehehehe saya pun ada koleksi lagu raya, tapi lom ada hati nak pasang

    ReplyDelete
  15. Salam ramadhan k.azie..

    pada saya lagu raya x feel klu dgr awal2..

    ReplyDelete
  16. amboiii, semangat betul orang tu nak raya. Agaknya dia terkenang kampung halaman tu...

    ReplyDelete
  17. tak suke orang yang pasang lagu raye awal2.. kite nak feel puase dulu..

    ReplyDelete
  18. Dah banyak komplek pasang lagu raya,puasa baru seminggu.

    ReplyDelete
  19. dengar lagu raya bukan sbb x sabo beraya kengkadang kak.. tp mood lagu tu leh wat rasa rilex jer.. rasa mengimbau kenangan besh besh bila dengar lagu raya yak hepi hepi.. ingat jaman kekecik ker.. jaman berendut ker.. lelagi lagu raya dedulu.. haa x bingit telinga.. mood nak wat keje pon santai jer #ayat back up sbb mmg suka dengar lagu raya

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    Saya ada 75 lagu raya...blm tentu lagih pasang. Biasanya hanya pasang dlm perjalanan balik kg masa ngantok drive. Tapi...lebih byk pasang lagu dikir barat hu hu hu

    ReplyDelete
  21. Aah, kelakar juga bila dengar pasaraya pasang lagu raya.
    Sy pun baru2 ni ada pasang lagu raya di dalam kereta, bukan apa, saja nak bagi semangat, kalau tak 'lemau' jer...

    ReplyDelete
  22. Tak pernah tau lagu dan penyanyi tu....nak carik tau jugaklah, sbb kata lembut mendayu.

    Kalau psg lagu raya awal sgt, nnti mood ramadhan sedikit lari. Pd sayalah..

    ReplyDelete
  23. hari tu ...mase bukak puasa kat somewhere mana ntah...diorang pasang lagi rayu..entah apa2 la.. xbest langsung..cuba la bukak org ngaji ka..berzanji kaa..aihh

    ReplyDelete
  24. nk dengar pun, guna la earphone...
    x semua suka dengar lagu raya...

    sy pasang earphone sampai teman sebelah nk tanya apa2 pun guna communicator/chat... heheheee.. senang, x yah cakap.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails