Showing posts with label Tart Nenas Tersohor. Show all posts
Showing posts with label Tart Nenas Tersohor. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Ramadan 21: Kari Ayam rempah timbang kati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-07-2013


Hari tu, ada yang tanya. Kak Azie balik keja naik apa sampai rumah begitu lewat di bulan posa?

Ya, hampir setiap hari bekerja saya sampai rumah selepas jam 7:00pm. Memang beberapa minit sebelum waktu berbuka baru saya sampai. Tapi belum pernah lagi terlepas waktu berbuka dengan rakyat di rumah.

Ya, kami tamat waktu kerja jam 6:00 petang di bulan posa. Kadang-kadang saya naik keta kawan saya sehingga Ampang. Kadang-kadang saya naik keta kawan yang lain hingga stesen Kelana Jaya. Jangkamasa hampir sama saja.

Kesempatan memasak hanyalah setiap Sabtu dan Ahad sahaja. Tu yang pulun sakan tuh. Kalu boleh semua benda saya nak masak. Tapi tak pandai-pandai jugak. Balik-balik lauk itu juga....

Mujur saya dah takda baby kecik yang perlukan perhatian yang begitu banyak. Baby-baby tua yang ada kat rumah semua dah boleh berdikari dan sangat memahami. Bila tiba part camni la, saya sangat bersyukur.

Beberapa urusan bisnes sempena Raya, termasuk urusan jual-beli tudung, jual beli Kek Coklat & Marble, dan yang paling menyerlah tentulah Tart Nenas Sepanjang Tahun, yang sentiasa mendapat sambutan. Wpun tahun ni tempahan yang saya dapat tak banyak (kerana saya sangat sibuk utk uruskan delivery, jadi sengaja saya hadkan tempahan) tapi regular customer sentiasa mendapat keutamaan.


Bila dicongak-congak 3 jenis bisnes tu sepanjang Ramadan sehingga menjelang Raya, hmmm... no bad. Keuntungan lebih sikit dari bonus Raya yang depa dapat. So tak ler saya ralat sangat....

Tayang-tayang (tak habis-habis):


Alia request nak Kari Ayam. So Kari Ayam saya yang pekat ini, guna rempah kari ‘timbang kati’ yang dibawa dari Pasar Khadijah, Kota Bharu oleh blogger Anyss. Yummeh...!

Saya buat lagi sekali gorengan ni, tapi kali ni Udang Goreng Tepung.


Of course la hasilnya sangat membanggakan. Cewahhh.. sapa lagi nak puji diri sendiri, ye dak?

Oh ya... header Raya sudah digantung. Tapi.. tak ler se cun dan seunik yang dipinta dek T.A.T.A. Itu jer yang mampu dan sempat saya buat.





 ~...di saat warga Kampung Separuh Desa mula sibuk untuk menyambut lebaran, HISYAM tiba-tiba menyebut hendak menginap semalam dua di baruh bersama beberapa orang belia tanpa mempelawa SERI BULAN bersama kerana bimbang semua kerja tidak menjadi andainya para belia lebih menjeling ke arah wanita berseluar khaki berkemeja kotak lengan tiga suku, lebih dari membuat kerja yang dirancang berbulan...~




Saturday, July 13, 2013

Ramadan 04: Tart Nenas Sepanjang Tahun: for a real fan only!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-07-2013


Lagi cerita berniaga di bulan posa.

Ramai yang sudah maklum, saya memang berniaga Tart Nenas Sepanjang Tahun sejak 4 tahun dulu lagi. Sudah ramai pelanggan saya termasuk di Sabah Sarawak dan beberapa negeri yang jauh dari WP.

Paling ketara adalah rakan yang menjadi jiran ofis saya sejak di Jalan Imbi dulu. Depa ni kalu musim raya (tak kira ler Raya Posa, Chinese New Year or Deepavali) akan order. Selalunya tak pernah sikit, paling sikit pun 10 pek.

Kerana Tart Nenas ini memang sepanjang tahun, saya tak pernah ada masalah untuk mendapatkan bekalan. Walaupun sepanjang 4 tahun ni, harganya dah naik 2,3 kali dan keuntungan saya pun semakin kurang sebab saya tak berani nak naikkan harga setiap kali, especially pada regular customer. Delivery cost pun saya masih kekal RM5, dan kadang tu free jer.

Untuk tahun ini, kebetulan saya terlalu sibuk dengan kerja, bisnes Tart Nenas saya sengaja slow kan, sebab takda masa nak buat delivery ke sana ke mari macam dulu. Masa untuk diri sendiri pun kalut.


Saya ulang tayang saja setiap pic Tart yang memang saya rajin snap sejak dulu.


Dan kebetulan juga...
pembekal dah inform saya minggu lepas, bekalan tidak dapat disediakan secukupnya. Kerana tak menang tangan. Tempahan mencecah ribuan pek, means ratusan ribu pieces.

Saya kata, “Takpa, berapa pek yang saya boleh dapat jer lah. 20 pek pun takpa, sebab saya hanya jual untuk bebudak ofis jer.”

Tetapi,
esoknya regular customer di Jalan Imbi tetiba call dan nak pastikan yang depa akan dapat bekalan sekurang-kurang 20 pek untuk Raya kali ini. Alamak!

Dengan alasan, “For a real fans of Tart Nenas only” saya kena deliver juga bekalan pada minggu terakhir Ramadan.

 *Semua pic ulangtayang. Sendiri snap, tak cilok orang punya.


*Pic dari blog seorang customer, blogger Azian Elias.

Saya tidak pernah lupa berterimakasih kepada sekian ramai pelanggan saya selama ini, wpun saya tak meniaga besar-besaran pun. Selain side income, saya dapat ramai kawan baru melalui perniagaan sambilan ini.

Dan bagi yang berminat, sila order selepas Raya. Untuk Raya, saya memang tak boleh janji. Tak berani nak janji pun.





 ~...sabut sudah penuh digantung di bawah bangsal memberi tanda Mak Utih bakal mengacau Bahulu lagi tahun ini dan Pak Utih bersedia merangka jumlah lemang yang bakal ditimang sementara HISYAM bersedia jiwa dan raga untuk menjadi penolong yang rajin lagi bergaya sehingga terlupa SERI BULAN sudah lama tidak diajak bergebang tidak berkawan-sembang lalu melihat teman merajuk pun sudah terbiar hingga sejuk...~




Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Day 25: Cerita biasa: Tart Nenas bersulam Coca~Cola Free...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-08-012



Sejak Jumaat, bersambung Sabtu dan Ahad, urusan penghantaran Tart Nenas untuk pelanggan setia dan juga pembeli baru berlangsung dengan jayanya walaupun penat lah juga kerana bergerak ke utara-selatan-timur-tenggara. Yang mencabar, adalah cuaca yang panas dan dahaga.

Syukur, semua pelanggan mendapat Tart masing-masing sebelum Raya.

Dalam tangan hanya tinggal seorang pelanggan sahaja yang belum dihantar, kerana 15 pek ini sengaja tidak mahu diambil terlalu awal, kerana takut tergoda dan luak sebelum raya.

Kawan-kawan sekolah dan cikgu CHAK pun sudah dapat masing-masing. Kesian CHAK kena bawak tiap hari 2 pek. Berulang-ulang, sebab dia tak larat nak bawak banyak-banyak.

Rupa agak senget mudah retak sebab rangup... tapi rasa tak lari!


*Untuk beberapa pembaca yang masih email saya bertanyakan Tart ini, stok memang sudah habis. Sori Berlori. Nanti sehari dua selepas raya, kita akan sambung berurusan untuk tempahan baru ya...

Semalam, masa balik kerja kami nampak ada payung merah terpacak sepelaung dari rumah. Coca-Cola! Mula-mula kami sangka dijual murah, so kami berhenti bertanya. Niat memang nak beli sebotol dua. Rupanya, ianya diberi PERCUMA! Bermula 5.30 petang. So kami menunggu beberapa minit dan beratur.

Seorang dewasa (berusia 17 tahun ke atas) layak dapat seorang sebotol (1.5L). Untuk mengelak orang beratur dua kali (or berkali-kali), setiap penerima akan dicop di atas tangan.


Aku kata, “ni macam latihan mengundi jer?” hehehehe

Kerana kami bertiga orang dewasa dalam rumah so kami dapat 3 botol.

Dengan slogan, Sebarkan Semangat Ramadhan.





~...setiap kali berulang ke jeti, melintasi laman Teratak Nyatuh, kerlingan HISYAM jelas terlihat di mata SERI BULAN, yang seperti sudah mengira waktu menanti, lalu mengintai di celahan kain tutup tingkap yang pudar tetapi tidak kusam menanti masa untuk diganti dengan Langsir Raya...~



 

Friday, August 10, 2012

Ramadhan Day 21: Tart Nenas Raya 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
10-08-2012

Terimakasih kepada pelanggan setia, juga peminat.
Yang menempah dan juga yang menyebar kisah...




Kek Kukus Buah tu tak snap lagi sebab stok belum sampai.

bunga melur selit di rambut,
sepit cute selit di jambul,
hati gembira kasih bersambut,
wajah ceria pipi bergembol.




~...bagai terpancut kencing (uishhh?) si HISYAM bila terserempak WAHAB yang merepek meraban di celah pokok buluh sedang mengintai SERI BULAN yang hendak belajar mendayung kolek sampai dapat lesen...~


 

Monday, July 23, 2012

Ramadhan: Tart Nenas, buat peminat dan pelanggan setia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-07-2012


AA agak sibuk lately, so tidak banyak ruang untuk menulis sesuatu tentang Ramadhan.

Apapun, suka hendak diupdate di sini, bagi pelanggan dan peminat TART NENAS, tempahan untuk raya sudah dibuka dan akan ditutup pada hujung minggu ini. Sila buat tempahan anda. Seperti biasa, sms me or inbox di FB: azie azah atau email sahaja.

Lihat foto di sebelah untuk jamu mata.



Kek Kukus Buah ni pun ada, sudah ada yang menempah.

Seperti biasa, hanya 2 jenis itu sahaja yang AA jual online. Tak boleh banyak-banyak, pening.

Terimakasih everyone!


~...HISYAM melongo sahaja di bulan puasa, dan tiba-tiba menjadi sombong bila surat pun tidak terlayang sedang fikiran sering membayang...~


 





















Saturday, June 30, 2012

Entri penghargaan: “terimakasih pelanggan”!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Sabtuday
30-06-2012


Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku jadi penjual/ejen/dealer or what-ever-name-is, menjual Tart Nenas Tersohor tu. Walaupun hanya jual secara online, thru blog dan email, tapi pelanggan setia sentiasa ada. Konsisten sepanjang tahun.




Yang makan sendiri, yang buat hantaran bertunang, hantaran nikah, pos sebagai hadiah kepada kawan, dan macam-macam sebab. Yang paling banyak, order pasal nak rasa la. Aku jer yang dah macam jemu, bukan pasal makan banyak, tapi sebab dok tengok Tart Nenas ni sepanjang masa. Terus jadi kenyang.

 Memang aku ngaku, aku tak buat. Memang bukan aku buat. Aku jadi tukang jual jer. Alhamdulillah. Teringat, masa Raya mula jual dulu, hasil jualan boleh buat spek baru! Terimakasih kepada sekian ramai pelanggan. Yang jauh, yang dekat.



Terimakasih. Minggu lepas blogger KAK MAH datang collect sendiri. Kemudian Hazira di Kuching dah pun selamat terima, wpun memang retak sedikit Tartnya. Tak dapat elak. Memang aku dah maklumkan awal-awal, kalu delivery poslaju ni, bila-bila pasti akan ada retak-pecah-sopeknya.


 *size: 21mm x 10mm

Ini Kek Coklat yang aku dapat sebagai sample, dari seorang pembaca. Minta aku jadi ejen jual juga. Wahhh sedap dan murah! Dah boleh order bila-bila, tapi yang ini aku tak nak buat delivery poslaju, sebab gerenti rosak penyek. Kena hantar sendiri or collect sendiri.





~...mencari rindu yang semakin tiada tetapi rasa dendam yang semakin membara antara SERI BULAN–HISYAM, hmmm apakah?...~



 

Friday, April 6, 2012

Tart Nenas: “Apa lagi yang Kak Azie jual?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAT
06-04-2012


Terimakasih kerana semakin ramai pembeli baru yang menempah Tart Nenas thru email.

Stok baru sudah sampai semalam.


Pic ulangtayang. Malas nak snap lagi. Sama saja.


Urusan penghantaran akan bermula esok. Yang perlu diposlaju, akan diuruskan pada Isnin nanti. Salah seorang pelanggan adalah dari Labu, N9. Terimakasih banyak. Esok kita jumpa.

Seorang pelanggan baru tanya, “apa lagi yang Kak Azie jual?” Hanya Kek Kukus Sepanjang Tahun. Tidak banyak benda lain. Tak menang tangan nak kelola kalu terlalu banyak benda. Biar tumpu 2,3 barang cukuplah. Asalkan fresh dan berkualiti, itu keutamaan. Aku sentiasa tabik pada ramai blogger yang berniaga online dan boleh kendalikan banyak barangan dengan baik sekali. Aku belum mampu ke tahap itu.

Tawaran Pesta Buku Antarabangsa PWTC, KL yang bakal berlangsung bulan ini, sudah tiba. Email rasmi akan menyusul. Ada mana-mana publisher lagi nak offer? hehehehe





~...sekian lama menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, dan mahir selekoh, lembah dan baruh tetapi seringkali juga HISYAM terpesong lorong kerana hati lebih cenderung hendak memintas jalan di laman Teratak Nyatuh setiap kali SERI BULAN berdiri di jenang pintu...~








Saturday, March 3, 2012

Kek Kukus Sepanjang Tahun plak!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
03-03-2012



Urusan yang tak pernah habis kan? Tapi seronok la skang aku dah tak kerja Sabtuday. So boleh tumpu pada urusan luar.

Dating dengan blogger hari ini. Tengahari. Tart Nenas. Stok baru sampai, masih ada banyak.




Selasa lepas, dating malam. Terimakasih blogger AKUZLE AYU yang order Kek Kukus > lagi pic kat sebelah >>>>>>

Cuma masa yang suntuk, kami tak sempat nak duduk melepak borak-borak. Next time ler nampaknya.

Aku tak plan pun nak jadi ejen jual Kek Kukus ni. Tapi kerana kerap hantar order Tart Nenas di sekolah CHAK, tetiba Guru Besar sekolah tepon minta aku jualkan Kek Kukus pula. Sedap dan tahan lama! Macam biasa, boleh order bila-bila masa. RM25 sahaja. Collect sendiri atau I hantar (RM5 kos delivery).





~...ada kisah sedih melanda Teratak Nyatuh sehingga tingkap pintu bertutup rapat tidak terlihat kelibat SERI BULAN...~







Wednesday, January 18, 2012

Tart Nenas, Limau dan Hamper CNY...

Assalamualaikum
Rabu
18-01-2012


Stok Tart Nenas untuk Chinese New Year sudah diambil malam tadi. Seperti biasa, pelanggan setia di area tempat kerja lama dulu (Imbi) order banyak juga kali ini.

Seorang sahabat lama yang kini aktif buat bisnes hamper untuk hari perayaan juga order lebih dari biasa untuk dijadikan sebahagian item dalam hamper client dia. Thanks PUAN SERI DEVI.

Terimakasih atas sokongan dari yang lain.


Tart Nenas Sepanjang Tahun
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Suasana beraya Tahun Baru Cina sudah mula terasa di area sini.


Merah sana merah sini.

Sudah ada 2,3 hamper besar setinggi depa aku di lobi ofis, tapi sejak kes “merajuk” Manager dengan Bos minggu lalu, tiada seorang pun berani menegur pasal hamper. Kes boikot kot?

Limau pun sudah bertingkat 5 kotak dari client. Pun aku tengok takda sapa berani sentuh atau tanya. Wahhhh... nampak gaya kena beli sendiri la kalu nak makan.

Mengikut rekod, tahun lepas pun kami staf tak pernah dapat walau sebijik pun. Padahal MyBos memang menyambut dan client pun ramai sekali yang hantar. Tapi ntah sapa ler yang dapat limau tuh.

Takpa, sekarang ni, sekotak pun dah boleh dapat serendah harga RM9.90! Kalu mampu beli yang gred baik skit, beli yang RM30++ pun banyak.

Yang penting, sekarang ni, semua orang sedang tidak sabar nak berehat dan bercuti sepanjang 3 hari cuti Tahun Baru Cina...! Anak-anak sekolah pula sudah confirm cuti seminggu. Wahhhh...!




~...bunyi katak berselang bunyi tupai sudah memberikan irama yang lain dari yang lain dapat didengar dari serambi Teratak Nyatuh, lalu bila telinga dirapat ke dinding bilik kenapa bunyi dengkur yang didengar SERI BULAN sehingga nyaris pula dia menyangka HISYAM tersadai pengsan di lantai ambin...~








Thursday, December 29, 2011

Dating Santai bersama Tart Nenas_06: AZEEDA MaWaDdah & SYA...

Assalamualaikum
Khamis malam JumAAt
29-12-2011



Cerita dating ni dah lama. Minggu lepas punya.

Dating dengan blogger AZEEDA. Urusan Tart Nenas.

Lokasi mudah untuk kedua belah pihak, BTS ERL port. Masing-masing gerak lepas waktu kerja.

Sebelum balik, snap dia. Terimakasih!


Kemudian ada juga urusan dengan SYA Kasih Ibu tapi dia tak sempat datang. Kirim adik ipar lelaki dia datang dating dengan aku. Heheheh apapun urusan berjalan lancar tanpa kelip-kelip mata atau tukar-tukar alamat. Haahahaha!

Cuma rasa simpati dan sedih bila AYU Citarasa Rinduan di Kulai, terlepas peluang di saat ini untuk Tart Nenas. Dah takdir. Tak mengapa sayang... pasti ada rezeki di lain kali.


Tayang-tayang:

Lunch macam lepas geram sebab kerja banyak!



~...HISYAM sudah berani bercerita tentang ulam raja, tentang kerdas sejak pulang dari memburu di hutan dara, tetapi bila ditanya mana rotan, mana manau dia keliru melilau sehingga SERI BULAN panik dia mungkin tergoda anak dara bunian...~









Thursday, December 1, 2011

Dating Santai bersama Tart Nenas_05: Puan Sri Dewi...

Assalamualaikum
Khamis, malam JemAAt
01-12-2011


Dah lama tak dengar khabar sahabat kami yang sorang ini. Lebih setahun tak jumpa, tak contact, atau tertembung di mana-mana.

Dalam gathering Tangling 2,3x dalam tahun ini pun, dia tak berkesempatan hadir.

Tapi 2 hari lepas dia sms, nak order Tart Nenas.

Dating pun berlangsung tengahari tadi.

Lunch bersama.


Ikan bakar, ulam-ulaman. Patutlah dia sentiasa awet muda dan cun. Maklum anak mami!




Tak sangka dapat cenderahati pula.

Tapi masa cuma sejam, tak banyak yang dapat kami borakkan.

Bagi teman-teman yang masih ingat si anak mami ni, beliau berkirim salam.

Terimakasih Puan Sri Dewi.







Tuesday, November 29, 2011

Pertemuan Blogger 18 Dis: Tempahan Tart Nenas anda...

Assalamualaikum
Thalatha
29-11-2011


Sebelum ini memang ramai blogger yang melanggan Tart Nenas dari AA. Malah yang ulang kali tempah lagi pun ada. Thanks!

Sempena Pertemuan Blogger yang bakal diadakan pada 18 Disember akan datang, ada lagi blogger yang tempah Tart Nenas. Blogger yang tinggal luar KL, sebelum ini memang sudah tempah dan kami berurusan di lokasi jauh, so kesempatan pertemuan nanti tempahan baru dibuat lagi. Terimakasih!

Maklumat dan perkembangan pertemuan tersebut, di blog KAKCIK SEROJA. Peta dan maklumat lokasi di blog Dato’ LF.



Di lokasi pertemuan nanti, insyaAllah AA akan bawa tempahan Tart Nenas yang anda sekalian tempah. Stok akan diambil beberapa hari sebelum berlangsung program. (Nak dapat yang fresh!)


Harga istimewa! Tak sampai RM20 per pek!

Sesiapa lagi yang nak order? Sila nyatakan dengan tepat berapa pek yang berhajat supaya AA dapat buat tempahan dengan tepat.

Sila isi tempahan anda di ruangan komen, atau email atau sms atau inbox di FB.

Terimakasih.



~...sepanjang minggu yang sibuk, HISYAM langsung tidak berkesempatan menegur sapa beramah mesra dengan SERI BULAN, walau berkongsi serambi dan meja makan, lalu bila Pak Utih menyapa membawa musykil ada bulan di dapur mula memalap, baru dia sedar sahabatnya itu sedang mengacah hendak merajuk lalu dia begitu berhasrat hendak mengajuk...~







Friday, October 21, 2011

Gathering Blogger 23 Oktober: Perkembangan terkini...

Assalamualaikum
Khamis
20-10-2011


Di blog KAKCIK SEROJA ada beberapa perkembangan TERKINI berkaitan Gathering Blogger yang bakal berlangsung secara santai nanti, 23 Oktober bertempat di rumah beliau.

Terimakasih KAKCIK SEROJA.


Tempahan Tart Nenas untuk perayaan Deepavali dan bloggers sudah sampai malam tadi.


****

Gara-gara layoq di blog, Kari Kepala Ikan gunakan Pes Raub:

...sudah ada yang order nak cuba.

Sapa lagi nak cuba, sila email.

Atau kalu nak ambik semasa Gathering nanti juga boleh.
RM9.00 saiz besar — seperiuk utk 7,8 orang makan
RM5.00 saiz sederhana — 3,4 orang makan

Apapun, diharapkan Gathering Blogger yang dirancang akan berjalan lancar. Terimakasih banyak atas sokongan anda semua....! Jangan tak mai plak, nanti AZIEAZAH makan Mee Kari Kakcik Seroja sampai 4,5 mangkuk!


~...HISYAM sudah pulang disambut ceria oleh seluruh warga Teratak Nyatuh, sedih pula kerana SERI BULAN yang teruja tahap Gaban tiba-tiba harus berada di dapur seharian dan hanya pandangan mata bertaut di ambang pintu memberi debar dalam debar...~








Friday, October 14, 2011

Gathering Blogger 23 Oktober: Jika berhasrat...

Assalamualaikum
JumAAt
Petang, 14-10-2011


Gathering Blogger yang dirancangkan sejak beberapa minggu lalu, akan menjelang pada minggu mendatang. Maklumat lanjut, klik gambar Burung Hantu kat sebelah tuuu... >>>>>>>

Suka AA nak tanya, ada sesiapa yang berhajat, berhasrat untuk menempah/order Tart Nenas dari saya?

Kerana minggu ini stok untuk perayaan Deepavali sudah masuk, maka AA nak order sekali untuk sesiapa yang berhajat, dan boleh dapat semasa di Gathering Blogger nanti.


Sesapa yang tahu nombor Henpon Cap Itik saya, sila sms. Atau email atau inbox di FB saja.


Terimakasih atas sokongan.



*bagi yang nak test rasa dulu, pun boleh. Akan dihidangkan nanti secara percuma, tapi tentulah AA akan kira berapa ketul masuk mulut dia, kan? hahahahahahaha!


Sesi tayang-tayang:

Lunch hari apa ntah. Delifrance



~...sungguh besar hasrat di hati SERI BULAN agar HISYAM muncul menunjuk muka ketika dia bersendirian mengadap pemuda-pemuda kampung yang sering bersidai di gerai dengan siulan sumbang, terasa seperti hendak menyimbah kopi Mahkota Dewa di atas kepala...~





















Saturday, September 17, 2011

Dating Santai bersama Tart Nenas_03...

Assalamualaikum
Sabtuday
17-09-2011
Syawal 19th


Open house merata-rata. Jemputan bertindih sampai tak tau mana satu nak pergi.

Petang ini ada plan family MyKakak dari Perak nak singgah sebelum balik semula ke Perak.

Tapi terpaksa ubah last minit.

Cuaca mendung, lalu aku bersantai kat rumah merehatkan badan kerana semalam seharian penat juga menjadi sebahagian AP.com mengelolakan Majlis Hari Raya.

Ini cerita dari blog kengkawan. Entri tertunda. Semua photos dari blog mereka. Terimakasih ya.

Dating bersama ACIK ERNA, semasa menghantar Tart Nenas di Seremban.

Pic kredit to ACIK

****

Malam itu walaupun hujan lebat, blogger YAN tetap singgah juga. Thanks!


Pic: kredit to YAN.


Pun dari blog YAN.



~...berkali SERI BULAN memberi amaran kepada HISYAM jangan pernah cuba menjadi duri dalam daging, atau pernah cuba berangan hendak menjadi api dalam sekam, kerana akhirnya nanti api tidak memanggang daging, sebaliknya duri pula yang hilang dimamah sekam...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails