Tuesday, July 30, 2013

Ramadan 21: Kari Ayam rempah timbang kati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-07-2013


Hari tu, ada yang tanya. Kak Azie balik keja naik apa sampai rumah begitu lewat di bulan posa?

Ya, hampir setiap hari bekerja saya sampai rumah selepas jam 7:00pm. Memang beberapa minit sebelum waktu berbuka baru saya sampai. Tapi belum pernah lagi terlepas waktu berbuka dengan rakyat di rumah.

Ya, kami tamat waktu kerja jam 6:00 petang di bulan posa. Kadang-kadang saya naik keta kawan saya sehingga Ampang. Kadang-kadang saya naik keta kawan yang lain hingga stesen Kelana Jaya. Jangkamasa hampir sama saja.

Kesempatan memasak hanyalah setiap Sabtu dan Ahad sahaja. Tu yang pulun sakan tuh. Kalu boleh semua benda saya nak masak. Tapi tak pandai-pandai jugak. Balik-balik lauk itu juga....

Mujur saya dah takda baby kecik yang perlukan perhatian yang begitu banyak. Baby-baby tua yang ada kat rumah semua dah boleh berdikari dan sangat memahami. Bila tiba part camni la, saya sangat bersyukur.

Beberapa urusan bisnes sempena Raya, termasuk urusan jual-beli tudung, jual beli Kek Coklat & Marble, dan yang paling menyerlah tentulah Tart Nenas Sepanjang Tahun, yang sentiasa mendapat sambutan. Wpun tahun ni tempahan yang saya dapat tak banyak (kerana saya sangat sibuk utk uruskan delivery, jadi sengaja saya hadkan tempahan) tapi regular customer sentiasa mendapat keutamaan.


Bila dicongak-congak 3 jenis bisnes tu sepanjang Ramadan sehingga menjelang Raya, hmmm... no bad. Keuntungan lebih sikit dari bonus Raya yang depa dapat. So tak ler saya ralat sangat....

Tayang-tayang (tak habis-habis):


Alia request nak Kari Ayam. So Kari Ayam saya yang pekat ini, guna rempah kari ‘timbang kati’ yang dibawa dari Pasar Khadijah, Kota Bharu oleh blogger Anyss. Yummeh...!

Saya buat lagi sekali gorengan ni, tapi kali ni Udang Goreng Tepung.


Of course la hasilnya sangat membanggakan. Cewahhh.. sapa lagi nak puji diri sendiri, ye dak?

Oh ya... header Raya sudah digantung. Tapi.. tak ler se cun dan seunik yang dipinta dek T.A.T.A. Itu jer yang mampu dan sempat saya buat.





 ~...di saat warga Kampung Separuh Desa mula sibuk untuk menyambut lebaran, HISYAM tiba-tiba menyebut hendak menginap semalam dua di baruh bersama beberapa orang belia tanpa mempelawa SERI BULAN bersama kerana bimbang semua kerja tidak menjadi andainya para belia lebih menjeling ke arah wanita berseluar khaki berkemeja kotak lengan tiga suku, lebih dari membuat kerja yang dirancang berbulan...~




35 comments:

  1. kari ayam kalo cicah roti jala sedapnyaaa.. udang goreng butter plak pasni ek akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng Butter yaaa... Hmmm good idea tuh. Boleh gak ler dicuba. Meh la makan.

      Delete
  2. hehehe....balik raya nie pun ingat nak beli rempah ratus timbang kati tuh. kat atas pasar siti khadijah ada gak kedai yang akak family saya selalu beli kalau ada nak masak apa2 yg spesel sket... ada gak buat review pasal tuh dekat Gerai Rempah Ratus SK Kabeer Di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anyss tu pun beli di Pasar Siti Khadijah gak ler. Tingkat atas juga la tuh. Dulu masa pegi sana pun kami beli di situ. Boleh pilih mana rempah suka. Semua lengkap. Timbang kati, dan lebih murah.

      Delete
  3. Rempah timbang kati kalau kat tempat kelahiran Aina biasanya kedai mamak ja yg jual maksudnya bukan kedai makan mamak tp kedai runcit mamak.


    Maskkan sama diulang2 yelah rakyat dah suka benda tu saja jadinya kita pun dk ulang2 jalah benda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang selagi tak jenu, dok ulang ler masak benda yang sama. Olah jer jika perlu. Hehehehe..

      Kalu ada Rebung Madu, kompom la masak Gulai Daging Tetel dgn rempah timbang kati nih!

      Delete
  4. Bagi saya kan, rempoah kari yang timbang kati ni, ada keistimewaan sendiri. Sebab rasanya, lebih sedap banding rempah paket babas ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab penjual tu dah siap campur dah rempah ratus yang sesuai dan seimbang untuk masakan tertentu. Bawak balik dah tak yah risau nak tambah rempah ratus lain lagi.

      Delete
  5. Untung la anak akak da besor...sy ada bby kecik nie...pergerakan tehad plak dah nak buat persiapan raya...buat semua keje da la dah mcam lipas kudung jek...

    Lawa la header tu...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. See, lawa kan? Tagline Seri Bulan dengan Hisyam tetap tak tinggal. Menambahkan lagi keunikan nya kak.

      Delete
    2. Masa anak-anak Kak Azie kecik kecik dulu pun susah juga nak ejas masa. Balik keja rasa macam tak cukup tangan nak bersilat memasak dll. Tapi bila dah besar.... senang sikit la. Syifa kena tunggu la bebudak besar. Nanti senang juga... Sabar lebih skit.

      Delete
    3. TATA... tagline tu tak leh ler tinggal, nanti depa berdua tu marah cheq!

      Delete
  6. Kari ayam. Nak sangat belajar masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari ayam paling senang nak buat. Tapi try and error tu biasa la. Google dan try yer Anis...

      Delete
  7. Kak, itu pun unik la tu. Tuu.. ada awek tudung biru kat sudut tu.. haa cun kan? Unik kan?

    Hehehe..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...setelah 2 minggu saya tak boleh masuk blog Kak Azie sebab ada Malware problem, saya paksa tehcnician buatkan IE biasa instead Google Chrome. Baruuuu dapat masuk. Legaaa....

    Kak.. kari akak selalu menggoda..aduhai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya... sori ya. Dah try semak dan buang, tapi tak jumpa pun blog tu. Thanks Aziela atas kesungguhan tu..

      Delete
  9. wahhh murah rezeki nie .. alhamdulillah mewah tart tuu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... dah beberapa tahun saya masih bertahan jual Tart tu sikit sikit. Regular customer memang dah ramai.

      Delete
  10. Ada udang goreng tepung...tak pernah buat..nak cuba buat jugak, tapi takut tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jer. Sangat senang. Guna tepung goreng yang instant campur dgn tepung jagung. Mudah sangat. Hasilnya sangat best!

      Delete
  11. Tart yg menggoda! Byk jugak tu keuntungan yg akak dpt.

    *blog akak ada malware, saya try masuk 2 kali tak boleh..blocked.
    Ni guna tablet, boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gi advance. klik pada proceed at your own risk.

      Delete
    2. Thanks TATA. Kak Azie memang tak pandai bab ni. Memang ada beberapa orang dah kabor tentang Malware yang datang dari satu blog. Tapi blog tu dah dikeluarkan dari senarai. Pelik bila masih ada virus tu sehingga hari ini.

      Delete
  12. udang goreng tepung tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak lagi. Memang sedap pun.

      Delete

  13. Nampak semuanya sedap dan tart nenas tu memang favourite saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tart Nenas tu memang sentiasa menjadi pujaan ramai orang. Saya jer yang dah muak bila dah terlalu banyak dalam rumah.

      Delete
  14. tart nenastu buat sendiriker... Nampak sedap bangat ... hari bukan raya boleh order...
    sayapun kalau memasaktu cam nak masak macam2 lastnyer buat yang biasajer sebab takut anak2 dan bapaknyer tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak Zila. Bukan buat sendiri. Ambil dari kawan, saya tolong jualkan saja. Yup, memang sepanjang tahun boleh dapat. Saya sendiri memang sentiasa uruskan jualan ni sepanjang tahun. Pendekata hampir tiap bulan ada saja yang order.

      Delete
  15. Replies
    1. Bukan nampak lagi. Memang sedap pun...

      Delete
  16. Hebat Azie, dalam sibuk2 pun mampu buat tart nenas.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak Nita. Saya tak buat. Malah saya tak reti pun buat Tart nih. Makan pandai laa... hehehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails