Monday, July 22, 2013

Ramadan 13: Rendang Kerang — masak sakan-sakan, makannya cuma sejemput...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
22-07-2013


Seperti yang dijanjikan ritu, saya memang nak cover balik usaha MyToklaki mengambil alih tugas memasak untuk berbuka sepanjang hari saya bekerja, 5 hari dalam seminggu. Sabtu & Ahad tentulah saya nak ‘rebut’ balik jawatan tu. Lalu usaha nak masak sedikit sedap dan spesel kenalah ditunaikan juga.

Gigihlah saya & CHAK mengopek kerang rebus sendiri. Nak juga buat Rendang Kerang. Ini kali pertama saya nak buat Rendang Kerang, tapi saya yakin senang jer nak buat. Tak jauh beza dengan rendang ayam.

Hasilnya tidaklah mengecewakan, wpun MyToklaki komplen agak pedas. Lidah nak nipis, katanya. Elehhh mengaku sajalah dah tua... Bebudak makan, steady jer!


Seorang kawan pula menyebut tentang daging dan kacang dhal, lalu buat saya tertarik pula nak masak Dalcha. Tak pernah buat pun sebelum ni, tapi saya sentiasa yakin menu ni mudah saja. Saya boleh agak cemana nak buat, termasuk teknik, dalam ertikata saya boleh agak waktu mana patut masuk sayur, waktu mana patut masuk santan.

Untuk memudahkan diri sendiri, saya soak kacang dhal beberapa jam dan rebus daging (daging tetel) juga beberapa jam.


Hasilnya tidaklah mengecewakan. Rasa pun not bad. Heh heh heh... sapa lagi nak puji. Dan, saya berani kata, wpun saya bukan pandai masak, tak pernah ada kelas pun tapi saya ada kelebihan yang mana saya yakin dengan apa yang saya lihat, saya baca or apa yang saya makan. Mungkin saya warisi sedikit kepandaian memasak MyBonda dan My(arwah)Ayah.

Walaupun lauk memang spesel semalam, tapi saya makan cuma beberapa suap saja. Dah tak tinggi selera. Mungkin sebab umur dah cecah ‘vintage’. Hmmm... masak sakan-sakan sampai berjam tapi makannya cuma sejemput dua. Alahai....







 ~...walau kelapa yang dikukur dek HISYAM bersama gaya ala-ala koboi sudah menjadi rupa kelapa hancur, Mak Utih tetap ingin memberikan pujian sambil disambut sengih sinis Pak Utih yang gemar menyakat, SERI BULAN masih tidak dapat memberikan sebarang pujian kali ini kerana dia sudah hilang sabar HISYAM sengaja menunjuk manja sedangkan SERI BULAN merasa dialah yang perlu ditatang diriba...~




60 comments:

  1. rasa nk nanges petang raya mak suh godak seronding kelapa utk wat rendang.. leh terkehel ketiak dok godak nk bagik kering.. memandangkan xmo jadik anak derhaka di petang raya.. ku turutkan jua.. #nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa... bila lagi nak tunjuk handal lagi bergaya? Setahun sekali jer pun. Kalu tak emak menyusahkan anak jantan kesayangannya, sapa lagi? Hahahaha!

      Delete
    2. azieazah : hik hik.. shin x reti makan rendang kak.. ketupat mkn ngan ayam masak kari dah cukup.. masa seronding kelapa tu cair ok lagik lincah menggodak.. bila dah nk kering.. time tu agak mecabar.. tenaga jantan tinggal 2% je.. tu pon utk betahan nk sampaikan waktu berbuka #hukkk

      Delete
    3. tu pasal emak suh godak waktu petang. dah penat-penat karang boleh terus buka.

      see, emak still ada belas kasihan tau.

      Delete
    4. Hahaha macam macam ragam nak beraya. Tapi nak makan sedap. So jangan la malas-malas.

      Delete
  2. Bile nak pandai msk mcm kak azie ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada pandai mana pun. Lepas ler nak makan anak-beranak.

      Cuma, practice makes perfect. Tak ler perfect sangat pun, tapi improve ler day by day.

      Delete
  3. Rendang kerang cicah nasi impit owh terasa bagai ada didalam mulut!

    Betul tu Kak Azie kebolehan tu kadang2 diwarisi manakan tidak sejak kecil itulah yang kita makan dan kita juga tengok macam mana depa masak tak mustahil sedikit sebanyak Kak Azie mewarisi bebolehan tu.

    Kemahiran menjahit mak Aina telah turun kepada adik tetapi kepandaian mak dalam masak memasak masih belum ada pewaris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Kak Azie paling tak boleh menjahit. Wpun pernah pegi kelas siap berbayar lak tu, tapi seni tu memang tak menjadi. Keras tangan terus. Minat pun tidak, tu yang langsung tak boleh diguna.

      Delete
  4. eh,,tak pernah dengar pulak rendang kerang..terinin nye nak rase! takpe kak,,mkn sejemput pon takpe..mkn byk2 bukan elok utk kesihatan..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik? Duduk mana ni tak pernah dengar rendang kerang?

      Sedap tau. Cuba la.

      Tapi saya masih belum berani nak makan, sejak itu hari kes rendang warna merah tu.

      Delete
    2. Untuk hasil terbaik, kena la gigih usaha buat sendiri. Memang macam remeh sikit, sebab nak beli bukan sikit. Berat pulak tu nak bawak balik dari pasar. Then kena rebus. Gigih mengopek pulak lagi. Tapi hasilnya, berbaloi youuu!

      Delete
  5. Sedapnya rendang kerang....tang nak mengopek kerang tu yg ada sikit malas....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli la kerang yang dah siap kopek. Tapi itu pun kalau tahan geli la.
      Maksud saya, ye la kita tak tahu orang yang macam mana yang kopek kerang tu kan?

      Delete
    2. Bukan tu saja. Kerang yg dah siap kopek tu nipis benor isinya. Sebab depa kopek mentah-mentah. Kadang tu tengok air darah kerang jer yang banyak, isi tak banyak mana. Sejemput jer.

      Untuk hasil lebih memuaskan kena usaha lebih sket la rebus dan kopek sendiri.

      Delete
  6. Tiba2 kakcik terbayang, alangkah enaknya makan pulut kuning dengan rendang kerang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh, sangat enak banget.

      Delete
    2. Alooo lo lo lo.... ciannya. Hmmm.. nak kena buat ker nih?

      Delete
  7. sedap tu ...

    salam kenal dan folo sini
    www.gilamodified.com

    ReplyDelete
  8. Cukup kagum ngan kak azie... bz pun sempat masak untuk family... memang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abihhh.. rakyat nyer ramai cheq oiii...!

      Delete
  9. Betul tu azie..
    Masak mcm nak rak... Makan tak srberapa...
    Kopek kerang mmg rasa malas sbb kuku rosak.. Tp kerang rebus sendiri.. Sedapppp
    Tak itulaaaa .. Kita dah berumur ni mkn pun dah kurang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, entry kali ni macam orang mengandung kan?

      Ye la mengidam nak itu nak ini, tapi makan nya cuma ciput aje.

      Ehem! Ehem!

      Delete
    2. Ni sapa sebenornya yang mengandung dan mengidam segala nih? Ahaaa TATA jangan nak provoke lagi eh?

      Takda makna nyer Akak ko ni nak mengandung!

      Delete
  10. kalau dulu makan banyak mana pun masih larat tapi sekarang cukup sekadar perlu dah ckup mengenyangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Saya pun sekarang buka puasa minum air dan makan kuih aje. Nasi saya balun esok masa sahur.

      Memasing umur dah vintage. Hahaha.

      Delete
    2. Kami dalam rumah hampir semua orang berbuka dgn nasi, jadi lauk pauk kena ada sentiasa. Cuma, jumlah yg saya makan semakin susut. Badan jer yg tak susut susut. Aihhh!

      Delete
  11. betul la kak azie. berjam2 hbskan masa kat dapur nnt bila buka puasa makan sikit jer.. lepas tu lauk tak habis, terus buang. sekarang saya masak sikit jer. agak2 cukup.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami rakyat ramai dalam rumah, since depa masih kuat makan, masak tu lebih pun masih ok. Wpun kadang2 ada gak yang tak habis tapi masih belum sampai tahap bazir lagi.

      Delete
  12. tukang masak dah dapat bau....selera pun tak ada dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dengan penat lagi... pastu kenyang air. Habis lah.

      Delete
  13. Rendang kerang...sedap tu kakazie...
    Saya ni pun masak sikit2 jer...tak mau membazir,asyik ciktong jer yg kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh cukup sayang kalu terpaksa ke tong sampah. Kena pandai ler mengagak masak cukup untuk berbuka dan bersahur. Esok kira lauk baru.

      Delete
  14. sedapnye rendang kerang tu.. terase nak buat la pulak..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Ramadhan gini, daku masak sepinggan je...ada kala terlebih jadi 2 pinggan bila letak sayur mayur banyak, lajak hingga ke sahur.

    Alhamdulillah, takat ni belum pernah masuk tong sampah, semuanya masuk perut dengan jayanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai bajet kan? Tapi kalu sendiri masak, boleh ejas la. Cuma kalu masuk bab beli, selalunya nafsu yang menguasai.

      Takpa, selagi ada selera nak makan, makan jer. Dah rezeki, jangan ditahan-tahan. Selagi tak mudarat...

      Delete
  16. dalca tu kalau nak masak semangkuk,tak menjadi..masuk tomato,kentang,kacang panjang,terung..last2 jadi seperiuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes benar sama sekali. Saya beli setengah kilo jer daging tetel. Tu pun saya cuma boh terung kentang dan karot jer. Sayur lain tak boh dah, tu pun dah jadi berganda. Alahai... rini iftar dengan Dalcha lagi la kami.

      Delete
  17. Rendang kerang...ohh sedapnye. Malam tadi pun housemate saya bawak dari umah, mak dia masak..sedap giloss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kebetulan la pulak, kan? makan hasil tangan mak orang memang sedap, macam juga hasil mak kita.

      Pasni kalu nak puas, kena la buat sendiri pulak.

      Delete
  18. rendang kerang....sedapnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Ann. Nanti raya kita buat eh?

      Delete
  19. terliur tengok dalca.. da lama tak makan daging tetel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging tetel memang sesuai untuk dibuat dalcha.

      Delete
  20. Kak..terliur nya saya tengok rendang kerang akak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jer nak buat rendang kerang tu kan?

      Delete
  21. mak aiiiii....terliur trutama rendang kerang tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakiah pun pandai buat kan? Nanti kita lawan sapa kopek kerang paling banyak. Hahaha

      Delete
  22. Tuan yg masak tak makan byk takpe, sebab anak2 boleh habiskan, mcm Teena nie.
    Tp Teena x makan kerang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada orang yang tak makan dan tak boleh makan kerang. Bergantung alasan masing-masing.
      Mujur anak2 masih suka makan apa saja, tak memilih.

      Delete
  23. Saya mmng tak pndai masak...mujur anak2 makan jer apa yg terhidang dpn mata..nmpak sedap sangat rendang kerang tu..pssttt nak pecahkan rahsia, spjng hayat saya, tak pernah saya buat rendang..hihihi..nak makan, mak yg buatkan..bila dah tua ni teringin pulak nak buat sndiri..







    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sempat kalu nak belajar. Bukan susah pun. Campak campak siap! hehehe. Boleh buat Rendang Ayam, Daging atau Kerang.

      Delete
  24. betullah . istilah saya ' oerut kecik ' .... dalca + daging = nampak sedap ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu saya, yang kuat makan tu saya sebut ‘perut tempayan’ hahaha.

      Delete
  25. setiap baca perihal suami yang memasak, teringin jugak saya nak belajar memasak. arwah abah saya dulu pun terer gak kat dapur malah masakannya lebih sedap berbanding mama. namun nak tengok dia masuk dapur ada ketika masa dia jer kat dapur. best nya kalau tau masak dan dapat meringankan beban isteri terutama bila dia dalam kepenatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalu ada perasaan camtu. Elok gak tahu memasak sedikit sebanyak. Tak perlu la pandai macam pakar pun. Sekadar untuk makan anak beranak pun dah kira baguih sangat dah.

      Delete
  26. sy sekali pun tak pernah masak dalca walaupun menetap di negeri yang wajib ada dalca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya, ye dak? Kak Azie orang Perak, tapi sampai skang pun tak berapa pandai pun masak Tempoyak.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails