Thursday, June 12, 2014

Panggilan Hangit HOTfm yang tak hangat (mujur...)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
12-06-2014


Sejak dah umur gini-gini (gini cemana?) ni, saya dah lama tukar siaran radio — yang hanya saya dengar semasa di tempat kija saja — ke siaran yang lebih slow... lembut dan tidak lagi agresif.

Saya tak ingat bila kali akhir saya dengar siaran radio HOT ni. Dah lama tinggal. So bab-bab slot depa yang dipanggil Panggilan Hangit tu saya dah hampir lupa.

Sehingga semalam saya terbaca bab ini:


KLIK SINI untuk baca lanjut.

Dan ada 2 komen saya di situ.

Dalam kita bergurau, tolong tapis dulu apa isu yang sesuai dan paling tidak sesuai. Apatah lagi bukan semua orang pandai bergurau secara spontan. Yang memang bukan dalam dunia lawak. Yang memang jenis orang serius atau mudah kecik hati.

Bagai apa yang saya komen di situ, “tak kena adik beradik depa, anak bini depa, sedap la dok bergelak...”

Untuk mencapai rating sesuatu menjadi terkenal dan berada di puncak, jangan sesekali lupa adab dan tatabicara sehingga sanggup mempersendakan sesuatu yang tidak wajar sama sekali.


********


Tayang-tayang:


Sarapan hari apa ntah. Pulut Tanak + Sambal Sotong. Terbaik, kan?






 ~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, seolah-olah bagai tidak tahu mencari jalan pulang sendiri, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan yang kadang cerah kadang kelam, namun SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA atau menunggu rembulan mengambang penuh...~




12 comments:

  1. dah lama tak denga radio..hihi..

    ReplyDelete
  2. sejak hijrah ker ikim.fm, dah tak dengar radio lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Saya layan Ikim sejak dalam keta on the way pi keja.

      Delete
  3. Sepatutnya ianya tak berlaku macam tu.. masih banyak cara lain yang boleh dijadikan slot ceria pagi di siaran radio berkenaan.

    ReplyDelete
  4. sekarang dah jarang dengar semenjak tak berapa nak setuju dengan panggilan hangit tu.. :D.. ada kala memang agak melampau..

    ReplyDelete
  5. entah..sampai bab terlanjur,buntting pun nak dibuat main..tak de adab..saya sendiri tak suka panggilan hangit nih..lagi2 sampai bab maruah di buat main..

    ReplyDelete
  6. jujurnya, saya tune ke radio Sinar/Hot/Era, cuma nak dengar berita pendek tu aja...
    kebanyakkan masa, saya dengar radio lain..
    malas nak dengar dj dj yg terkinja2..tergelak gelak...dan macam kes ni, tak sensitif.

    ReplyDelete
  7. saya nie jenis kurang dengar radio tapi ada la jugak dengar siaran panggilan hangit yang tersebar di fb tuh. lepas terdengar, terus tak terkata. Tiada ungkapan yang sesuai untuk digambarkan macam mana la boleh sampai ke tahap itu dibuatnya lawak. Kalaulah boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata, amat tidak molek untuk dibaca oleh golongan adik2 bahasa yang saya nak gunakan nanti.

    ReplyDelete
  8. saya memang tak suka panggilan hangit..memalukan orang..sebab tu saya pon suka layan ikim.fm je..

    ReplyDelete
  9. Radio kat rumah pon tak ada kalau dengar sesekali kat dalam kereta je...tu pon kalau dengan suami dia dgr klasik fm.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails